• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Menikmati Kesedapan Coconut Shake Klebang, Melaka

Menikmati Kesedapan Coconut Shake Klebang, Melaka

By Hazmin Hamudin | 17 November 2011 | 14 Comments

Minggu lepas aku ke Melaka untuk menguruskan beberapa hal penting. Sekarang ni ulang alik Melaka boleh dikatakan dah memang jadi rutin wajib aku la. Dalam sebulan mesti ada punya la pergi Melaka. Nak buat macam mana kan. Ada temu janji dengan Hang Tuah. Siapa-siapa nak kirim salam kat Hang Tuah tu boleh la aku tolong sampaikan. Ok, aku tau aku dah merapu di sini.

Coconut Shake Original Klebang
Papan tanda sudah bertukar dengan yang baharu

Aku kalau dah ke Melaka ni mesti dalam kepala dah teringat-ingat dan terbayang-bayang akan kenikmatan coconut shake Klebang, Melaka ni. Isi dan air kelapa yang dikisar bersama-sama dengan aiskrim vanilla beserta dengan ais sungguh nyaman dan nikmat apabila diminum ketika waktu panas. Rasa lemak dan manis coconut shake Klebang, Melaka ni memang cukup dan memenuhi kehendak selera aku. Ni merupakan kenjungan kali kedua aku ke sini.

Aktiviti wajib kalau nak beli coconut shake ni sudah semestinya acara beratur beramai-ramai. Walaupun hanya gerai kecil di tepi jalan, tapi orang yang datang memang melimpah ruah hingga terpaksa beratur panjang. Untuk menikmati coconut shake yang sedap dan lazat, setakat beratur panjang 5-10 minit pun takda hal la kan. Janji kehendak dan keinginan anak tekak dapat diturutkan.

Coconut Shake Original Klebang
Suasana gerai coconut shake original Klebang, Melaka

Petang tu sahaja empat coconut shake special telah berjaya aku sambar. Dua untuk diminum dalam kereta dan dua lagi untuk dibawa balik ke rumah. Sedap punya pasal, tak main la beli dua je kan. Hahaha… Tamak betul. Tapi ok la kan dengan harga yang berpatutan macam tu. Tak payah cerita banyak, korang patut cuba sendiri coconut shake ni.

Coconut Shake Original Klebang
Coconut shake tersusun rapi menunggu untuk dinikmati
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ohcikgu 19 November 2011 at 2:40 AM

    dah lama tak minum coconut shake ni. air kelapa aje selalu minum. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2011 at 4:21 PM

      air kelapa pun sedap jugak minum waktu panas panas ni.

      Reply
  • biskut chipmore 18 November 2011 at 1:28 PM

    memang beratur la..sedap la oconut shake dia.. kat sini susah nak carik~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2011 at 4:20 PM

      kat melaka je ada coconut shake ni kan..tu yg buat lg special tu…

      Reply
  • Faz Abas 17 November 2011 at 12:45 PM

    tak pernah merasa lagi, tapi kawan2 yang dah pergi semua kata sedap!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2011 at 12:57 PM

      kalau tak sedap mesti gerai tu tak penuhkan. orang kata kalau kaum cina makan kat situ, tandanya sedap la tu. ๐Ÿ™‚

      Reply
  • nizam 17 November 2011 at 11:42 AM

    perghhh…sedapnyer nampak…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2011 at 11:56 AM

      bukan kata nampak, rasa pun sodap…

      Reply
  • ch000tz 17 November 2011 at 11:28 AM

    hahahaha reply pon suruk2 ajerkk kui kui kui

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2011 at 11:39 AM

      Haha…boleh plak suruk suruk… slumber la live broadcast lepas ni…

      Reply
  • ch000tz 17 November 2011 at 11:00 AM

    eyhhhh pantai klebang ni utk orang kaki geybang ajer hahahaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2011 at 11:04 AM

      sapa suruh lepak pantai… orang pergi tapau coconut shake je.. hehe

      Reply
  • ch000tz 17 November 2011 at 11:00 AM

    hahahahaha nak jugak live broadcast kannnn kui kui kuiii =))

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2011 at 11:04 AM

      hahaha.. pakai blackberry ke ? takda via blackberry pun.. ๐Ÿ™‚

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Fakta Menarik Legoland Malaysia

By Hazmin Hamudin

Hotlink Salah Hantar SMS ?

By Hazmin Hamudin

Mengisi Borang Sasaran Kerja Tahunan

By Hazmin Hamudin

Semak Status PLKN 2012 Selepas 12 Malam

By Hazmin Hamudin

Keindahan dan Kehebatan Matematik

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in