• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Selamat Hari Guru 2013

Selamat Hari Guru 2013

By Hazmin Hamudin | 16 May 2013 | 39 Comments

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru 2013 diucapkan kepada semua warga pendidik yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa tanpa ada rasa jemu. Hari ini, 16 Mei merupakan hari yang istimewa buat guru-guru di Malaysia kerana mereka diraikan dengan sambutan Hari Guru.

Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan.

Tema Hari Guru 2013

Tema sambutan Hari Guru untuk tahun 2013 ialah ‘satu Aspirasi satu Agenda’. 1ASPIRASI bermaksud semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

Manakala 1AGENDA  diterjemahkan kepada semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara

Sempena menyambut Hari Guru hari ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Tidak lupa juga guru-guru dikalangan blogger yang aku kenal. Terima kasih guru-guru yang menjadi peneraju untuk membentuk akhlak masyarakat. Jasa dan pengorbanan guru yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah bagi mencurahkan ilmu-ilmu kepada masyarakat hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • iAwani 18 May 2013 at 9:26 PM

    menjadi guru satu kerjaya yang amat mulia.

    Reply
  • KesumaAngsana 17 May 2013 at 3:49 PM

    jasamu ttp dikenang wahai guru2

    Reply
  • onlajer 17 May 2013 at 12:05 PM

    yeah selamat hari guru semalam haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 12:08 PM

      Hari ni selamat hari Jumaat lak.

      Reply
  • boni Ultra kacak 17 May 2013 at 8:18 AM

    masih sempat ke nak wish?? selamat hari guru 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 12:08 PM

      Boleh je bro. Kira tiap masa hari guru. Haha

      Reply
  • Anim 17 May 2013 at 12:09 AM

    terasa benar perbezaan mengajar budak dulu dan budak sekarang, generasi Y..
    Tqvm..

    Reply
  • hafiz 16 May 2013 at 11:42 PM

    tak semua org mampu manjadi seorang guru kalau tak betul2 lah..

    Reply
  • Khairul Zamri 16 May 2013 at 10:31 PM

    Selamat hari guru buat guru 1Malaysia

    Reply
  • 4feet8 16 May 2013 at 9:25 PM

    err..sebenarnya kenapa mesti ada ‘1’ pd semua perkara? hehe.. eh, tanya cmtu, kena saman tak? hihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 9:27 PM

      Kenapa pulak nak kena saman. Tanya je. Hehe.. ‘Dia’ punya angkara ni.

      Reply
  • ejam 16 May 2013 at 8:32 PM

    selamat hari guru dan pendidik di malaysia, sesungguhnya jasa mereka amatlah besar…

    Reply
  • padin 16 May 2013 at 8:25 PM

    hehee acara yang ditunggu masa sambutan hari guru dapat bersukaneka dengan cikgu, keh3

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 9:16 PM

      Pergh.. Siap sukaneka dengan cikgu lagi tu. Hehe

      Reply
  • ajumohit 16 May 2013 at 8:16 PM

    selamat hari guru buat semua guru, jasa mereka mendidik kita begitu besar maknanya

    Reply
  • azura 16 May 2013 at 7:56 PM

    guru pembina negara bangsa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 7:58 PM

      Betul tu. Kalau guru tak mengajar kita tak dapat ilmu untuk membangunkan negara.

      Reply
  • deno 16 May 2013 at 7:47 PM

    rindu kat cikgu2 kan…. ma deno pun cikgu.. masa sakit, masuk wad selama 4 bulan di HKL, ma la yg jadi cikgu.. ma pun kerja cikgu, ma cuti tanpa gaji jaga dneo masa tu.. alhamdulillah lepas kuar hosp, amik upsr, dapat juga 5A… selamat hari cikgu utk semua cikgu ^_^

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 7:58 PM

      Untung deno dapat ma seorang guru kan. Selamat Hari Guru untuk ma deno.

      Reply
  • gamep01nt 16 May 2013 at 7:38 PM

    Aku igt nk komen selamat hari guru. tp semua pun komen selamat hari guru, aku pun komen la selamat hari ibu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 7:58 PM

      Haha.. Yang pelik-pelik serah je dekat ko

      Reply
  • sharinginfoz 16 May 2013 at 6:54 PM

    selamat hari guru

    Reply
  • diana 16 May 2013 at 6:46 PM

    guru bagaikan ibu bapa pada kita…
    selamat hari guru.

    Reply
  • diana 16 May 2013 at 6:45 PM

    guru bagaikan ibu bapa pada kita…
    selamat hari guru..;)

    Reply
  • titan 16 May 2013 at 4:44 PM

    kepada semua guru yang kacak dan comel, selamat hari guru.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 7:57 PM

      Termasuk la En Titan kan?

      Reply
  • Strider 16 May 2013 at 3:19 PM

    Selamat Hari Guru…jasamu akan dikenang sepanjang hayat…hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • Myra Jay 16 May 2013 at 2:48 PM

    Selamat Hari Guru buat semua Guru2 🙂

    Reply
  • auc 16 May 2013 at 2:07 PM

    Selamat hari guru buat semua yg bergelar guru….

    Reply
  • akubiomed 16 May 2013 at 1:43 PM

    Selamat menyambut Hari Guru. 🙂

    Reply
  • shafazie 16 May 2013 at 12:44 PM

    selamat hari guru untuk guru2 di Malaysia

    Reply
  • JR 16 May 2013 at 12:35 PM

    Tanpa guru yang mengajar A,B,C, mengajar alif, ba, ta siapalah kita.
    SELAMAT HARI GURU…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 7:56 PM

      Betul tu bro JR. Kalau guru tak mengajar memang kita tak boleh nak membacakan.

      Reply
  • BUNDA 16 May 2013 at 12:12 PM

    selamat hari guru, jasa mu tetap dikenang..

    Reply
  • daddyziyyad 16 May 2013 at 12:05 PM

    Jasa guru, memang tidak ternilai banyak nya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 7:56 PM

      Betul tu doc. Memang besar jasa seorang guru ni kan.

      Reply
  • suri 16 May 2013 at 11:10 AM

    banyak blogger buat tajuk hari guru heee.. dulu nak jadu guru tu masa org tanya cita2 kita waktu kecik..skrg dh besar blh pula kata jadi blogger hee..

    Reply
  • suri 16 May 2013 at 11:09 AM

    untunglah guru tiap2 tahu dpt hadiah dri anak2 murid yg tersayang

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 May 2013 at 7:55 PM

      Hehe. Rasanya pengorbanan mereka tidak ternilai dengan hadiah yang diberi oleh anak murid tu suri

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Berkursus Di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak

By Hazmin Hamudin

Trend Selfie Bulu Ketiak

By Hazmin Hamudin

Ni Lah Akibat Lama Bercuti

By Hazmin Hamudin

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin

Bercinta Nak Update Blog

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in