• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz

Gambar Majlis Pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz

By Hazmin Hamudin | 11 December 2011 | 10 Comments

Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia

Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , yang juga anak kepada Datuk Chef Wan. Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1,001.

Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia 2

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 13 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia 3

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim. Ana Dahlia yang ditemui selepas acara akad nikah melahirkan rasa syukurnya kerana semua yang dirancang berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang diubah pada saat-saat akhir.

“Pastinya, detik ini menjadi satu hari yang bersejarah buat saya dan Riz kerana telah sah menjadi suami isteri,” ujar Ana.

Majlis persandingan akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember ini.

Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia 4

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suri 23 December 2011 at 11:58 PM

    org perak heee… girl tu artis juga ker heeee

    Reply
  • dzuandiey 15 December 2011 at 3:50 PM

    tak kenal pula pengantin prempuan tu…hurmm….artis ker?..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 December 2011 at 5:10 PM

      dia low profile kot ๐Ÿ™‚

      Reply
  • sayacomel 13 December 2011 at 7:33 PM

    emm.comel la ana dahlia. nih.. ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 December 2011 at 2:24 PM

      comel ke? tp dah kena kebas dah… ๐Ÿ™‚

      Reply
      • suri 24 December 2011 at 12:02 AM

        punyakah byk gadis2 malaya ni bini org gak kata cumeil heeee

        Reply
  • puanbee 12 December 2011 at 9:16 PM

    oo kawin orang taiping ye .. ana tu pelakon ek ?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 December 2011 at 11:05 PM

      a’ah…orang kampung akak la tu.. hehe..saya pun tak berapa nak kenal si ana dahlia tu… katanya pelakon…

      Reply
  • ohcikgu 12 December 2011 at 10:22 AM

    kan elok bertudung. harap lepas ni terus bertudung.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 December 2011 at 6:15 PM

      masa nikah je bertudung… masa bersanding hilang dah.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Pelan (blueprint) Aston Martin James Bond Untuk Di Lelong

By Hazmin Hamudin

Chicken Teriyaki SUBWAY

By Hazmin Hamudin

Siaran Langsung Pusingan Kedua Malaysia Vs Pakistan DiBatalkan !!!

By Hazmin Hamudin

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 (17 – 20 Mac 2011)

By Hazmin Hamudin

Buat Aku Panas Hati

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in