• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka Puasa

Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka Puasa

By Hazmin Hamudin | 27 July 2012 | 7 Comments

Rokok

Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka Puasa. Selalunya bila berpuasa, aku rasa golongan yang tidak boleh duduk diam semestinya golongan perokok tegar. Setelah seharian selama 13 jam menahan daripada menghisap rokok selain daripada menahan lapar dan dahaga, golongan ini pastinya ternanti-nantikan detik berkumandangnya azan maghrib. Segelintirnya pula dengan pantasnya menghidupkan api rokok setelah seharian tidak menghisap rokok tanpa mengetahui kesan buruk akibat perbuatan tersebut.

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Sumber Berita Harian

Bagi aku tidak kiralah di bulan Ramadan atau bulan-bulan lain sekalipun, perbuatan menghisap rokok ni memang sudah terbukti tidak baik untuk kesihatan. Cuma di bulan Ramadan ni perbuatan tersebut memberikan kesan yang lagi buruk menurut pakar. Bagi penghisap rokok tegar di luar sana, anda sendiri nilaikan baik buruknya menghisap rokok ni kepada diri anda. Banyak kesan buruk yang telah disampaikan, selebihnya anda yang tentukan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • titan 1 August 2012 at 6:17 PM

    ha..siapa yang merokok tu. agak-agaklah ye..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 August 2012 at 7:12 PM

      Baik minum daripada merokok bro

      Reply
  • sharinginfoz 29 July 2012 at 5:50 PM

    kalau boleh berhentilah untuk selama-lamanya

    Reply
  • akubiomed 28 July 2012 at 1:25 AM

    Perlu ambil iktibar dengan fakta yang disampaikan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 July 2012 at 2:35 PM

      Rasanya sudah banyak fakta dan info disampaikan, tapi masih ramai yang tidak ambil iktibar.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 27 July 2012 at 8:29 PM

    merokok memang bahaya kepada kesihatan..samada lepas buka,sblum sahur, ari puasa..hari x puasa..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 July 2012 at 2:35 PM

      Itu la… tak kira la hari apa pun, memang 24/7 sentiasa bahaya.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Perubahan Pada Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin

Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

By Hazmin Hamudin

Siapa Yang Cuti Hari Ni?

By Hazmin Hamudin

Salam Ramadhan 1438H

By Hazmin Hamudin

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011)

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in