• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Pelik / Suami Boleh Mati Pucuk Jika Isteri Gaji Besar

Suami Boleh Mati Pucuk Jika Isteri Gaji Besar

By Hazmin Hamudin | 27 February 2013 | 7 Comments

Viagra

Dengar tajukpun dah macam mengerikan je bagi golongan lelaki yang berpendapatan tak seberapa macam aku ni. Korang ngeri tak? Hehe.. Apatah lagi kalau dapat isteri yang bergaji lebih tinggi nanti. Mungkinkah ‘si masa depan’ aku bergaji lebih tinggi daripada aku? Tersenyum je dia kalau baca pasal benda ni nanti. Siapa yang nak jadi macam ni kan.

Mengikut kajian penyelidik yang menjalankan kajian tentang perkara ni, faktor penyebab berlakunya masalah mati pucuk kalau isteri bergaji besar daripada suami adalah kerana rasa hilang harga diri, marah dan kecewa. Siapa yang tak malu wei kalau gaji isteri lebih tinggi daripada kitakan. Dah memang lumrah lelaki ni mempunyai ego dan seharusnya menjadi pemimpin. Tapi kalau dah sampai boleh sebabkan mati pucuk memang parah la kan.

Tapi tu semua hanyalah kajian yang dibuat di Denmark. Nak percaya terpulang la ye. Nak baca selanjutnya boleh baca dekat bawah ni.

COPENHAGEN: Lelaki yang memiliki isteri berpendapatan lebih tinggi berkemungkinan besar mengambil Viagra dan ubat lain kerana kurang bertenaga di bilik tidur, lapor satu kajian.

Penyelidik kurang pasti mengapa perkara itu berlaku tetapi rasa hilang harga diri selain marah dan kecewa mungkin memainkan peranan.

Kajian dilakukan di Denmark, lokasi penggambaran drama politik popular, Borgen, yang memaparkan bagaimana Perdana Menteri wanita bergelut dengan kesukaran mentadbir negara manakala suaminya menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Penyelidik Denmark dan Amerika Syarikat bermula dengan mengkaji gaji pada data lebih 200,000 pasangan suami isteri. Ia mendedahkan Viagra dan ubat bagi masalah mati pucuk lain lebih popular di kalangan pasangan yang isteri menerima gaji lebih tinggi.

Kesan malah dapat dilihat pada keluarga yang isteri memiliki pendapatan cuma sedikit lebih tinggi daripada suami.

Penyelidik berkata: “Malah perbezaan kecil dalam pendapatan dikaitkan dengan risiko besar penggunaan ubat mati pucuk apabila wanita menjadi penyumbang utama dalam rumah tangga berbanding lelaki.”

Perbezaan gaji sebanyak £10,000 (RM 47,095) yang memihak kepada wanita, menggandakan penggunaan Viagra.

Menariknya, fenomena itu tidak dilihat pada pasangan yang selalunya memiliki pendapatan lebih tinggi. Sebaliknya, ia terhad kepada perkahwinan yang isteri mengambil alih kedudukan itu daripada suami.

Ia menunjukkan rasa hilang harga diri menjadi punca keadaan itu.

Menulis dalam Buletin Personality and Social Psychology, penyelidik berkata, peningkatan aliran bagi wanita menjadi penyumbang utama rezeki mencabar peranan tradisi lelaki sebagai pencari nafkah dan meletakkan mereka di bawah tekanan psikologi.

“Kehendak seksual lelaki dikaitkan dengan budaya dan faktor sosial seperti kuasa bapa, wang dan rangkaian sosial, berpotensi menyebabkan lelaki berdepan masalah penurunan kehendak seksual atau tidak berfungsi apabila mendapati peranan tradisi mereka dirampas.

“Kemarahan dan kekecewaan juga boleh membawa kepada masalah seksual serius seperti mati pucuk,” kata penyelidik.  – Agensi

Sumber: Bharian

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • hafiz 1 March 2013 at 1:57 PM

    itu sebab mental lelaki tu lemah…

    Reply
  • ajumohit 28 February 2013 at 10:25 PM

    owh yeke

    Reply
  • akubiomed 28 February 2013 at 12:05 AM

    Si suami sudah hilang taring.

    Reply
  • hafizmd 27 February 2013 at 10:53 PM

    Macam2 kajian depa ni…

    yg penting badan dan minda mestilah sihat 🙂

    Reply
  • JR 27 February 2013 at 9:27 PM

    Kajian yg dibuat oleh pelbagai pihak utk isu yg sama selalu menghasilkan jawapan yg berbeza. Ini kerana jawapan hasil kajian adalah bergantung kpd latar belakang responden. Bila responden yg dikaji dari kumpulan yg berbeza, lalu terhasillah jawapan yg berbeza. Sama juga dengan isu mati pucuk ini, jika pihak lain yg buat kajian mungkin dia mendapat jawapan berbeza. Mungkin kajiannya mendapati lelaki bergaji rendah dari isteri akan “lebih bersemangat” di atas katil kerana itulah cara dia balas dendam kepada isteri atas kekurangannya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2013 at 9:50 PM

      Bab balas dendam tu memang terbaik la JR. Betul jugak tu kan. Bab duit laki kalah, kena lawan bab lain pulak la.

      Reply
  • Eizil 27 February 2013 at 9:36 AM

    Macam-macam kajian sekarang ni… tapi kajian-kajian sebegini biasanya terhad kepada sesetengah golongan sahaja, sebab lain tempat lain cara hidup. Apapun macam menarik kajian yang telah dilakukan… 😀

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kisah Kebakaran Di Flat PKNS Jalan Kerinchi

By Hazmin Hamudin

Rahsia Intim Buah-Buahan

By Hazmin Hamudin

Samurai Beef Burger McDonald’s

By Hazmin Hamudin

Perjalanan Pagi

By Hazmin Hamudin

Ibarat Mengajar Anak Ketam Berjalan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in