• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Aku Dah Tengok Gerhana Bulan Penuh

Aku Dah Tengok Gerhana Bulan Penuh

By Hazmin Hamudin | 16 June 2011 | 1 Comment

Mesti ramai yang tidur lambatkan malam tadi atau pun ada yang tak tidur langsung sebab nak tengok gerhana bulan penuh. Yela fenomena yang jarang-jarang berlaku ni rugi plak rasanya kalau terlepas tengok. Bukan senang nak tengok fenomena alam macam ni. Masa-masa ni la kita dapat lihat kebesaran Allah dalam mencipta segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Di Malaysia, Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi (16 Jun 2011) menurut Agensi Angkasa Negara. Gerhana bulan atau pun dalam bahasa inggeris Total Lunar Eclipse wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya

Fasa Gerhana Bulan Penuh

1.25 am – Bulan mula memasuki “Penumbra”
2.23 am – Bulan mula memasuki “Umbra”
3.23 am – Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
4.13 am – Gerhana Maksimum
5.03 am – Bulan mula keluar dari “Umbra”
6.02 am – Bulan keluar sepenuhnya dari “Umbra”
7.01 am – Bulan keluar sepenuhnya dari “Penumbra”

Gerhana Bulan Penuh

Gambar gerhana bulan di Dubai, Emirate Arab Bersatu (UAE) – Sumber : bharian

 

Aku tak pulak tunggu gerhana bulan ni malam tadi sebab aku tido awal. Tapi dalam tido awal tu pun aku sempat jugak la tengok gerhana bulan pagi ni. Tak payah susah-susah pakai teleskop atau apa jenis teropong jarak jauh. Sampai ofis, on pc terus ke laman web google dah boleh tengok dah gerhana bulan dari awal sampai abis. Tada… Boleh tengok dekat gambar bawah ni gerhana bulan yang aku tengok. Tak payah bersengkang mata tunggu.

 

Google doodle gerhana bulan penuh

 

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Beli Dua Atau Satu?

By Hazmin Hamudin

Diskaun Tol Lebuh Raya Sempena Perayaan Deepavali 2011

By Hazmin Hamudin

Durian Janda Baik Punya

By Hazmin Hamudin

Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Malaysia Ke-50

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in