• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Pengalaman Menjadi Pekak

Pengalaman Menjadi Pekak

By Hazmin Hamudin | 15 October 2012 | 70 Comments

Selama hidup dekat muka bumi ni, korang ada pernah terfikir sejenak tak apakah yang akan berlaku sekiranya Allah menarik balik nikmat pendengaran yang telah diberikan kepada kita selama ini? Soalan ini ada kaitannya dengan pengalaman yang aku sedang lalui sekarang ni iaitu sakit telinga kiri dan mengakibatkan pendengaran aku terjejas. Dah macam orang pekakpun ada jugak bila jadi keadaan macam ni.

Semuanya bermula dengan tabiat suka mengorek telinga dengan putik kapas ataupun cotton bud. Pantang gatal sikit je telinga ni mesti nak korek dan terus gatal bertukar menjadi nikmat buat seketika waktu. Tapi tak semena-mena Ahad lepas (7/10/2012) nikmat mengorek telinga bertukar menjadi tragedi apabila telinga kiri aku ni terasa sakit yang luar biasa dan pendengaran telinga kiri menjadi kurang.

Bila dah jadi macam ni terhegeh-hegeh la aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Baru gelabah bila dah jadi macam ni kan. Konon-konon mula-mula tak risau apa-apa la kan. Bila dah di buat pemeriksaan, doktor kata telinga aku dah terkena infection akibat daripada tabiat suka mengorek telinga aku tadi. Baru padan muka aku. Haha.. Doktor bagi antibiotik, ubat tahan sakit dan juga ubat untuk dititiskan di telinga dengan harapan 3 ke 4 hari sakit telinga aku ni akan sembuh.

Tapi malangnya selang beberapa hari aku rasakan telinga aku ni bertambah-tambah sakit sehingga berdenyut-denyut kepala aku ni. Malam-malam memang tak boleh nak tidur tanggung sakit sampai ke kepala. Memang stress sangat-sangat dengan sakit macam ni. Ingatkan sakit telinga biasa-biasa je, tapi ni dah macam luar biasa je. Jangan kata tidur, nak buat kerja apa-apa pun jadi tak best. Mood mulalah ke laut. Tu yang blog pun tak update sebab tak selesa dengan keadaan yang macam ni. Baru ko tau macam mana orang pekak rasa. Lepas ni jangan nak dok bahan orang pekak sangat.

Hari Rabu lagi sekali aku pergi klinik tapi klinik yang lain pulak, Mungkin klinik sebelum ni ubat yang dia bagi kurang kualiti. Masih dengan cara pemerikasaan yang sama, teropong dalam telinga dan seperti yang diduga pakej sekali jawapan yang sama dengan klinik sebelum ni. “Telinga kena infection, ada merah-merah. Nanti saya bagi ubat yang lagi kuat daripada sebelum ni”. Huh.. Senang betul jadi doktor ni kan.

Korang mesti ingat tu last klinik yang aku pergikan. Haa.. Memang silap la. Hari Jumaat lagi sekali aku melakukan lawatan mesra ke klinik berhampiran. Kali ni klinik dekat pejabat aku pulak. Siap bawak ubat yang doktor-doktor sebelum ni bagi. Satu-satu doktor tu check ubat yang aku bawak tu. Yang memeranjatkan salah satu ubat yang doktor sebelum ni bagi ialah antibiotik untuk sakit tekak. Sakit telinga, tapi yang dapat antibiotik sakit tekak. Memang terbaiklah. Kalau sebelum ni kedua-dua klinik takda buat dressing dekat telinga aku ni, kali ni barulah doktor ada buat dressing dan cuci apa yang patut dekat telinga aku ni. Barulah rasa lega sikit telinga comel aku ni lepas kena cuci. Ubatpun tak banyak macam sebelum-sebelum ni. antibiotik dan juga ubat titis je. Doktor siap pesan kalau dalam lima hari tak ok, terus pergi hospital jumpa pakar ENT  (ear, nose and throat). Surat semua dia dah sediakan, tinggal nak pergi hospital je.

Bila dah jadi sakit macam ni barulah nak terfikir, macam ni agaknya rasa hidup dalam dunia tanpa bunyi dan suara. Itu baru pekak sebelah, tapi dah rasa menggelabah macam pekak terus pulak telinga aku ni. Macam manalah agaknya mereka yang hilang pendengaran kekal apatah lagi yang pekak sejak lahir. Serius memang insaf bila kena sakit macam ni. Lepas ni sumpah tak nak korek telinga lagi. Haha..

Sekarang ni pun rasanya telinga ni dah bertambah baik sebab dah tak sakit-sakit macam beberapa hari sebelum ni. Cuma pendengaran masih lagi belum pulih sepenuhnya. Kalu seminggu ni tak ok lagi terpaksa la jugak aku rujuk ke pakar ENT. Moral of the story yang aku nak sampaikan, jangan guna putik kapas untuk mengorek telinga dan jangan korek terlalu kerap ya. Kalau tak, terimalah akibatnya jadi orang pekak sebelah macam aku ni. Memang best merasai pengalaman macam ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Wan 10 June 2016 at 4:22 PM

    Aku tengah hadapi nye.. Haih nyesal tak sudah gi korek telinga..

    Reply
  • jiha 23 May 2014 at 8:04 PM

    Klinik yg buat dressing tu kat mne? Mahal tak bayaran kena

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 May 2014 at 8:53 AM

      Klinik Dr Rahim Omar & Rakan-Rakan dekat Bangunan Getah Asli. Saya tak bayar sebab panel ofis.

      Reply
    • norazliorl 4 March 2015 at 7:09 PM

      Lawat pages- spa cuci telinga untuk rawatan telinga

      Reply
  • ringgo 23 May 2014 at 3:32 AM

    Sama mcam yg aq tengah kena nie,pekak pulak time birthday n aq tngah final exam sem last…cukup trseksa rasa

    Reply
  • ayuni 9 November 2013 at 12:58 PM

    Sy pn suka sgt korek telinga lpas mandi kdng2 terlampau korek sgt bengkak n dmam….dh 3,4x demam sb ni….smpai naik flight telinga belah kiri skt sgt….sy rse effect korek telinga sblm ni la

    Reply
  • hanis 27 December 2012 at 11:27 PM

    Hahha sama dengan apa yang saya alami sekarang.. Telinga kiri gak… Memang gelabah gila.. Tapi bila dah baca tentang ni tak ada la gelabah sangat..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 December 2012 at 8:38 AM

      Hehe. Mesti baru kena tu risau jadi pekak kan. Jangan risau sebab akan ok. Ambik masa sikit.. 🙂

      Reply
  • akubiomed 19 October 2012 at 9:27 PM

    Kalau dihospital besar ada klinik pakar ENT yang mempunyai alat untuk membuat diagnosis dan rawatan. Ada surat sokongan bolehlah pergi mendapatkan rawatan.

    Reply
  • titan 19 October 2012 at 9:10 PM

    aku korek gak guna benda tu..tapi takdelah korek sampai puas maa..biasa-bias ajelahh. haha..

    Reply
  • padin 17 October 2012 at 8:01 PM

    erkk abes kalau bukan putik kapas, nak guna apa?
    huhuuu

    Reply
  • Nora 17 October 2012 at 4:55 PM

    get well soon… memang takut sangat kalau nikmat yang Allah bagi tu kena tarik… walaupun dalam keadaan ujian yang kecil… Kita kena sentiasa bersyukur…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 October 2012 at 9:26 AM

      Betul tu. Bila dah kena macam ni kita akan lebih menghargai nikmat yang Allah bagi.

      Reply
  • tehr 17 October 2012 at 4:53 PM

    yang suka korek telinga dengan besi tu lagi la bahaya, kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 October 2012 at 9:25 AM

      Kalau terluka memang bahaya tu.. Boleh kena jangkitan.

      Reply
      • Naziman 18 October 2012 at 8:52 PM

        Macam mana la tu nak korek telinga ya, pengorek besi pun bahaya.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 18 October 2012 at 10:50 PM

          Ada yang mencadangkan supaya biarkan ianya keluar sendiri. 🙂

          Reply
  • Hairul Hissam 17 October 2012 at 4:28 PM

    samada doktor tersilap tulis ubat atau nurse tersilap baca tulisan doktor..
    tapi setahu saya, tahi telinga elok dibiarkan sehingga terkeluar sendiri…
    tapi risau juga bila tengah jalan2… dia nak keluar .. hu.hu.hu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 October 2012 at 4:34 PM

      Hehe.. Bahaya jugak tu kalau terkeluar sendiri. Buatnya ada yang perasan segan jugak tu.

      Reply
  • azwan 17 October 2012 at 4:20 PM

    kalau tak guna putik kapas nak guna apa bro? memang tak elok kerap korek telinga ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 October 2012 at 4:33 PM

      Boleh guna putik kapas, tapi seminggu sekali kalau nak guna. Tu apa yang doktor cakap la. Jangan kerap sangat.

      Reply
  • Hafizul 17 October 2012 at 11:26 AM

    Hahaha..sekali kena tipu dek doktor..memang terbaik la kan..haha..tu la nanti lepas ni kena buang dah la tabiat suka korek2 ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 October 2012 at 2:29 PM

      Memang kena buang dah tabiat tak elok tu. Menaran badan..

      Reply
  • sweetkurma 16 October 2012 at 11:22 PM

    aduiii tabiat yang menyakitkan…. tukar tabiat yang memberi banyak faedah ya hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 11:34 PM

      Itulah kak.. Nyesal dah ni. Lepas baik memang nak stop dah.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 16 October 2012 at 10:09 PM

    pergh..kesan langsung guna putik kapas..bhya gak tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 11:06 PM

      Memang bahaya bro. Elok kurang-kurangkan la.

      Reply
  • hafizmd 16 October 2012 at 9:28 PM

    As salam,
    Bahaya gak ek suka korek2 telinga…takpelah…moga2 telinga comel tu akan kembali sihat… =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 11:05 PM

      InshaAllah… Harap minggu ni sihat la.

      Reply
  • fiezaradzi 16 October 2012 at 4:21 PM

    uih, mmg ngeri lau sakit2 macam ni.. tapi itu ujian namanya.. terima lah,. nasib baik dah semakin ok.. harap2 semakin ok pasni..

    Reply
  • syaifuddin alias 16 October 2012 at 2:43 PM

    pernah jugajadi macam ni ..tapi saya rasa mungkin sebab effect masa hembus nafas kuat-kuat kot :/

    Reply
  • eliss 16 October 2012 at 2:08 PM

    abang saya pulak dia selalu bersin pagi2 sampaikan ada kebocoran pada gegendang telinga. terpaksa la operate hari tu .memang mcm orang pekak laa sebelum tu,memang hazab dia kata.

    Reply
  • hafizrahim 16 October 2012 at 11:16 AM

    mesti bro cuak jap kan..pernah juga sakit dalam telinga..tapi belum sampai tahap kurang tahap pendengaran..serius..rasa cuak tu memang ada..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 11:22 AM

      Sampai sekarang pun cuak lagi ni bro. Masih belum ok lagi ni. Hehe

      Reply
  • Melastik Bintang 16 October 2012 at 9:19 AM

    berhati-hati semasa mengorek telinga…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 10:39 AM

      Pengajaran ni. Lepas ni memang tak buat lagi dah. Hehe

      Reply
  • saupz 16 October 2012 at 8:39 AM

    bro.. pendengaran ni adalah nikmat Allah yang selalu kita lupa .. 🙂 aku masa kecik pun penah skali skit2 nak pekak.. g klinik.. doktor sembur pakai air.. kira mcm cuci telinga la.. lepas tu terus baik..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 10:38 AM

      Hari tu doktor pun dah cuci sembur pakai air. Tapi tak jalan jugak. Cuma lega la sikitkan.

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 16 October 2012 at 7:37 AM

    Sengasaranya kalau hilang sense yg satu nie.. Lebih2 lagi dah bertahun2 biasa ada telinga… Semoga u r telinga ok sudah bro.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 10:37 AM

      Memang terlebih sengsara. Hilang satu nikmat Allah bagi. Harap cepat la ok.

      Reply
  • beckhr00y 16 October 2012 at 1:04 AM

    pernah sekali alami masalah pekak sebelah ni, mahu 2,3 hari baru pulih gara-gara masuk angin, memang susah sbb rasa sgt tak selesa dan telinga mcm berdengung sahaja

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 10:37 AM

      2, 3 hari ok lagi bro. Aku ni dah seminggu lebih dah ni.

      Reply
  • Amirez 16 October 2012 at 12:39 AM

    pernah alami ‘pekak’ dua kali sebelum ni. kes pertama sebab tabiat korek telinga dalam2. kes kedua sebab ada habuk terkumpul kat dalam saluran telinga. lepas doktor sedut pakat mesin, terus rasa sakit telinga sebab dengar jelas sangat, lagi2 bunyi kereta kat jalanraya hehe. RM5 je bayar kat doktor tu 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 10:36 AM

      Murahnya RM5. Dekat klinik mana ni bro..?

      Reply
    • hafizmd 16 October 2012 at 9:30 PM

      Alamak…murahnya! Klinik mana ni?

      Reply
  • Shahrul 16 October 2012 at 12:02 AM

    peh bahaya…aset penting telinga tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 10:36 AM

      Tu la.. Ni dah lain macam je rasanya.

      Reply
  • fendy 15 October 2012 at 11:52 PM

    memang bahaya korek telinga lama2…agak2 sekejap je..aku pernah alami..memg taubat xnk korek lama2…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 October 2012 at 10:35 AM

      Ramai jugak rupanya yang kena macam ni. Kalau dah merasa memang taubat terus la.

      Reply
  • NurAzila 15 October 2012 at 11:51 PM

    sama2.. kalau korek telinga pakai yang besi tak ada pape kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 11:53 PM

      Sebenarnya kalau boleh kurangkan lah korek telinga tu. Pakai yang besi pun kalau luka bahaya juga kerana boleh sebabkan infection. Rasanya sama juga bahayanya 🙂

      Reply
  • EPIK 15 October 2012 at 11:25 PM

    Pergh…seram lak biler baca…pasni, berhati-hati ketika mengorek telinga..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 11:42 PM

      Memang menyeramkan lagi-lagi telinga sebelah kurang mendengar. Hehe

      Reply
  • craxup 15 October 2012 at 11:11 PM

    Somoge cepat sembuh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 11:41 PM

      Terima kasih ya. 🙂

      Reply
  • NurAzila 15 October 2012 at 11:07 PM

    semoga hazimi cepat sembuh.. dpt mulakan hari yang mendatang dengan lancar.. jgn lupa makan ubat..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 11:39 PM

      Terima kasih ya. Ubat memang sentiasa makan. Tak nak dah jadi macam ni lagi. Menyesal abis dah.

      Reply
  • boni kacak 15 October 2012 at 6:04 PM

    macam mana klinik tu boleh bagi ubat untuk sakit tekak? kecuaian macam ni sepatutnya tak boleh berlaku sebenarnya… apa2pun, den doakan agar telinga bro akan pulih seperti sediakala..amin.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 11:38 PM

      Itulah pasal.. Nasib ubat sakit tekak dia bagi, kalau ubat tah apa-apa mau mati jugak aku. Haha…

      Reply
  • Nadot 15 October 2012 at 4:59 PM

    ngilu je bayangkan sakit telinge hazmin tu… smoge Hazmin cepat sembuh ye… 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 11:37 PM

      Ngilu yang membayangkan, ngilu lagi yang menanggungnya. Hehe.. Terima kasih Nadot.

      Reply
  • Nurul 15 October 2012 at 3:19 PM

    Nurul dulu pun suka sgt korek telinga lepas mandi perkara wajib mesti korek telinga.. pastu ad 1 hari tu kena marah ngan makcik bebel2 pasal effect korek teling ni.. terus kurangkan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 11:37 PM

      Nasib la makcik tegur dari awal. Jangan dah terlambat dah la.

      Reply
  • Amar 15 October 2012 at 3:00 PM

    Risau jugak ni. Sebab selalu jugak kalau gatal je telinga, terus amik cotton bud.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 3:05 PM

      Eloklah dikurangkan tabiat tu bro. Takut menyesal dikemudian hari pulak.

      Reply
  • Eizil 15 October 2012 at 1:35 PM

    Tahun lepas wife ada masalah telinga juga, terlalu banyak ear wax sampai tersumbat, tak boleh nak dengar, dan rasa tak selesa sebab udara tak seimbang, lepas pergi ke klinik yang khusus untuk ENT, barulah selesai masalah.

    Sekarani saya yang jadi tukang cuci telinga dia untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

    Semoga telinga bro akan sembuh seperti sedia kala dalam masa terdekat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 3:04 PM

      Banyak yang saya baca di blog-blog yang mempunyai masalah yang sama seperti wife bro ni. Masalah saya pulak akibat terlalu kerap menggunakan cotton bud. Kalau minggu ni masih tak ok, terpaksalah rujuk ke pakar ENT. Memang tak selesa dengan keadaan sekarang ni.

      Reply
  • Myra Jay 15 October 2012 at 10:19 AM

    MJ penah kena macam ni masa study Dip dulu lebih kurang 8thn lalu, sama gak sebab guna cotton bud..
    memang ngeri..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 October 2012 at 10:27 AM

      Ambik masa yang lama ke nak baik MJ? Ni dah seminggu tak ok lagi. MJ rujuk ENT ataupun baik sendiri?

      Reply
      • Myra Jay 15 October 2012 at 2:54 PM

        Pernah p pakar ENT, dia bagi ubat titis untuk lembutkan ‘bijih’ lepas tu dah ok alhamdulillah.

        Tp sebelum tu ada p klinik, Dok bg ubat titis, lepas 2-3 hari kena p pulak then Dok sembur dalam telinga untuk keluarkan bijih-terus lega dan tak berdenyut.

        Memang terseksa sakit telinga ni kan.

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Perlawanan Malaysia vs Myanmar SEA Games 2011

By Hazmin Hamudin

Menara KL Hilang?

By Hazmin Hamudin

Hari Bersejarah Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin

Senarai Jalan Ditutup Sempena Perhimpunan Bersih 2.0

By Hazmin Hamudin

Rindu Nak Menulis Blog

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in