• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley

Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley

By Hazmin Hamudin | 19 August 2014 | 25 Comments

Coliseum Cafe & Grill Room Menu

Dah lama sebenarnya aku nak cuba makan dekat Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley. Selalunya apabila lalu terpandang cafe yang menggunakan dekorasi lama zaman kolonial sebagai susun atur kedai. Akhirnya tercapai juga hajat nak makan di Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley ni setelah lama keinginan tu disimpan.

Coliseum Cafe yang pertama telah dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman. Coliseum Cafe yang beroperasi sejak tahun 1921 ini bukan sahaja telah diiktiraf sebagai harta warisan negara tetapi bangunan ini juga telah menjadi sebuah tarikan pelancong asing yang singgah menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Coliseum Cafe & Grill Room Menu

Antara menu yang terdapat di Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley yang sudah pastinya menyelerakan tekak apabila dimakan. Salah satu signature dishes di sini sudah pastinya Hainanese Chicken Chop yang berharga RM26.90.

Coliseum Cafe Hainanese Chicken Chops

Rupa sebenar Hainanese Chicken Chop. Aku lebih suka chicken chop yang digoreng dengan tepung sebegini daripada kebanyakkan chicken chop sekarang yang digoreng menggunakan serbuk roti. Terasa jemu apabila dimakan kalau chicken chop bersalut serbuk roti. Sos homemade bersama kacang peas dan mushroom mempunyai rasa yang masam-masam. Apa yang boleh aku katakan, portion ayam untuk hidangan ni memang besar.

Banana & Chocolate Spring Roll with Vanilla Ice Cream

Akhir sekali sebagai pencuci mulut, aku order Banana & Chocolate Spring Roll with Vanilla Ice Cream. Memang sedap Banana & Chocolate Spring Roll with Vanilla Ice Cream ni. Pisang yang sejuk disalut dengan kulit popiah dan digoreng. Dimakan bersama ais krim vanilla dan sos coklat menambahkan lagi kesedapan.

Walaupun aku tak pernah makan di Coliseum Cafe & Grill Room semasa zaman kolonial British dulu, tapi aku pasti mereka berusaha untuk cuba mengekalkan dekorasi dan rasa yang sama seperti era kolonial tersebut. Suasana dan hidangan lama ini sudah pastinya menggamit perasaan orang-orang lama yang pernah berkunjung ke Coliseum Cafe & Grill Room pada suatu ketika dulu.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suriaamanda 26 August 2014 at 3:21 PM

    yeay…nak ajak cik abe makan kat sini nanti…

    Reply
  • Ezad Skytech 25 August 2014 at 8:58 PM

    perghhh…desert tu nampak tempting la bro…nak kena cuba…walaupun agak selalu la terjah Mid Valley ni…tapi agak jarang untuk cuba try makan kat cafe, restoran atau foodcourt kat sana..hee

    Reply
  • anies 21 August 2014 at 2:30 PM

    boleh sggh jg ni

    Reply
  • onlajer 21 August 2014 at 10:15 AM

    hahaha kawan pun tak pernah jejak lagi dekat situ, Mid valley pun macam baru dua kali sampai

    Reply
  • ahmadyani 20 August 2014 at 7:08 PM

    Rupanya ada cawangan, ingatkan satu sahaja di Jln TAR..

    Reply
  • Ismail N 20 August 2014 at 6:27 PM

    Ini tempat dkt panggung Coliseum ker? Err ada lagi ke panggung tu?

    Reply
  • Zufar 20 August 2014 at 4:46 PM

    Fuh..memang terbaik dan lazat sekali tgok…neleh org cakp.. :p

    Reply
  • Mrs.Secretary 20 August 2014 at 3:33 PM

    wahhhhhh nampak sedap.. kalau ter-pergi area sana boleh la singgah.. =D

    Reply
  • jari manis 19 August 2014 at 10:54 PM

    wahhhh nampak sedap dan menarik tp lebih sedap rasanya klau pegi hajak Jm sekali 🙂

    Reply
  • ohcikgu 19 August 2014 at 9:12 PM

    Desert tu cam best je..

    Reply
  • nadia johari 19 August 2014 at 8:47 PM

    wah pisang disalut dengan kulit popiah..lain dari yang lain tu

    Reply
  • Anak Askar Pencen 19 August 2014 at 6:02 PM

    Besau sangat shopping complex Midveli ni. Aku pun tak perasan yang Coliseum ada kat dalam ni.

    Reply
  • Hafizul 19 August 2014 at 5:01 PM

    Wahhh nampak memang sedap..harganya macam mana?berpatutan ke?

    Reply
  • Strider 19 August 2014 at 4:42 PM

    lama jugak aku tak datang Midvalley rupanya sampai tak tahu pun ada coliseum kat midvalley nie…

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • Denaihati 19 August 2014 at 4:28 PM

    nampak sedap, memang buat lapar balik petang-petang ni…

    Reply
  • mohdridzwan 19 August 2014 at 3:52 PM

    Baru lagi kot cafe grill ni. Lama tak lepak sini.
    Dulu tak ada lagi kan.
    Dapnya…kenapalah bro jadik food blogger. Menangis perut ambe.

    Reply
  • ewanthology 19 August 2014 at 3:38 PM

    sblm ni pegi mid valley tak perasan pulak restoren ni. lepas ni kena buka mata luas luas skit cari kat mana dia.

    Reply
  • zool 19 August 2014 at 2:54 PM

    tak berapa sangat makan western ni

    Reply
  • anif 19 August 2014 at 2:10 PM

    Sedap tu.. 🙂

    Reply
  • Pokok Manggis Depan Rumah 19 August 2014 at 2:04 PM

    Memang sedap nampak. Nak kena cuba juga bila pergi sana nanti.

    Reply
  • akubiomed 19 August 2014 at 1:36 PM

    Amboi makan sedap tak ajak. 🙂

    Reply
  • 4feet8 19 August 2014 at 1:26 PM

    kenapa kat bloglist sy tak update?
    teringin nak g gloria jeans. kalau min g, share cite ya?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 1:33 PM

      Gloria jeans tu lebih kurang macam starbuck dan san francisco coffee kan?

      Reply
  • mai has 19 August 2014 at 12:49 PM

    pasti saya mahu berkunjung ke cni…tak susah sgt nk pergi compare dgn di Jalan TAR…huhuh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 August 2014 at 1:05 PM

      Betul tu. Kalau dekat jalan TAR susah sikit nak parkir kenderaan. Tapi harga tak pasti berbeza ke tak.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Jurukamera BERNAMA TV Noramfaizul Mohd Nor Maut Terkena Tembakan Curi

By Hazmin Hamudin

Servis Kereta Di Pusat Servis Perodua Balakong

By Hazmin Hamudin

Video Maharaja Lawak Akhir (Minggu 13)

By Hazmin Hamudin

Perlukah Blogger Berpuak – Puak ?

By Hazmin Hamudin

Sos Jenama HP Souce dan Tabasco Ada DNA Babi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in