Presiden Libya, Muammar Gaddafi dikatakan telah terbunuh dalam serangan pihak pemberontak di bandar Sirte, Libya. Sumber awal mengatakan bahawa Muammar Gaddafi terbunuh kerana kecederaan teruk pada dirinya ketika serangan kerana ketika ditangkap presiden Libya tersebut masih hidup.
SIRTE (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarka Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.
Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya….Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Selanjutnya di SINI
Sekarang ni pun berita di CNN, BBC dan juga Al-Jazeera sedang sibuk membuat liputan dan memaparkan berita mengenai kematian Presiden LIbya ini. Berikut merupakan gambar yang dirakam melalui telefon kamera menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi cedera parah sebelum disahkan terbunuh dalam serangan pejuang revolusi di bandar kelahirannya, Sirte, Tripol.

fuuuhhh… ngeri tul rupa dia tu…
tu la pasal… kesian pun ada gak… tapi tu la.. dah kejam sangat dengan rakyat.
dah sampai ajalnya…
Tu la… Tapi rasa macam tak patut pulak dia mati dengan cara macam tu…