• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1435H

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1435H

By Hazmin Hamudin | 15 July 2014 | 2 Comments

Nuzul Al-Quran

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1435H kepada semua semua rakyat Malaysia, khasnya kepada mereka yang beragama Islam. Hari ini beberapa negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Putrajaya Selangor dan Terengganu akan bercuti sempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran ini.

Tahun lepas Wilayah Persekutuan tidak tersenarai antara negeri yang cuti tapi tahun ni mereka yang bekerja di Wilayah Persekutuan dah boleh tersenyum gembira termasuklah aku sendiri yang bekerja di Kuala Lumpur. Sedia maklum kalau cuti Nuzul Al-Quran ni ramai rakyat Selangor akan mengambil kesempatan untuk datang membeli belah di Kuala Lumpur sebagai persiapan menjelang Hari Raya. Bagi aku yang kerja di Kuala Lumpur ni amatlah menyedihkan sewaktu balik kerja terpaksa menghadap jammed yang teruk akibat perkara ni. Sekarang ni dah tak perlu risau lagi dah sebab dah sama-sama cuti, sama- sama boleh shopping jugak. Hehe.

Tadi adalah berkenaan dengan cuti yang tidak sama sempena dengan Nuzul Al-Quran. Sekarang ni berbalik kepada peristiwa Nuzul Al-Quran, Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. Begitulah sedikit sebanyak mengenai peristiwa Nuzul Al-Quran. Selebihnya boleh baca dekat laman web JAKIM untuk maklumat yang terperinci.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1435H dan selamat bercuti kepada semua yang bercuti. Bagi yang keluar shopping dan menambahkan kesesakan jalan raya hari ni, berhati-hati di jalan raya.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • titan 15 July 2014 at 9:49 PM

    emm..ramai yang tak tahu sejarah al-quran nih..sedih gak dibuatnya..

    Reply
  • JR 15 July 2014 at 4:24 PM

    Di Perlis dan Penang hari ini cuti umum sempena Nuzul Quran. Tapi Kedah yg terletak di tengah2 antara Perlis dan Kedah tak cuti pulak…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kerja… Kerja… Kerja…

By Hazmin Hamudin

Aku Dah Tengok Gerhana Bulan Penuh

By Hazmin Hamudin

Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley

By Hazmin Hamudin

Safee Sali Cerai Isteri Talak Satu

By Hazmin Hamudin

Terpilih Sebagai Touch n Go RFID Pilot User

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in