• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Automotif / Menang Tender

Menang Tender

By Hazmin Hamudin | 2 May 2013 | 94 Comments

Tender No Plate JPJ

Bulan April dahpun selamat berlalu meninggalkan kita. Ada jugaklah berita gembira yang aku dapat dalam bulan April. Akhirnya aku menang tender yang aku masuk pertengahan bulan tiga. Sebelum korang bayangkan duit ribu-ribu, juta-juta, baik aku bagi pencerahan. Yang ini bukanlah tender projek juta-juta seperti yang orang impikan untuk dapat, tapi ini adalah tender nombor pendaftaran kenderaan. Hehe.

Tender yang ini aku yang kena keluar duit, bukan aku yang dapat duit ya kawan-kawan. Nombor yang aku tender ni takda lah cantik manapun. Kira nombor biasa-biasa saja. Hehe. Bagi sesetengah orang memang tak kisah sangatpun nombor apa yang mereka dapat masa membeli kereta baru. Buat apa nak membazir duit pada nombor pendaftaran pulakkan. Masing – masing mempunyai pendapat dan citarasa tersendiri.

Tapi sebenarnya kalau pandai masuk tender, takda la mahal sangat nombor yang cantik-cantik ni. Yang penting kena tahu cara dan masa yang betul. Lagi satu, bergantung jugak negeri mana. Selalunya nombor pendaftaran untuk Kuala Lumpur memang mahal sedikit berbanding negeri lain. Kalau nak murah sikit boleh ambik running number je.

Sebelum aku tender nombor W** 515, aku ada tender nombor BMB 85 dengan nilai hampir RM2k. Tapi nasib tidak berpihak kepada aku dan aku kalah dalam tender tersebut. Tu yang aku masuk tender nombor W** 515 ni pulak. Nilai yang aku letak takda la semahal BMB 85 tu. Hehe. Nasib la menang. Kalau tak memang penat nak masuk tender lepas tu kena tunggu keputusan keluar hampir sebulan.

Kaum lelaki memang obses sikit dengan benda-benda macam ni. Kaum perempuan tak boleh nak marah sebab kalau ikutkan sama saja macam mereka yang sukaย shopping semua tu. Kira sama la konsep dia kan. Cuma berbeza dari segi cara ย saja lelaki dan perempuan ni menghabiskan duit. Hehe. Kalau ada kepuasan dekat sikit, apa salahnya kan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • fazrol 10 May 2013 at 6:49 AM

    No tue sempoi jaa…
    setiap org ada minat tersendiri…

    Reply
  • boni kacak 9 May 2013 at 5:13 AM

    515. menarik nombor tu bro..hehehe.. tahniah sebab menang tender tersebut. <–skema kan ayat2 ni.hahaha

    Reply
  • cik tom 7 May 2013 at 11:23 PM

    tahniah!! mesti no cun/ no yg bermakna ni kan..

    Reply
  • wazy 4 May 2013 at 10:48 PM

    tahniah bro,rezeki tu dapat nombor idaman

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 11:18 AM

      Hehe. Bukan idaman lagi ni bro. Yang idaman dah kalah tender.

      Reply
  • Hafizul 4 May 2013 at 2:18 PM

    Tahniah bro..dapat nombor idaman..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 11:11 AM

      Bukan idaman sepenuhnya ni. Yang idaman dah kalah tender dah.

      Reply
  • Joe 4 May 2013 at 1:37 PM

    www ke bro?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 11:10 AM

      Bukan bro. WWW confirm mahal punya. Hehe

      Reply
  • BeritaKaki 3 May 2013 at 11:54 PM

    tak pernah lagi ni .. hehe ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 May 2013 at 12:59 PM

      Nanti ada kereta boleh la cuba.. ๐Ÿ™‚

      Reply
      • BeritaKaki 4 May 2013 at 4:46 PM

        saya nak pakai plat yg ori je..hehe

        Reply
        • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 11:16 AM

          Aik. Yang ni pun plat ori jugak. Cuma lagi cantik. haha

          Reply
          • BeritaKaki 5 May 2013 at 1:37 PM

            maksud saya yg segar dari ladang .. haha.. bkn yg beli2 punya ..haha
            bro punya WWW ke ?

            Reply
  • CutiMalaysia 3 May 2013 at 11:13 PM

    Betul memang gian guna no plate cantik. Dapat memang puas hati.. Tahniah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 May 2013 at 12:58 PM

      Sekali dah terjebak main nombor cantik ni memang boleh gian. Hehe. Sampai nombor telefon pun nombor cantik.

      Reply
  • Khairul Zamri 3 May 2013 at 10:34 PM

    haha betul tu kaum perempuan tak boleh marah. Aku pun nanti nak beli jugaklaa nombor-nombor macam ni, beli nombor kt JPJ tak salah kalu kat Sport Toto itu salah :p

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 May 2013 at 12:58 PM

      Kalau dekat sport toto tu cari nahas. Hehe. Nanti ada kereta boleh lagi tender nombor cantik. Kalau malas ambik je running number.

      Reply
  • Sop 3 May 2013 at 6:15 PM

    x pernah tender no plat ni.. hehehe
    biasa ambik je nombir apa dapat, hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 May 2013 at 12:57 PM

      Bukan semua orang yang minat nak tender dan guna nombor cantik ni bro Sop. Ada yang anggap membazir. Hehe

      Reply
  • Myra Jay 3 May 2013 at 4:55 PM

    Hheheee, klau pendapat kata konsep sopink tu den tak leh nak bangkang la..

    Baru masa awal2 baca kat entry dah terdetik.. wahhh sanggup beb melabur nak tender, tp mai kat part last terus mengakui… heheee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 May 2013 at 12:56 PM

      Kih3.. Nasib ada ayat backup. Sebab tau kebanyakan perempuan pasti akan anggap membazir. Tapi tak tahu yang nombor plat cantik ni jugak boleh buat duit kalau tau caranya.

      Reply
  • Hairul Azni 3 May 2013 at 12:25 PM

    Saya tak pernah masuk tender untuk nombor pendaftaran kereta ni..selalu guna yang running number je..
    * Tahniah ye bro.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 May 2013 at 12:55 PM

      Saja nak belajar tender nombor plat ni bro. Hehe. Apa-apa pun terima kasih.

      Reply
  • blackrosehunter 3 May 2013 at 6:56 AM

    WWW 515 ek bro?hehe..atau WWH 515?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 7:58 AM

      Wah.. Ada sesi meneka pulak ye.. :p

      Reply
      • blackrosehunter 3 May 2013 at 8:02 AM

        betul tak WWH 515?hehehe

        Reply
        • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 8:05 AM

          Ye.. Tidak betul di situ. hehe

          Reply
  • Datin Tyka 3 May 2013 at 1:36 AM

    tak pernah beli tender, tapi pernah jual tender sewaktu praktikal di MBSA.. memang pening untuk fikir tentang tender ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 7:57 AM

      Ayat ‘tender’ yang sama tapi mempunyai maksud yang lain.

      Reply
  • hanafi abdullah 3 May 2013 at 1:24 AM

    belum pernah buat tender beli no.plat tapi beli no.hp sama dengan no. plate kereta adalah..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 7:57 AM

      Wah.. mesti nombor hp cantik ni. Saya kalau nak ambik no plate kereta sama dengan no hp memang mahal la nanti.

      Reply
  • deno 3 May 2013 at 12:41 AM

    wah dapat tender… rezeki2… tahniah! ๐Ÿ™‚

    jom support LUPUS awareness ..! ^^ http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 7:56 AM

      Terima kasih deno… ๐Ÿ™‚

      Reply
  • sohoque 3 May 2013 at 12:34 AM

    waaahhh… tender no tuuu… WYH 515 ke?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 7:56 AM

      syhhh.. Hehe

      Reply
  • mawardiYunus 3 May 2013 at 12:25 AM

    tahniah bro.. tetiba rasa x sabar nak memiliki kereta sendiri huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 7:56 AM

      Hehe.. macam berkenan nak main nombor cantik je ni.

      Reply
  • hafizrahim 2 May 2013 at 11:20 PM

    paling mahal nombor yang aku pernah beli dengan JPJ harga rm300 je..WW*850..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2013 at 7:56 AM

      Tu macam running number je tu. Kira ok la jugak tu kan. Hehe

      Reply
  • maszull 2 May 2013 at 10:30 PM

    assalamualaikum hazmin….bestnya nak beli no plat kete yang kita suka yer…;)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:46 PM

      Waalaikumsalam kak. Hehe. Bila tahu menang tender tu memang best. ๐Ÿ™‚

      Reply
  • the malay male 2 May 2013 at 10:23 PM

    tahnah dpt nombor yg diidamkan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:46 PM

      Terima kasih bro. Nombor idaman sebenarnya 26 dengan 85 bro. Belum mampu lagi.

      Reply
  • JR 2 May 2013 at 9:43 PM

    Saya pernah tender nombor PB.. 4444, cuma RM200 masa tu, sebab nombor tu orang tak suka sebab bagi org Cina maknanya mati mati mati mati…hehehehe.
    Lepas tu masa kerja di KL masuk tender nombor W…8844 harga tak sampai RM1,000, nombor itu pun senang dapat sebab ada angka 44 (mati mati) orang Cina tak suka, jadi mudah dapat nombor tu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:45 PM

      Wah.. Bro JR pun pakar jugak dalam bab tender ni. Memang nombor 4 ni murah jugak. Tapi kalau tengok balik nombor 14 pun masih lagi mahal. Rasanya melayu pun ramai dah tender nombor 4 ni.

      Reply
  • afif 2 May 2013 at 9:35 PM

    feh macm ni pun kene beli tender,,,..baru ku tahu..maklumla takde kete lagi..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:44 PM

      Takpa, mana tahu bila dah ada kereta nanti berminat dengan nombor cantik ni kan Hehe

      Reply
  • beckhrooy 2 May 2013 at 9:24 PM

    nak beli kereta baru ke bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:42 PM

      Bukan kereta baru bro. Kereta pertama dengan hasil sendiri. Hehe

      Reply
  • LieyaLatif 2 May 2013 at 8:53 PM

    Cantik no kete ko dik! Tahniah…dpt keter baru dapat gak nombor plat idaman…akak pun penah tender no plat tp x lah mahal sgt sbb nombor biase2 je…cuma gatai nak tender sbb nak samekan dgn no plat kete lagi satu heheheheh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:42 PM

      Ni bukan no idaman kak. Terpaksa sebab no idaman kalah tender. Hehe. Kira plan B la ni. Wah.. Akak pun layan jugak tu nombor tender. Hehe

      Reply
  • titan 2 May 2013 at 6:49 PM

    peh, rajin hang beli tender.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:41 PM

      Rajin sikit je tu. Hehe

      Reply
  • eyriqazz 2 May 2013 at 6:41 PM

    Tahniah..banyak duit bro beli tender plat…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:39 PM

      Nombor tiga batang macam ni dalam lingkungan kemampuan lagi bro eyriqazz.. Nak merasa jugak guna nombor ala-ala vip ni.

      Reply
  • papa mifz 2 May 2013 at 6:22 PM

    wow siap bertender yer no plat kereta bro…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:38 PM

      Saja nak merasa nombor best sikit. Hehe

      Reply
  • KiD 2 May 2013 at 5:30 PM

    huiyoooo…. kasi 888 laaaa tender.. heheee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:38 PM

      888 memang tarak mampu la bro.. 818 pun orang tender RM3k lebih.

      Reply
  • amirulfaiz 2 May 2013 at 5:30 PM

    Hebat ah bro, banyak duit nak bida nombor plat. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:37 PM

      Ala.. Takda la mahal sangat bro. Hehe.

      Reply
  • daddyziyyad 2 May 2013 at 4:33 PM

    Tahniah!

    Nak beli kereta baru ni, tgh fikir nak tender nombor ke tidak….:)
    Apa latest plet Wilayah ya? WY?

    Kalau tak menyusahkan, apa kata bro tulis tentang cara2 nak menender nombor ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:37 PM

      Terima kasih doc. Wilayah sekarang ni WY*. WY ni seri yang last. Lepas ni tak tahu la macam mana no wilayah. Hehe.. Memang ada niat nak buat entri cara tender no plate ni doc. InshaAllah nanti.

      Reply
  • hafizmd 2 May 2013 at 4:21 PM

    wah! tahniah bro! ada cerita menarik ke dengan nombor 515 ni? hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:33 PM

      Tiada cerita yang menarik. Kalau menarik saya dah ambik nombor 85 atau 26. Tapi nombor tu mahal. 515 pun rasa cantik dah tu.

      Reply
  • suri 2 May 2013 at 4:03 PM

    erk mahal ni cek diam2 jerlah apa ada no cik pakai jerlah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 10:32 PM

      Hehe.. Nombor biasa pun ok je suri

      Reply
  • Cikgu Hairul 2 May 2013 at 2:52 PM

    Setiap orang kepuasannya lain-lain. Kengkadang harga 400K pun masih ada yang sanggup bayar demi kepuasannya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 3:30 PM

      Betul tu. Bagi yang kaya raya tu memang bermain dengan nombor tender ni dah macam perkara biasa bagi diorang. Yang penting bagi mereka adalah status.

      Reply
  • onlajer 2 May 2013 at 2:17 PM

    tapi rasanya 3 angka takdelah semahal 2 angka atau semua angka yang sama

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 2:20 PM

      Memang tak mahal sangatpun bro. Tapi kategori nombor kahwin/kepit macam ni kadang-kadang boleh cecah riban-riban jugak. Ikut nasib jugak la.

      Reply
  • onlajer 2 May 2013 at 2:17 PM

    kalau ko duk jb brader gua salah satu ejen tempah no ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 2:19 PM

      Kalau tau aku ambik no jb je. Mana tau dapat no murah-murah ke kan. Kih3

      Reply
      • onlajer 2 May 2013 at 2:22 PM

        mana ada, mana-mana tempat bermula dari 0.25k apa kalau yang biasa-biasa

        Reply
        • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 2:28 PM

          Silap tu bro.. Harga bermula dengan RM300+RM10. Jadi tak kira running number atau tender nombor biasa adalah RM310. Itu minimum. No menarik lain pulak harga minimum dia.

          Reply
          • onlajer 2 May 2013 at 2:31 PM

            o tu hari kira nya brother aku support aku rm50 le , hadiah untuk kereta baru haha

            Reply
            • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 2:33 PM

              Cuba ko tanya brother ko balik. Kih3.. Wah.. Mesti kereta nombor cantik jugak ni.

              Reply
  • Oneblogsocial 2 May 2013 at 2:03 PM

    Tahniah,sangat menarik jika boleh guna nombor yang unik.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 2:03 PM

      Terima kasih. Sasaran awal inginkan nombor 85, tapi kalau semasa tender. Hehe.

      Reply
  • padin 2 May 2013 at 2:01 PM

    masing2 ada cara untuk dapatkan kepuasan,
    kasi tayang sikitlah keta bro.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 2:03 PM

      Ala.. Kereta murah-murah je bro. Tak dapatpun lagi. Kih3.

      Reply
  • hafiz 2 May 2013 at 1:54 PM

    uih beli kereta barulah lepas dah kompom…tahniah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 1:55 PM

      Kah3… Bukan kereta baru bro. Tapi kereta pertama ni. Haaa

      Reply
  • fiezaradzi 2 May 2013 at 1:49 PM

    dulu masa zaman muda remaja mmg berangan nak satu siri nombor ni utk letak kat kereta sendiri, nostalgia katakan.. tapiskg bila dh beli kereta, guna yg running number je.. ahaha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 1:58 PM

      Running number pun ok jugak dah.. Hehe.. Lebih kurang je mcam nombor ni.

      Reply
  • cikgu naman 2 May 2013 at 1:45 PM

    masa beli 1st car dulu beli running number je

    515, mesti ribu jugak tuuu..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 1:57 PM

      Nak beli running number takut tak berkenan. Nak beli dua batang kalah pulak. Nombor ni takda la mahal sangatpun cikgu. hehe

      Reply
  • inche hlovate 2 May 2013 at 1:11 PM

    dah agak dah..mesti no pendaftarn kreta ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 1:56 PM

      Wah… macam ada pengalaman je. Hehe

      Reply
  • akubiomed 2 May 2013 at 1:06 PM

    Rajin cari nombor cantik. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 1:56 PM

      Itulah.. No telefon pun guna nombor cantik jugak. Ter obses pulak.

      Reply
  • jebateja 2 May 2013 at 12:02 PM

    Kita tak pandai…kalau pandai nak tempah no 8844…ahakz

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 12:17 PM

      Hehe.. Kalau nak tender senang je bro.. Cuma perlukan masa je.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF Dan Farih Hamshi

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Alexa Audience Demographics

By Hazmin Hamudin

Apa Itu Oppa Gangnam Style?

By Hazmin Hamudin

Raptai Perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia 2011

By Hazmin Hamudin

Colour Crystal Ball Di Haramkan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in