• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / KDN Haramkan Buku Irshad Manji : Allah, Kebebasan dan Cinta

KDN Haramkan Buku Irshad Manji : Allah, Kebebasan dan Cinta

By Hazmin Hamudin | 25 May 2012 | 3 Comments

Buku Irshad ManjiKementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ dan versi Bahasa Inggeris ‘Allah, Liberty and Love’ kerana  didapati mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis. Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya, boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Antara lain yang didapati bercanggah dengan ajaran islam, ialah pandangan penulis terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme. Buku itu juga didapati menyeru pembaca kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis.

Buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam. Selain itu,  buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkannya dengan nilai-nilai akidah. Ianya turut didapati memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa,  malah lebih dari lima kali sehari.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Izzuddin Fauzi 30 May 2012 at 6:41 PM

    Tidak sepatutnya dibaca…

    Reply
  • akubiomed 25 May 2012 at 4:15 PM

    Beliau tidak mempunyai ciri-ciri seorang muslimah.

    Reply
  • Jebeng Otai™ 25 May 2012 at 8:56 AM

    makin lama mkin byk lgbt ni nk masuk malaysia..mmg bhya..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sepetang Di Stesen LRT Masjid Jamek

By Hazmin Hamudin

Liverpool FC Tiba Di Malaysia | Liverpool Asia Tour 2011

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Glory Glory Man United

By Hazmin Hamudin

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Peringkat Jingga

By Hazmin Hamudin

Kembali Mencoret Semula

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in