• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pandangan / Penyampai Radio Semakin Hilang Kualiti

Penyampai Radio Semakin Hilang Kualiti

By Hazmin Hamudin | 26 August 2013 | 54 Comments

Penyampai Radio Semakin Hilang Kualiti

Adakah sekarang ni penyampai radio semakin hilang kualiti? Dulu aku pernah buat entri mengenai perkara yang lebih kurang sama di entri Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke? Dah lama sebenarnya aku melihat fenomena ni. Setelah hampir setahun aku memberi pendangan dalam entri dahulu, kini aku menulis kembali mengenai tahap kualiti penyampai radio dia Malaysia ni. Semuanya gara-gara tertarik mengenai laporan di akbar KOSMO semalam.

Sekarang ni kalau diperhatikan kebanyakkan stesen radio berlumba-lumba mencari pelawak-pelawak untuk dijadikan penyampai radio mereka. Dari segi kualiti pulak kebanyakkannya memang dah boleh diagak tahap mana. Kalau nak buat orang tergelak, ketawa terbahak-bahak memang mereka-mereka ini berjaya menjalankan tugas dengan baik sekali. Itu memang aku tak nafikan. Sebabnya aku sendiripun adakalanya terhibur dengan lawak mereka ni.

Tapi adakah itu tujuan sebenar tugas penyampai radio ni? Bagi aku lah penyampai radio ni perlu serba boleh, bukan sahaja dapat menghiburkan pendengar tetapi juga menjadi medium untuk menyampaikan maklumat dan ilmu yang berfaedah kepada semua lapisan masyarakat. Nak berlawak memang tak salah, tetapi disamping tu ilmu pengetahun am juga penting supaya apa yang mereka sampaikan kelak berfaedah kepada pendengar. Jangan sampai rakyat merendah-rendahkan tugas penyampai radio kerena ceteknya ilmu mereka ini.

Nak salahkan penyampai radio ni seratus peratus pun tak boleh jugak. Inilah jadinya kalau stesen radio itu sendiri terlalu mengejar rating yang tinggi dan keuntungan semata-mata. Maka cara mudah adalah dengan menggunakan khidmat pelawak-pelawak untuk dijadikan penyampai radio.

Kalau iya pun nak ambil pelawak menjadi penyampai radio, perlulah menjadi pelawak yang berilmu. Bukan hanya tahu membuat lawak kosong tanpa sebarang pengisian yang berfaedah. Lawakpun perlu ada batas-batasnya dan jangan sampai merendah-rendahkan martabat orang lain. Apa yang kita lawakkan itu adakalanya tanpa kita sedar telah mengguris hati orang lain. Fikir-fikirkan lah.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Miracle Vitamins 29 October 2014 at 7:53 AM

    Lawak depa ni kadang2 tak boleh diterima akal pun

    Reply
  • Sop 2 March 2014 at 12:20 AM

    JOHARA antara kegemaran Sop 🙂
    namun jarang dngar radio. dalam kereta sahaja dengar tu pun jarang buka.. hehehe
    kualiti DJ? xpasti yg penting DJ harus menjadi penyampai yg baik 🙂

    Reply
  • Myra Jay 28 August 2013 at 1:18 PM

    Kadang ada lawak yg tak dapat diterima oleh telinga.. so I switch to radio lain 😀

    Reply
  • sukma 28 August 2013 at 11:28 AM

    jadilah penyampai radio yang berilmu untuk dikongsikan kepada pendengar bukannya memberikan salah maklumat @ info yang membuatkan ada hati dan perasaan yang terluka…….

    Reply
  • titan 27 August 2013 at 3:25 PM

    diorang memang kekadang lawak lepas je..

    Reply
  • sweetkurma 27 August 2013 at 8:24 AM

    sangat2 jarang dengar radio

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:07 PM

      Sekarang ni radio waktu pagi banyak pelawak kak. Kurang faedahnya. Kalau setakat nak gelak-gelak boleh la kak.

      Reply
  • TehR 27 August 2013 at 2:48 AM

    hahaha
    dah lama tak makan sardin cap ayam

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:06 PM

      Lain caranya bro TehR mengupas mengenai isu ni. sardin cap ayam. hehe

      Reply
  • Bahrain 27 August 2013 at 1:08 AM

    baru aku perasan kebanyakkan dj radio semua pelawak.. kadang2x merapu pun ada, tak lawak pun ada. Aku pun jarang sebenarnya dengar dj radio nie..dengar mp3 lagi bagus dari dgar diorang cakap2x. tapi Aku paling suka segmen panggilan hangitt!. hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:05 PM

      Memangpun. Banyak pelawak yang jadi radio. Tahun lepas siap pelakon terkenalpun diambil jadi DJ Radio ni.

      Reply
  • Mus 26 August 2013 at 11:07 PM

    terlajak kata.. memang kenalah jawab.. dan minta maaf..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:04 PM

      Betul tu bro. Nasib la tidak dibesar-besarkan sangat isu ni.

      Reply
  • biskutcelup 26 August 2013 at 10:32 PM

    ada kalanya lawak yg dibuat tanpa mereka sedar menjatuhkan atau membuka aib org lain..mybe bukan salah dorg sebab dorg xsedar..tp harap dorg akan belajar dari kesilapan ni 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:03 PM

      Tanpa sedar, tapi sepatutnya apa yang mereka tuturkan tu kena fikir dulu. Takpa la, merekapun dah minta maafkan.

      Reply
  • ajumohit 26 August 2013 at 10:22 PM

    mereka sepatutnya lebih berhati2 dgn setiap penggunaan bahasa nak2 pula live, kata org terlajak perahu boleh diundur

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:02 PM

      Terlajak kata buruk padahnya. Dah tolong akak sambungkan. Hehe

      Reply
  • Aminin 26 August 2013 at 9:43 PM

    aq tertarik ngan topik ni, dah lama terfikir nak tulis entri pasal DJ tapi tak sempat nak mengumpas lebey pedas.. CUma aq takut bila dah sgt DJ duk buat lawak…kang nanti tak pasal2 stesen radio yg jadi bahan lawak lak. nak buat lawak tak salah tapi bila mgaibkan org demi kpentingan sendiri..siapa yg suka.. aku harap lepas ni pihak radio or sewaktu dgnya pilih yang betul2 jangan buat lawak boleh tak?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:09 PM

      Lepas ni boleh la bro kupas lebih pedas pasal isu ni. Aku malas nak bagi pedas2. Takut ada yang tak tahan pedas pulak nanti. Haha

      Reply
  • blackrosehunter 26 August 2013 at 9:05 PM

    itulah..kadang-kadang melawak tu sampai tak sedar apa yang dicakapkan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:08 PM

      Kononnya peminat suka la tu. Sekali salah orang pulak mereka nak buat lawak.

      Reply
  • tmm 26 August 2013 at 9:02 PM

    asalkan artis, confirm boleh jadi juruhebah radio..ilmu dan etika tolak tepi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:07 PM

      Nak untung je diorang ni. Mana fikir soal etika semua tu kan.

      Reply
  • Ismail N 26 August 2013 at 8:41 PM

    Tapi deejay HotFM am krew best ooo.. tiap2 pagi kawe dengar 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:07 PM

      Dengar segmen Fifie tu ke bro? hehe

      Reply
      • Ismail N 27 August 2013 at 9:49 PM

        He he.. Fifie sukaaa….

        Reply
  • JR 26 August 2013 at 7:00 PM

    Ambil ramai sangat pelawak, takut nanti radio jadi bahan lawak jenaka seperti kes radio Era sekarang…Itulah padahnya bila mulut bercakap tak pakai penapis….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:04 PM

      Hehe. Jangan lepas ni stesen radio dah tak LIVE dah. Kena rakam dulu baru keudara.

      Reply
  • luqmanzakaria 26 August 2013 at 4:06 PM

    susah sebenarnya nak jadi penyampai radio kan..xboleh nk sewenang2nya cakap.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:03 PM

      Memangpun. Dekat Malaysia ni pelbagai kaum dan banyak benda yang sensitif. Bukan boleh main lepas cakap je. Budaya kita memang dah berbeza dengan Barat.

      Reply
  • onlajer 26 August 2013 at 4:00 PM

    yang penting kuantiti rating naik maa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:03 PM

      Haha. Lepas tu tanggung la kena bahan. Jangan sampai kena banned dengan rakyat dah.

      Reply
  • zool 26 August 2013 at 2:13 PM

    sensitiviti kena jaga bila jadi penyampai radio..
    kan dah kena.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:02 PM

      Itulah.. Terlalu excited sangat berlawak agaknya sampai apa yang dituturkan dah tak fikir lagi.

      Reply
  • hafidz 26 August 2013 at 1:48 PM

    Berlawak sampai membuat orang ramai marah. Adalah satu tindakan yang “kurang bijak” bukan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:02 PM

      Memang kurang bijak pun ni bro. Nasib la Sarawak tu jauh dekat seberang sana. Kalau tak masak jugak diorang ni nak hadap orang Sarawak.

      Reply
  • akubiomed 26 August 2013 at 1:29 PM

    Ada 2 perkara di sini. Iaitu Disc Jockey dan Penyampai Radio. Tidak semua Penyampai Radio boleh jadi DJ. So apa cerita?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:01 PM

      Fuh.. Kena buat entri lain pasal perbezaan ni bro. Saya pun kurang arif..

      Reply
  • Fyzal 26 August 2013 at 12:53 PM

    Profiteering via radio. Apa kita boleh. Mentaliti stesen radio hanya untuk buat untung. So dengar radio kerajaan pun okey jugak apa.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 10:00 PM

      Hehe. Jangan sampai lepas ni pelawak diperbodohkan dah la. Dengar radio kerajaan jela lepas ni. Sopan je. Haha

      Reply
  • yui 26 August 2013 at 12:36 PM

    kdg2 mcm ada yg over…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 9:58 PM

      Itulah.. Ni contoh yang over lawak tu. Hehe

      Reply
  • hafizmd 26 August 2013 at 11:53 AM

    macam2…tp kalau nak berlawak pun…agak2lah…

    mmg perlu minta maaf dgn serius di konti juga…itu saja caranya

    p/s-bangga sarawak kalahkan lions! hebat!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 9:58 PM

      Hehe.. Jangan bagi Lions menang Piala Malaysia.

      Reply
  • Anuar 26 August 2013 at 11:53 AM

    Kualiti penyampai radio mungkin bergantung kepada channel radio juga.. Kalau penyampai radio IKIM FM, rasanya ok lagi.. banyak info bermanfaat yang disampaikan berbanding channel radio yang berunsurkan hiburan semata-mata…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 9:57 PM

      IKIM jugak bermanfaat kepada pendengarkan bro. Biasa la stesen swasta ni memang kejar keuntungan jela. Bukan fikir soal manfaat kepada pendengar.

      Reply
  • Irwan Alessa 26 August 2013 at 11:48 AM

    Rambut sama hitam hati lain-lain.. Ada yang orang cepat terasa ada yang hati kental.. Perasan jugak sekarang DJ pun mula obses nak penuhkan kontroversi macam ni.. Ada masa boleh bergurau, bukan semua orang boleh bergurau serius macam tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 9:56 PM

      Kalau hati kental tu tak kisah la kan. Tapi takut jugak buatnya yang hati kental ni main simpan dalam, naya jugak nantikan.

      Reply
  • anif 26 August 2013 at 10:56 AM

    Mahu bergurau pun perlu ada hadnya… Sekarang lakukanlah apa yang perlu untuk baiki keadaan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 9:55 PM

      Nak tak nak memang mereka kena mohon maaf. Terlajak kata, nilah padahnya kan.

      Reply
  • AUC 26 August 2013 at 10:51 AM

    ada terbaca jg kes ni, apa2 jgnlah kita memperkecilkan org lain, walau dgn niat bergurau…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 9:55 PM

      Betul tu bro AUC. Kalau lawak tu sampai mempersendakan orang lain, memang tak patut la kan.

      Reply
  • schaze zainn 26 August 2013 at 10:16 AM

    kite pendengar setia era.fm
    mmg kadang2 lawak johan seronok di dengar
    but sometimes dia mcm cakap lepas je
    mcm tak jaga hati org
    memang melawak tp tu la kan, orang boleh terasa juga hewhew

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 August 2013 at 9:54 PM

      Johan ni memang lawak. Tapi lepas ni nak buat lawak kena fikir dulu apa yang dia nak cakap. Tak boleh main lepas je. Takut nanti ada yang terguris dengan apa yang dia cakapkan tu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Apabila Harga Minyak Naik 20 Sen

By Hazmin Hamudin

Ribaibaru (Revival) – Mayumi Itsuwa

By Hazmin Hamudin

Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam

By Hazmin Hamudin

Tak Habis-Habis Cerita Pasal Valentine’s Day

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Farah AF2

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in