Tak tahu apa nak jadi sekarang ni kat Malaysia. Semua benda nak naik harga. Mula-mula ASTRO menaikkan yuran langgangan bulanan yang sememangnya tak boleh diterima oleh kebanyakkan pihak. Yela, dengan perkhidmatan yang teruk, tapi masih ada hati lagi nak naikkan harga.
Sekarang ni pulak rakyat akan dibebankan lagi dengan satu lagi kenaikan yang tak disangka-sangka ni. Syarikat telekomunikasi (Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain lagi) di Malaysia akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus berkuatkuasa 15 September 2011 kepada pelanggan prabayar. Dengan setiap pembelian tambah nilai, pelanggan akan dikenakan cukai tersebut termasuklah pembelian SIM permulaan yang baharu.
Apa nak jadi la dengan kerajaan yang memerintah sekarang ni. Yang di atas sibuk bercakaran dan saling menuding jari antara satu sama lain. Yang menjadi mangsa sudah tentulah rakyat yang berada di bawah ni. Sepatutnya isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada rakyat macam ni yang patut diutamakan daripada kepentingan peribadi.
KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan. Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan. Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu.– BERNAMA
Postpaid juga kena SST 6%. Apa nak buat kan?
semua dok pening..keperluan naik harga…hihihi.:)
esok lusa kerajaan akan jd heron menidakkan kenaikan cukai 6%…..hihihihi paham2 jer..padahal kerajaan yang benar cukai GST ni..:)
ha…paham paham…aku pun berfikiran yang sama jugak pasal benda ni..pelakon yang hebat…
okay… so SalamFone apa cerita plak? termasuk jugak ke?!
SalamFone prabayar dari malaysia ke? tak penah dengar pun..hehe
Kalau boleh nak naik harga, seme diorang naikan..
Gaji tak mau pulak naik..huhuhuh
tu la…benda lain laju je naikkan..gaji tarak…