• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Cerita Sebenar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi

Cerita Sebenar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi

By Hazmin Hamudin | 1 December 2011 | 10 Comments

Nampaknya cerita sebenar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi yang heboh diperkatakan sejak tersebarnya gambar tersebut telah terjawab. Ianya secara tidak langsung telah menjejaskan karier Khairul Fahmi sebagai penjaga gol utama skuad bola sepak kebangsaan.

Cerita Sebenar Apek dan Shida

Penyebaran gambar aksi mesra yang membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida sejak Sabtu lalu telah menyebabkan kedua-dua pihak dihujani dengan pelbagai tohmahan.

Menurut Shida, gambar itu memang gambar mereka tetapi ianya merupakan gambar lama. Penyebaran gambar tersebut telah menggangu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

Setelah diterangkan oleh Shida Harmi sendiri mengenai cerita sebenar mengenai gambar aksi mesra mereka, diharapkan selepas ini semua pihak tidak lagi memperbesar-besarkan isu ini kerana Shida sendiri akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Setelah pelbagai isu yang melanda Apek telah menyababkan ada ura-ura yang mengatakan beliau ingin bersara awal kerana tidak tahan dengan pelbagai kontroversi yang dilemparkan kepadanya. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana Apek masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah dalam skuad bola sepak kebangsaa.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • mimizuzuhaha 3 December 2011 at 2:16 AM

    semua orang ada past life.
    menutup keaiban orang, nescaya aib kita pun akan ditutup.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 December 2011 at 10:19 PM

      betul tu… 🙂

      Reply
  • levelsatu 2 December 2011 at 3:01 PM

    benda dah berlaku. biarkanlah ia berlalu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2011 at 4:00 PM

      kena ambik pengajaran jugakkan.. 🙂

      Reply
  • titan 1 December 2011 at 10:10 PM

    emm..ada gak salah apek..tapi benda dah berlaku. sabar ajelah..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2011 at 7:11 AM

      dua-dua salah…tp benda dah jadikan…kena beringat jela utk akan datang

      Reply
  • ch000tz 1 December 2011 at 7:55 PM

    hahahahah dah macam majalah mangga versi online lah pulak entry ni hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 December 2011 at 7:50 AM

      ni namanya alert tentang isu semasa.

      Reply
  • Oh! budu 1 December 2011 at 6:21 PM

    kesiannya kat apek.. :'(

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 December 2011 at 7:53 PM

      kalau dah popular, pasti byk mata yang memandangkan..kena la pandai bawak diri..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Warga London Buat Laman Web Kutip Dana Untuk Bantu Asyraf

By Hazmin Hamudin

DVD Cetak Rompak KL Gangster 2

By Hazmin Hamudin

Bloglist Jom Bernakal

By Hazmin Hamudin

Parit Baru, Sabak Bernam

By Hazmin Hamudin

Malaysia Tertinggi Masalah Obesiti

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in