Tajuk macam dah malam pulak. Tapi biasa la masa bengkel ni ramai yang terangguk-angguk kepala tanda ‘faham’ apa yang penceramah cuba sampaikan. Biasalah tu kan. Hehe.. Masa bengkel mulalah semua mata kuyu, layu, mengantuk nak tidur..
Pagi ni Bengkel Juruaudit Kualiti Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008. Bila sebut pasal ISO aku pasti ramai yang menyampah dan cukup tak suka. Macam nampak hantupun ada jugak bila nampak Auditor ni. Ala.. Akupun macam tu jugak dulu. Sekarang ni aku pulak jadi Auditor. Takut jugak sebenarnya nak cari silap orang ni. Tapi apa nak buat dah tugas Auditor memang macam tu. Kadang-kadang salah sendiri bukan kita nampakkan. Kena orang datang tegur baru kita nampak yang benda tu sebenarnya silap.
Harap kemahiran aku mengaudit ni makin bertambah. Takut jugak apa yang aku tegur tu silap. Bukan senang nak mengaudit ni. Nak mengingat bermacam-macam klausa semua tu. Sampai sekarang aku sendiripun tak mampu nak ingat. Tu la tiap-tiap tahun kena buat bengkel macam ni. Jadi kesimpulannya janganlah tidur dalam majlis ilmu macam ni. Kaut ilmu sebanyak yang boleh. Dah abis bengkel barulah bersuka ria di Miami Beach.
Posted from WordPress for BlackBerry.
haaha. kelakar bro, tibe2 ada miami beach.
Itulah.. Boleh pulak ada Miami Beach macam dekat USA sana tu. Haha
kerusi yang empuk. bilik sejuk.. tak tahan ni bleh terlelap
sejujurnya kalau kursus2 macam ni,
fokus aku boleh bertahan 10 – 15 minit awal dan akhir saje huuu
Kalau penceramah pandai tarik perhatian, mesti tak mengantuk punya.
ehh..ada miami beach ke kat situ??
Ada bro.. Dah macam pantai baywatch dah aku rasa.
penceramah kena pandai main peranan jgn bg peserta tertido…hehe..
Inilah masanya utk saya menerjah blog2 & dapatakan ide utk post. 🙂
sya kalo ada ceramah cam ni….saya main gadjet jer hehe…
kalau penceramah tak selitkan dengan kisah2 lucu
memang tidur la jawabnya
hehe
biasa lah…pergi bengkel2 mcm tuh memang mengantuk…kena minum nescafe kasi segar sikit…hehe
sonokla leh jalan2 gi penang .. ehhHE
Bngkel2 teknikal ni memang senang nak hanyut.. penceramah pun faham dan patutnya dia pun kena ada softskill untuk bangkitkan suasana belajar tu
Penceramah kena bijak memastikan peserta dapat memberi tumpuan.
Bagus juga ada bengkel camni. Selain dpt ilmu, dpt juga bertukar info dengan kawan-kawan. Jangan tidur sampai habis sudah. Rugi bos keluarkan modal utk kita datang bengkel.