• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Madam Kwan’s Alamanda Putrajaya

Madam Kwan’s Alamanda Putrajaya

By Hazmin Hamudin | 23 March 2012 | 8 Comments

Malam semalam aku sekeluarga ke Alamanda untuk makan malam. Cadangan awal nak makan di Manhattan Fish Market sahaja, tapi biasa la saat akhir mesti plan bertukar punya. Untuk pengetahuan korang, Madam Kwan’s sekarang ni sudah ada cawangan di Alamanda, Putrajaya. Peminat-peminat Madam Kwan’s sekitar kawasan Putrajaya boleh la serbu Alamanda pula selepas ni kan.

Madam Kwan's Alamanda 1

Memandangkan tak pernah lagi makanan dekat Madam Kwan’s Alamanda ni, maka semalam cuba la makan dekat Madam Kwan’s pula. Memang aku tak tahu langsung macam mana makanan dekat Madam Kwan’s ni. Restoran Madam Kwan’s ni terletak di The Hub berdekatan dengan GSC dan juga boling.

Madam Kwan's Alamanda 2

Sempat lagi la aku google dekat iPad sebab tengok menu apa yang best dekat sini. Hasil pencarian aku di seluruh pelusok laman maya, aku memilih untuk order Nasi Bojari yang beharga RM21.50++. Ramai yang kata nasi ni sedap, kira macam menu wajib order la kalau kat sini kan. Nasi Bojari ni dihidangkan bersama dengan ayam goreng, udang assam, rendang daging, dan juga telur rebus. Mengikut tekak dan selera aku yang sedap hanyalah ayam goreng dia dan yang lain-lain biasa je.

Madam Kwan's Alamanda 3

Madam Kwan's Alamanda 4

Mee yang aku lupa namanya ni di pesan oleh ibu dan adik aku. Cuba korang tengok udang dekat mee tu. Memang puas hati la dapat dua ekor udang besar macam tu. Aroma udang yang wangi tu memang menusuk hidung aku. Kuah mee tu memang terasa la air udang tu. Memang sedap mee ni. Harga mee ni mengikut saiz udang yang korang pilih la.

Madam Kwan's Alamanda 5

Madam Kwan's Alamanda 6

Bagi yang ingin makan di Madam Kwan, korang perlu pastikan yang poket seluar korang tidak berlubang sebab harga menu di sini agak mahal sedikit tetapi puas hati dengan saiz udang tu kan. Lepas ni tak perlulah berkelana jauh kalau nak pergi makan dekat Madam Kwan’s sebab boleh la berkunjung di Alamanda, Putrajaya sahaja.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Nabila 12 May 2012 at 12:11 PM

    Salam…nak tanya, restoran madam kwan ni ada sijil halal x?..hehe..thanks..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 May 2012 at 9:21 AM

      Erk.. Belum siasat..

      Reply
  • azura 23 March 2012 at 2:34 PM

    kalau saya ke putrajaya…saya suka makan dekat tepi tasik sebelah masjid yang mengadap rumah PM tu…undang besar dari RM25-RM35…puas hati cicah kari dengan roti canai

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 March 2012 at 4:03 PM

      Haa… Dekat situ pun best jugak.. Dah lama saya tak pergi makan dekat situ… Lepas ni boleh try udang dekat situ pulak.

      Reply
  • nadia 23 March 2012 at 11:44 AM

    sedapnyaaaa…. nyumy…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 March 2012 at 12:03 PM

      Memang sedappun…

      Reply
  • akubiomed 23 March 2012 at 10:48 AM

    Menyelerakan. Kalau ke sana nanti boleh mencuba.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 March 2012 at 12:02 PM

      Mee dengan udang tu memang menyelerakan. Boleh la cuba nanti.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Mood Kembali Ke Gym

By Hazmin Hamudin

Perempuan Mengamuk Kereta Dilanggar

By Hazmin Hamudin

Qasidah Sholatun Bissalamil Mubin

By Hazmin Hamudin

Renew Hosting Serverfreak

By Hazmin Hamudin

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in