• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Santai / Dapat Baju Melayu Percuma

Dapat Baju Melayu Percuma

By Hazmin Hamudin | 9 November 2012 | 40 Comments

Baju Melayu Sambutan Maal Hijrah

Dapat Baju Melayu Percuma. Semalam aku dapat baju melayu percuma daripada LGM. Bila dapat benda-benda yang percuma ni memang best la kan. Mana ada orang yang tak suka kalau dapat benda percuma macam ni. Mesti korang tertanya-tanya apa motif LGM bagi baju melayu percuma ni dekat aku. Nak kata baju melayu untuk hari raya, Hari Raya Aidilfitri dengan Hari Raya Aidiladha dah pun lepas. Takda maknanya LGM nak bagi baju melayu percuma macam tu je dekat aku.

Sebenarnya aku telah terpilih untuk mewakili kontinjen LGM bagi menyertai Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2012M yang akan diadakan pada 15 November 2012 ni di PICC, Putrajaya. Sebab tu la aku dapat baju melayu percuma ni. Pertama kali aku akan merasai sendiri suasana perhimpunan Maal Hijrah ni. Selalu tengok dalam tv je tiap-tiap tahun kan. Tu pun kalau tengok la.

Sejak kerja dekat LGM ni dah bermacam-macam perhimpunan, perarakan yang aku turut serta. Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan, Perarakan Hari Malaysia dekat Dataran Merdeka, Pelancaran Bulan Belia dan banyak lagi la. Tak ingat dah aku nak senaraikan. Sekurang-kurangnya dapat jugaklah aku merasa pengalaman menyertai pelancaran dan perhimpunan peringkat kebangsaan ni.

KBM Collection

Terima kasih lah kepada KBM Collection kerana telah membuat baju melayu yang cantik ni. Bukan baju melayu je yang dapat, tapi lengkap sekali dengan kain sampin, songkok dan juga butang baju melayu. Nasib baik lah tak dapat kasut ataupun capal sekali. Bukan main demand lagi aku ni. Apa-apa pun terima kasih lah kepada LGM kerana bagi baju melayu percuma ni kepada setiap peserta yang menyertai Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan ni.

Korang ada tak yang akan pergi ke Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dekat PICC nanti?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 15 November 2012 at 1:28 AM

    cantik 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 5:13 PM

      Hehe.. Terima kasih kak.

      Reply
  • Mummy Akmar 11 November 2012 at 6:23 PM

    Waaah…dapat PERCUMA. Beruntunglah…

    Reply
  • Jebeng Otai™ 11 November 2012 at 2:47 PM

    cantik warna dia..mmg best kalo dpt free.. 🙂

    Reply
  • padin 11 November 2012 at 12:49 PM

    wah baju melayu pon lawa, ekekee
    benda free rembat je ye tak hehehh

    Reply
  • yusri 11 November 2012 at 10:44 AM

    Best dapat benda free ni…huhu

    Reply
  • Bro SM 11 November 2012 at 8:47 AM

    Boleh terus buat baju raya tahun depan. Hehehehe

    Reply
  • Juan 11 November 2012 at 2:57 AM

    tahniah bro, best ooo dapat baju baru

    Reply
  • hairulafiz 10 November 2012 at 6:11 PM

    okay dapat baju sponsor….kitaorg pakai baju sendiri jek

    Reply
  • jebateja 10 November 2012 at 2:22 PM

    Omak aiiii…lawa giler baju hang……jeles plak den ni hah…

    Reply
  • Khalilah 10 November 2012 at 3:49 AM

    Mmg cantik… Dapat free lagi bertambah2 nampak cantik la kan baju tu… :))

    Reply
  • JR 9 November 2012 at 11:17 PM

    Dah lama saya tak dpt brg free…Last sekali pernah dpt jam free (jenama tag heuer) dan kamera (jenama cap ayam)….

    Reply
  • Fauzi Blues 9 November 2012 at 11:15 PM

    Is barang baikkkk…

    Reply
  • JR 9 November 2012 at 11:14 PM

    Dah lama saya tak dpt brg free…Last sekali pernah dpt jam free (jenama tag heuer) dan kamera (jenama cap ayam)….

    Reply
  • Amirez 9 November 2012 at 10:34 PM

    barang free siapa yang tak suka ye tak hehe. jangan lupa share pengalaman perarakan Maal Hijrah nanti 😉

    Reply
  • donnyien 9 November 2012 at 9:04 PM

    wah bestnya dapat baju baru..

    Reply
  • papa mifz 9 November 2012 at 6:55 PM

    bertuah nyer badan dapat baju percuma…dah jimat nak beli baju melayu mcm tuh…:)

    Reply
  • sop 9 November 2012 at 5:05 PM

    Wah best nyer dapat baju percuma
    boleh buat raya tahun depan juga.. hehehe

    Reply
  • Bro Zulkbo 9 November 2012 at 4:59 PM

    salam..
    tak faham apa itu LGM ?
    tahniah la dapat baju percuma,
    budget persatuan ke syarikat?
    saya dah lama tak dapat mende
    free nih

    Reply
  • boni kacak 9 November 2012 at 4:20 PM

    cantik la baju tu bro…nanti dah tak pakai boleh pinjam 3 tahun..hehehehehe

    Reply
  • syaifuddin alias 9 November 2012 at 3:23 PM

    lawa ni bro ..aku tak ada nya dapat baju melayu, tak pernah lagi ..haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:08 PM

      Mana tau kalau bro join perhimpunan Maal Hijrah dapat jugak baju melayu free.

      Reply
      • syaifuddin alias 10 November 2012 at 10:44 AM

        insyaAllah akan join yyang akan datang 😀

        Reply
  • Aida Omar 9 November 2012 at 1:36 PM

    Cantik pulak warna baju nie.. ala mungkin tak dapat pi kot kat picc tu.. jauh le pulak. huhu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:08 PM

      Hehe.. Ingatkan dapat pergi.

      Reply
  • schaze 9 November 2012 at 1:26 PM

    best la dapat FREE 😀

    p/s: ntah bila nak merasa barang free.HAHA

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:07 PM

      Benda free mana la yang tak bestkan. Semuanya best.

      Reply
  • jna 9 November 2012 at 11:52 AM

    wahh cantik kaler dye tu baru na berangan na buat kaler tu raya tahun depan ;0

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:07 PM

      Wah.. Jna nak buat kaler macam ni jugak ke?

      Reply
  • Melastik Bintang 9 November 2012 at 10:51 AM

    ingat untuk nikah bro..hahaha….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:04 PM

      Haha.. Nikah belum lagi..

      Reply
  • Myra Jay 9 November 2012 at 10:41 AM

    Cantik warna baju melayu, tetiba terbekenan plak ;D

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:04 PM

      Memang agak cantik jugak. Ingat benda free tak cantik, skali dapat boleh tahan jugak.

      Reply
  • Nadot 9 November 2012 at 10:03 AM

    best ah leh dpt baju melayu free… bley simpan smpi raye thn depan kalo mls bli baju raye baru.. hehe

    slamat berarak! 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:03 PM

      Takda berarak la.. Duduk dewan terus.. Haha

      Reply
  • nur anis 9 November 2012 at 9:55 AM

    waa..untung lahh…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 4:03 PM

      Biasa je..Hehe.

      Reply
  • akubiomed 9 November 2012 at 9:16 AM

    Wah cantik baju Melayu yang diterima.

    Reply
  • Eizil 9 November 2012 at 8:59 AM

    Wah bestnya dapat baju melayu percuma, dapat sertai majlis sambutan lagi erk…

    Owhh majlis sambutan tahun ni diadakan di putrajaya rupanya, btw bro, LGM tu lembaga getah malaysia aa erk?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 November 2012 at 9:32 AM

      A’ah bro. LGM tu Lembaga Getah Malaysia.. 🙂

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Operasi Pembersihan

By Hazmin Hamudin

Apa Yang Terjadi Pada Akaun Facebook Selepas Kita Mati ?

By Hazmin Hamudin

Fasha Sandha Disahkan Mengandung

By Hazmin Hamudin

Kuatkan Tulang Yang Dah Kendur Di Gym KBS Putrajaya

By Hazmin Hamudin

Saintis Jepun Cipta Daging Daripada Najis Manusia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in