Kadang-kadang terfikir juga kita bagaimana jika bumi ini satu hari dilanda bencana yang sangat besar, apakah yang akan terjadi kepada kita? Ke manakah kita akan pergi? Ancaman pemanasan global, ketika ketinggian aras laut dijangka naik secara ekstrim dan menenggelamkan sebahagian Bumi, menjadi inspirasi sebuah syarikat dari Rusia yang telah mereka bentuk sebuah hotel yang boleh digunakan jika dunia dilanda banjir besar serta boleh dianggap seperti hotel bahtera Nabi Noh! Hotel Ark telah di reka bentuk oleh Remistudio dengan bantuan daripada Kesatuan Senibina Antarabangsa untuk program Senibina Menghadapi Bencana.
Hotel berbentuk kerang ini memang direka bentuk untuk menghadapi banjir dan gelombang kuat akibat kenaikan ekstrim paras air laut. Hotel Ark dapat mengapung dan timbul secara automatik di permukaan air. Tidak hanya itu, hotel ini juga tahan gempa, dan boleh didirikan di daerah yang berbahaya secara seismik.
Arkitek menyatakan pembinaan dinding seperti cengkerang itu bertujuan membolehkan kabel dan keberatan hotel diseimbangkan walaupun ketika menghadapi bencana gempa bumi. Bagi membolehkan ia beroperasi sendiri ketika dunia dilanda bencana, sistem elektrik dan bekalan air hotel ini menggunakan tenaga solar sebagai penjana kuasa dan memproses air hujan untuk dibekalkan kepada penghuni hotel.
Reka bentuk dinding lut sinar pula memberi kelebihan untuk tidak menggunakan lampu tetapi cahaya ke dalam bilik akan dikurangkan dengan sistem penapisan cahaya terkini. Dinding lutsinar itu juga mempunyai lapisan khas yang tidak perlu dicuci kerana ia akan mencuci dirinya sendiri apabila terdapat kekotoran. Katanya, dalam mereka bentuk sesebuah bangunan seperti Hotel Ark ini, ia terbahagi kepada dua perkara utama.
“Pertama, penyelenggaraan keselamatan dan persediaan menghadapi bencana besar dan perubahan cuaca. Manakala faktor kedua adalah kemampuan bangunan menghadapi bencana angkara manusia” Katanya sambil menambah pokok-pokok yang dipilih juga seharusnya mempunyai ketahanan untuk ditanam di dalam persekitaran dalam bangunan.
Hingga kini hotel ini masih berbentuk rancangan, para arsiteknya sedang mencari investor untuk membuatnya nyata. Selain jadi hotel yang nyaman untuk rehat, Ark Hotel bisa menjelma menjadi lokasi pengungsian di masa depan.