Esok dah gaji ya kawan-kawan. Bagi kakitangan awam atau yang bekerja dengan kerajaan atau seangkatan dengannya, esok bersamaan dengan 10 Oktober, akan dapat gaji lagi. Ya, dapat gaji awal bulan ni. Jangan tak tahu pulak. Eh, ke ofis aku je yang dapat gaji awal? Karang tak pasal-pasal bagi fakta salah. Haha.
Kenapa gaji awal pulak? Ok, ni semua sebab Hari Raya Haji nanti maka akan dapat gaji awal daripada biasa. Suka? Suka sangat. Memang aku tak suka gaji awal sebenarnya. Perkara ini ada baik dan buruknya. Kalau silap berbelanja, alamatnya bulan depan dok melopong sebab gaji dah habis. Nak tunggu depan punya gaji memang terasa la lambatkan sebab dah dapat awal.
Jadi bulan ni memang kena berdisiplin berbelanja. Walaupun gaji masuk awal, duit gaji tu kena asingkan awal-awal supaya takda la terbelanja benda yang tidak sepatutnya. Karang tak pasal-pasal hujung bulan dah rabak, duit dah habis. Haha. Selamat bergaji awal ya semua kakitangan awam. Ingat, rancang perbelanjaan korang semua. Bulan depan lambat nak tunggu gaji.
mmg payah nak disiplan kalu gaji dapat awal.. lain dapat sale ke…atau dpt income blog awal
dapat awal , kena plan betul2… tapi raya haji belanja tak macam raya aidilfitri…
Gaji awal tu pepandai la jimat..nak tunggu gaji bulan depan pulak..jenuh lahhh..hehehe
best nyer dpt gaji awl..tp kdg2 pening jg nk handle hehehe
SA pun x suka gaji awal….copek abih eh…
Dah ambil gaji dah?
jom lunch sekali.. haha..
Jom. Haha
kira semalam la kan masuk hhe lambat sehari
Dah selamat dah bro. Hehe
setakat nie opis aku xde mention pasal gaji awal..tapi kalau tak dapat awal pun xpe laa, sebab gaji aku seminggu lepas raya jer..hehe
Regards,
-Strider-
Tak payah gaji awal ni bro. Susah nak manage nanti. Hehe
seronoklah dah dapat.. kita ni.. huhu
Tak berapa nak seronok. Kalau habis awal susah jugak.
gaji awal memang bahaya kalau belanja pun awal…hehehe
Hehe. Jangan keluarkan awal. baru boleh selamat.
Saya dah lama tak merasa gaji penuh di hujung bulan. kalau perlu aje baru ambil.
Dapat awal memang best, tp tkut terguna tu yg tak best..
Bahaya sebenarnya dapat awal, ksian pada yg gaji sikit, salah belanja, buruk padahnya..sobsob
Kena disiplinkan MJ. Dapat awal jangan usik lagi.. Tunggu atas 20hb baru usik gaji tu. Ataupun asingkan siap-siap.
Memang dah diasingkan pun, tp tula kadang kita takleh jangka kan :0
fuh…
gaji sempena nak raya kot..
eheehhhee
Memang gaji sempena raya la ni bro. hehe
gaji awal untuk merasa sesak nafas awal bulan depan
haha
Haha. Tu yang tak sedap nak dengar tu.
boleh la belanja aku..hahahahaha
Belum apa-apa dah mintak belanja. Bankrap2. Haha
rezeki gaji awal tu,memang seronok kerja kerajaan kan bro
Biasa je bro wazy. Nak kata sernok sebab gaji awal ni tak jugak. Hehe
untunglah keje gomen kan gaji awal lah
Takda untung mana pun bro. Sama je.
Untunglah mereka yang dah berkerja pastu dapat gaji. Aku kerja pun blom start lagi.
Aik. Haha. Takkan belum kerja lagi.
Dapat je terus masukkan akaun simpanan dulu, balance baru belanja…
Itulah. Yang penting asingkan duit untuk bayar hutang siap2. Kalau tak susah nanti.
Aku antara salah seorang yang tak suka gaji awal ni, silap kira boleh terbabas dibuatnya… nasib baik dah tak keje gomen.. 🙂
Dulu kerja gomen ke bro? Aku tak nak usik awal gaji tu. Haha
Sapa tak suka gaji awal,dapat gaji lupa diri jap hahahha..
Jangan lupa diri. Parah nanti hujung bulan. Haha
cepat dapat, cepat habis kan.. hehe
Haha. Jangan guna awal.
Pada aku awal ke lewat ke, kena ambil 25 hb, senang taklah habis cepat hihihi
Betul tu. Kena control jangan guna lagi duit tu kan bro. Takpun asingkans siap2 duit untuk bayar hutang.
Alasan diguna “pakai dulu” tu yang bahaya….
Nk tunggu hujung bulan….mengira hari..huhu
Betul tu kak. Sebenarnya kalau bagi gaji macam biasa pun takda masalah. Orang dah planning duit untuk raya awal2. Jadi takda masalah kalau belum masuk gaji time rayakan.
alaaa ruginya den tak keje gomen 😀
Haha. Gaji bro lagi banyak dari orang keje gomen.
hehe tak banyak mana pun bro 😀
Tapi bila Raya Puasa hari tu dpt gaji waktu biasa pulak, sedang time itu memang ramai yg sangat2 berharap dapat gaji awal…Tapi sebenarnya dpt gaji awal ada pro & kontranya, tak percaya tengoklah pertengahan bulan depan ramai yg kena telan maggi…..
Hehe. Kena telan maggie tak tahan tu. Kalau bujang boleh tahan lagi, yang dah berkeluarga yang masalah tu bro JR. Tak boleh usik lagi ni gaji.
tahu memag gomen dapat awal tapi kalau silap guna cepatlah habis
Betul tu suri. Kalau silap guna, habis la.
Gaji awal ni, aku memang susah hati. Lama lagi nak terima gaji bulan 11 nanti. Cuti sekolah dah dekat. Silap hari bulan hisap jari tunggu gaji bulan 11. Aku lebih suka gaji ikut seperti jadual biasa. Biar kita lebih berdisiplin berbelanja dan menyimpan untuk belanja perayaan.
Betul tu bro. Aku pun suka gaji macam biasa je. Ni kalau tak disiplin memang masalah la. Lepas ni lama lagi nak tunggu gaji.
akak pun esok dapat gaji hehe…kalo gaji awal ni bahaya sikit …kena jimat ni…takutkan terlebih belanjer…
Akak pun kerja kerajaan jugak. Hehe. Jangan usik awal gaji tu kak. Kalau tak nahas la. Hehe
Bulan nie memang kena rancang betul2. Nanti tak pasal2 awal bulan depan dah kena ikat perut.
Betul tu. Kalau boleh jangan usik dulu gaji tu. Tahan sampai akhir bulan baru gunakan.
baru nak minta belanja tadi.. hehe.
baru nak minta belanja tadi.. hehe..
Hehe. Tak boleh guna. Nanti habis.
waktu yang sesuai untuk pasang umpan baru nih. haha..
Haha. Itu yang ko fikir ye. Pasang bro. Jangan tak pasang.
seronok la orang dah masyuk gaji kan…
Tak sernok bro. Tak suka dpat awal ni.
wah gaji awal, untung ktangan awam, cuma kena beringat lepas raya.
Betul tu tuan. Gaji awal ni seeloknya jangan usik lagi. Tunggu lewat sikit baru usik. Takut nant lepas raya masing2 takda duit dah.
wahhh kene simpan utk ujung bulan ni kalau idok ikat perut je nanti 😉
Memang kena simpan ni kak. Jangan seronok sangat nak belanja je. Hehe
kalau takde saving, gaji awal ni boleh buat merana di hujung bulan..
sakit ooo..
Saving tu ada. Tapi macam tak best je dapat gaji awal ni. Lepas tu bulan depan lambat la nak tunggu.
Stail di Malaysia ni pelik,dan menjengkelkan. Bila kakitangan awam dpt bonus/dpt gaji,harga barangan semua naik. Peniaga ambil kesempatan. Keji betul perangai, termasuklah yang Islam. Kalau di Australia, mereka dpt gaji setiap 2minggu…maka pada hari terima gaji, mmg supermarket & kedai2 di sana bagi offer/diskaun…supaya org ramai boleh membeli belah. Beza kan,walaupun mereka non Muslim…tapi perangai tak sekeji sesetengah Islam di negara kita.
Malaysia banyak sangat perayaan… IMHO
Betul jugak tu kan bro. Kalau diorang turunkan harga dan bagi diskaun, lagi la ramai orang berbelanja. Tapi dekat Malaysia ni tak macam tu pun. Pelik je. Lagi makin naik ada.
Best nya gaji awal 🙂
Tak best la. Hehe
hoho…tahniah2..ambe baru jer dapat gaji bulan lepas…so gaji bulan ni, bulan depanlah…alhamdulillah…
apa2pun, mmg kena asing2 mana yg patut…kalau tak…hohoho
Ouh.. Bro punya gaji dapat awal bulan la kan. Ok la mcam tu.
biasalah…khoje swasta ni…ada masa lambat…ada masa cepat sikit…alhamdulillah….rezeki Allah
Itulah. Lambat ke awal tetap rezeki daripa Allah. Kena bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Yeahhh gaji.. dah dapat lama.. bayar itu bayar ini habis 🙁
Itulah. Gaji sekarang ni macam takda apa kan. Bayar itu ini habis je.
aha.. dah gaji yeee.. wink2.. 😉
Dah gaji dah ni. Hehe
bagus la ada gaji bulanan stabil la hidup
Hehe. Ala.. Biasa je. Takda nak seronok manapun. Kalau gaji besar baru seronok.
seronoknya yang dah kerja kan.. deno kerja di rumah je… huhu
Hehe. Seronok lagi kerja sendiri dekat rumah deno. Suka macam tu.
tapi yg tak bestnya bulan seterusnya 25hb lak..so jgn pandang lagi gaji esok yer :p
Haha. Memang kalau boleh tak nak usik. Kena kawal.
Kalo esok lepas gaji lusanya bonus lagi best huhuhu
Haha. Yang tu terbaik bro.. 😀
Untungla kerja kerajaan. Den ni hujung bulan la baru dapat.
Ok la tu. Aku lagi suka gaji hujung bulan ni. NI awal seksa sikit la lepas tu nak tunggu gaji balikkan.
gaji awal ke lambat, same je…
hutang tetap kena bayar…
huahua.
Haha. Dahulukan mana yang perlu dibayar. Kalau tak masalah nanti.
best la dapat gaji awal. boleh buat bekal raya haji..hehehe.
Haha. Bekal lepas raya haji macam mana bro? sakit lepas tu nanti.
kena bayar yang wajib dulu.. kalau terguna duit tu.. susahlah..
Itulah. Asingkan siap-siap dulu kereta apa semua. Kalau tak susah nanti.
eh awal benor ni.. cepat abis nanti
Itulah. Memang sangat awal ni bro. Kena pandai la rancang guna duit tu.
Mmg k/tgn awam akan dpt gaji awal bulan ni. Me too..tasuke gaji awal2 ni sbb susah nak maintan belanja smpi gaji akan datang. Biasanya, mak seboleh mgkin x usik gaji awal tu selagi blom msk 20hb ke atas.
1 more, settlekan dulu semua bill2 dan hutang2 yg perlu dilangsaikan sebelum belanja. Baru ati ada sinang maaa mau belanja itu wang.
Mak kerja kerajaan jugak ke mak? Huhu. Leceh gaji awal ni kan mak. Suka sekejap je. Lepas tu siap la. Nk selamat asingkan duit siap2.
wahhh awalnya gaji!
Itulah. Sebab Raya katanya.
Bersorak orang gomen sebab sudah dapat gaji.
Bersorak kejap je tu bro. Akhir bulan nanti senyap jela. Gaji dah habis awal. Hehe
ooo isteri den senyap tak bagi tau esok dah gaji rupanya , boleh pau…hehe
Haha. Habis la. Sekarang dah tau la kan PM. Siap nak pau tu.
best betul dapat gaji tengah2 bulan…huhu
Lepas tu nanti akhir bulan terus merana. Hehe.
Haih sekarang ni gaji memang tak cukup kan. Harga barang semua naik tinggi melambung
Itulah mummy. Memang tak pernah nak cukup. Hehe.
beringat sama ya..huhuuh
Hehe. Tu la. Kena beringat. Kalau tak masaklah.
yeay esok gaji!! tapi kene siap2 lockkan kalo tak tergune…kang dah masuk bulan oct mengganggau tgk baki akaun tinggal baper hinggit jek kakakakakakaak
Haha. Tu la kak. Kalau terguna masak. Tapi rasanya boleh je plan betul2 gaji tu. Asingkan siap2.
memang ade gak keburukkan gaji awal nih kan~
kalo x pandai kawal perbelanjaan memang kopak bulan depan nk tunggu gaji keluar. tapi kalo pandai kawal x de masalah.. lagi happy nak raya duit masukkan~
tak sabar nak balik raya.. tetiba.. hahahaha
Sukanya kejap je. lepas tu melopong la tunggu gaji lambat nak masuk bulan depan.Hehe.
Eh.. nak raya la. Hehe
baru nak report sprm macam mana boleh awal nie hihih
Masalahnya SPRM pun gaji awal jugak macam mana? Hehe
Untung dapat gaji awl…
Takda untung mana pun bro. Susah nanti kemudian hari. Haha
dah gaji ??awalnya
A’ah. Pekerja kerajaan dah dapat gaji dah kak. Awalkan.
Kami kerja swasta Raya Puasa ke Raya haji ke CNY ke tetap le tunggu 25hb. Ehhh bukan depan Deepavali tak gaji cepat juga ke?
Gaji normal lagi ok kan kak. Senang nak plan. Gaji awal ni dah leceh kalau tak pandai nak uruskan. Deepevali sebelum 10hb takda la dapat gaji awal. Normal je.
Dulu masa bujang seronok dapat gaji awal. Boleh joli sakan dulu bulan ni, bulan depan makan megi straight pun relax lagi. Sekarang dah kahwin, buat perangai macam tu memang tak makan la anak bini nanti. Haha
Bujang sekrangpun susah jugak sebab harga barang banyak dah naik. Kalau tak rancang betul-betul gaji tu parah jugak la. Hehe.
kami gaji normal sbb bukan kerajaan..
Ingatkan kerja kerajaan 😀 . Gaji normal lagi ok daripada gaji awal macam ni.