• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Makan Steamboat Dekat Johnny’s Pulak

Makan Steamboat Dekat Johnny’s Pulak

By Hazmin Hamudin | 26 August 2012 | 10 Comments

Steamboat Johnny's Alamanda 1

Dah seminggu hari raya, semestinya dah jemu asyik hadap makanan seperti lemang, ketupat dengan rendang je. Rasanya ramai jugak yang dah puas melakukan lawatan ke tandas-tandas yang berhanpiran akibat penangan kuah kacang ataupun rendang yang bertali arus menerjah perut. Tu la akibatnya kalau makan tak ingat dunia masa hari raya. Nasib la aku tak terjebak dengan masalah perut ni.

Mana boleh tahan asyik makan rendang dengan ketupat je seminggu ni kan. Hari ni tukar selera makan, beralih pulak makan steamboat dekat Johnny’s Alamanda, Putrajaya. Sejak dari dulu kalau makan steamboat memang Johnny’s je la yang jadi pilihan aku sekeluarga. Mungkin kerana sup steamboat di Johnny’s agak sedap sikit berbanding di tempat lain. Bila segala bahan steamboat dah sampai, maka bermulalah acara mencampak bahan-bahan tersebut ke dalam sup.

Steamboat Johnny's Alamanda 2

Setelah puas menunggu segala benda tu semua masak, ,maka ni lah hasilnya. Tibalah pula masa untuk mencekik segala macam benda dalam sup tu. Memang berpeluh makan steamboat ni. Terasa nikmat sehingga butir-butir peluh mula menitik dengan derasnya.

Steamboat Johnny's Alamanda 3

Selain daripada steamboat, boleh juga order makanan sampingan yang lain macam noodle dan juga nasi goreng. Aku saja nak cuba nasi goreng belacan ni. Rasanya boleh tahan, memang terasa belacan dan terdapat juga udang kering dan telur goreng yang dihiris diletakan pada nasi tersebut.

Steamboat Johnny's Alamanda 4

Air minuman sparkling Esprit berperisa raspberry menjadi  pilihan untuk pelengkap menghilangkan dahaga ketika mencekik segala makanan yang ada. Memang tak pernah mengecewakan bila makan dekat Johnny’s ni lebih-lebih lagi bila dah jemu makan rendang dan ketupat di hari raya ni.

Steamboat Johnny's Alamanda 5

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Miss Volvo 23 June 2016 at 7:15 PM

    Nasi goreng belacan Johnny membawa diriku ke sini lol

    Reply
  • shraqs 28 August 2012 at 8:59 AM

    Baru semalam pi pekena steamboat Johnny d Alamanda. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2012 at 3:54 PM

      Wah.. Kalau tak mungkin makan steamboat bersama di Alamanda.

      Reply
      • shraqs 28 August 2012 at 5:37 PM

        Bukan apa bro,.. orang rumah aku ni suka steamboat.

        Reply
  • Malaysia Coin 27 August 2012 at 8:30 AM

    Salam.
    Dah lama plak rasanya tak makan steambot kat johnny ni…. 🙂
    Makan ni sedap jer walau takde nasi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2012 at 4:34 PM

      Itulah.. Asyik makan nasi je, sekali sekala makan steamboat pun sedap jugak.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 27 August 2012 at 12:34 AM

    mmg berpeluh gak tu nk abiskan steambot yg dh siap dimasak..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2012 at 12:41 PM

      Nak makan steamboat ni kipas or aircond kena kuat, kalau tak memang kuyup la.

      Reply
  • akubiomed 26 August 2012 at 11:10 PM

    Wah bertukar selera asyik bantai lemang dan ketupat perut pun meragam.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2012 at 12:41 PM

      Bila dah tiap2 hari makan ketupat dengan lemang, kena la tukar selera pulak.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kereta Dah Kena Curi

By Hazmin Hamudin

Tempoh Diskaun Bayaran Saman DiLanjutkan !!

By Hazmin Hamudin

Jadual Perjalanan Sempena Aidilfitri dan Kemerdekaan Oleh PLUS

By Hazmin Hamudin

Kesan SEO Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki

By Hazmin Hamudin

Worldless Wednesday | Sebelum Dan Selepas

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in