• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Live Blog / Perjalanan Pagi

Perjalanan Pagi

By Hazmin Hamudin | 17 April 2012 | 6 Comments

Seawal 6.20 pagi aku memulakan perjalanan pagi untuk mencari rezeki yang halal, untuk mendapatkan sesuap nasi bagi meneruskan sisa-sisa hidup aku.

Memang agak penat setiap hari hadapi keadaan yang macam ni. Kerusi LRT sudah boleh diibaratkan juga sebagai katil kedua. Kalau masih mengantuk, maka di situ la tempat untuk melelapkan mata untuk seketika.

Orang kata kalau dekat Kuala Lumpur ni naik LRT tak penat, cepat sampai. Naik kereta penat sebab perlu tempuh kesesakan jalan raya yang entah bila akan berakhir. Pada aku, naik LRT pun penat jugak. Terpaksa kejar train, berhimpit-himpit dengan orang lain masa nak masuk dalam train tu. Kalau nasib kurang baik, maka dapat la seat yang best menggunakan kedua belah kaki sendiri (berdiri la tu).

Bukan trafik jem je boleh sebabkan aku lambat masuk pejabat. Kalau train delay atau mengalami kerosakan, memang akan masuk lambat la jawabnya. Ini bukan cobaan, ini betul-betul. Tu la hakikatnya dengan mutu pengangkutan awam dekat Malaysia ni. Tapi dari hari ke hari, aku tengok perkhidmatan LRT ni semakin baik juga. Kekurangan sikit-sikit tu biasa la kan.

Punya la panjang aku membebel pagi-pagi buta ni. Bukan apa, saja nak cerita pengalaman menaiki LRT sepanjang hampir dua tahuan menjadi pengguna LRT yang setia. Daripada aku membuta dekat kerusi ’empuk’ yang sangat keras ni, baik aku bercerita sebelum memulakan hari-hari yang terasa agak bosan jugak.

Posted with WordPress for BlackBerry

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jebeng Otai™ 17 April 2012 at 10:55 PM

    lrt mmg maintain jer..xyah nk tunggu turn @ berebut2 lane mcm kat jalan.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2012 at 11:46 PM

      Tapi awal pagi kena berebut dengan budak sekolah. Kih3…

      Reply
  • akubiomed 17 April 2012 at 1:48 PM

    Dulu selalu guna KTM komuter kerana tempat kerja terletak dilaluan komuter. Masalah bila balik terpaksa bersesak ketika didalam perjalanan balik.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2012 at 4:56 PM

      Pernah jugak guna komuter masa balik kerja. Memang tak tahan kalau setiap hari nak hadap sesak macam tu. Degan jadual perjalanan yang tidak menentu, lebih baik guna perkhidmatan LRT yang cepat ketika masa puncak.

      Reply
  • Jemik 17 April 2012 at 7:38 AM

    asalkan rezki yg halal min

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2012 at 10:04 AM

      Alhamdulillah…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

BPL Fantasy Premier League 2014/2015 – Minggu Pertama

By Hazmin Hamudin

Bloglist Iqbalhakimi | Jom Terbang!!

By Hazmin Hamudin

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin

PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Kelvin Yip

By Hazmin Hamudin

Pagi Di Ladang Teh Sungai Palas

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in