• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Food / Royce Chocolate Malaysia

Royce Chocolate Malaysia

By Hazmin Hamudin | 10 May 2016 | 34 Comments

Royce Chocolate Malaysia

Ni merupakan kali pertama aku dengar tentang Royce Chocolate. Kalau setakat jenama Cadbury, Kinder Bueno, Kitkat, bila sebut ramai yang dah tahu. Tapi kalau sebut Royce? Royce adalah pembuat coklat Jepun dan penjual manisan yang berpangkalan di Hokkaido. Tidak seperti coklat buatan Eropah, coklat Royce mempunyai rasa yang kurang manis dan mempunyai tekstur yang lebih ringan dan lebih lembut. Cewah, dia punya ayat nak bagi gempak.

Minggu lepas boss bawak coklat Royce ni dekat ofis dan bagi semua staff rasa. Sekali tengok rupapun dah tahu coklat Royce ni bukan biasa-biasa. Coklat Royce ni memang merupakan coklat premium. Tak heran la harga yang dijualpun bukan sedikit mahal, tapi agak mahal bagi kebanyakan orang. Bagi penggemar coklat mungkin harga yang dikeluarkan setimpal dengan apa yang diberi oleh Royce ni.

Kalau ditengok luaran coklat Royce ni diselaputi dengan serbuk koko dan dalamnya punya mempunyai isi coklat yang lembut. Bila masuk je dalam mulut, pergh. Coklat yang lembut perlahan-lahan mencair dalam mulut. Tak tahu nak gambarkan macam mana dia punya sedap. Serius aku tak tipu ni.

Royce Chocolate Malaysia

Lepas rasa terus aku google cari info coklat jenama Royce ni. Coklat Royce terkenal dengan siri Nama, yang merupakan salah satu daripada coklat signature mereka. Ok, rupanya tak payah nak pergi Jepun kalau nak beli Coklat Royce. Dekat Malaysia kalau nak beli terdapat beberapa outlet di Isetan KLCC, Tropicana City Mall, Bangsar Village, Empire Gallery Subang Jaya, The Gardens, dan Publika @ Solaris Dutamas. Tapi diingatkan harga berada pada paras premium. Sesekali nak rasa aku gagahkan jugak beli sekotak.

Kalau dah coklat premium, bungkusan pun haruslah cantik jugak. Awek cashier akan tanya sama ada aku beli ni untuk makan sendiri atau dijadikan hadiah. Sorry sikit coklat mahal ni aku nak bagi kat orang. Baik hadam dalam perut sendiri je. Haha. Tamak tak? Ok, diorang akan bungkus coklat ni elok-elok dalam cooling pack siap letak ais kering lagi. Memang terbaiklah. Ada korang beli coklat Cadbury, Kinder Bueno letak dalam cooling pack?

Kesimpulannya, duit aku pun dah lebur gara-gara kesedapan coklat mahal ni.  Ok, sebulan ni kita makan jela coklat ni. Sehari satu. Sambil membayangkan macam makan nasi. Nak cover balik kos buat beli coklat punya pasal. Padan muka.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Ira 21 August 2017 at 3:41 PM

    Kalau dah cenggitu gayanya mesti harga lawa juga lah ni.

    Reply
  • Nisa 19 May 2017 at 5:38 PM

    Seriously, this look wayyy more delicious than other chocs. I wonder how much that would cost. I don’t mind buying… like you said, sebulan sekali or maybe two months sekali pon okay.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 May 2017 at 11:16 PM

      I tak ingat la berapa cost. RM50 or more. Depend jenis chocs jugak. Yup, memang sedap choc ni. Try la.

      Reply
  • Ima 17 July 2016 at 11:07 AM

    Baca je detik2 mkn coklat tu. Haha da terbyg. Lg menjiwai kalau entri siap bgtau harga hehe

    Reply
  • imnajmi 11 July 2016 at 3:14 PM

    Sekali baca tajuk ingat yang buat coklat ni Rolls Royce haha.. ini buat hantaran best ni

    Reply
  • Myra Jay 7 June 2016 at 9:07 AM

    Fuhh!! Kalau sedap berbaloi la bayar mahal kan 🙂
    Tp packaging dia memang nampak ada kelass..

    Reply
  • Bahrain 21 May 2016 at 10:29 PM

    Perghhh, kalo dah coklat premium sayang plak nak makan. hahaha

    Reply
  • Afif Rayyan 15 May 2016 at 2:32 PM

    Betul tu.. barang mahal tak usah kasi kt orang.. rugi besar woo.. nyesal tak sudah.. ahaha

    Reply
  • Uncle Zuan 14 May 2016 at 5:51 PM

    nampak exclusive. buat bagi hadiah pun cantik gak ni

    Reply
  • Fiza Rahman 13 May 2016 at 4:57 PM

    Perghhhhh…kecur ailio nengok coklat tu. Dah lah iolls hantu coklat. Kalo dpt coklat ni memang kena sorok ngan anak ☺☺

    Reply
  • Husna Rahman 13 May 2016 at 12:36 PM

    tolong jangan “puji” lebih2 kesedapan coklat tuh…
    seriously..rasa skrgg jgkkk nakkk je coklat Royce nih..

    Reply
  • Ikhwan 13 May 2016 at 10:49 AM

    harga pun premium juga 🙂

    Reply
  • Datin Tyka 12 May 2016 at 5:13 PM

    ooohh makk aihhh..
    terliur tengok haaa.
    mesti mahal kan..
    hurmmm hurmmm.
    kalau kumpul duit satu hari seringgit ckup tak.
    haha

    Reply
  • Mrs. A 12 May 2016 at 4:55 PM

    Ouch! sedap sangat ke???
    Baca cerita dah macam tergoda nak merasa si Royce nih!

    Reply
  • nikkhazami 12 May 2016 at 4:28 PM

    pernah tengok coklat kenis ni dlm tv. kalau betul2 sedap tak kisah sangat klau mahal

    Reply
  • suri 12 May 2016 at 2:33 PM

    wah cokelat ke itu..saya suka cokelat tapi bila gigi skait terus benci si cokelat

    Reply
  • Strider 12 May 2016 at 12:02 PM

    sedih aku bila tak nampak berapa harga untuk coklat nie sebab aku pun baru 1st time dengar..tapi bila dah nama coklat premium dah tentu harganya tak sama macam kit kat kan???hahahaha

    Reply
  • siti maimun 11 May 2016 at 2:08 PM

    huhu…kompem mahal sgt ni.. bak maiii sket..nak rasa.. haha

    Reply
  • Raihanah Ahmad 11 May 2016 at 11:29 AM

    ada duit lebih bolehlah beli. huhuh

    Reply
  • Nafira 10 May 2016 at 1:58 PM

    kalo saya sayang nak makan sebab mahal. hahahaha
    sanggup makan sikit2 supaya lambat habes. hahaha
    so, bulan nih boleh beli stok ikan bilis n telur banyak2. cover balik. hehehehe. nak beli sardin pon mahal skrg nih.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 May 2016 at 3:34 PM

      Last2 rosak sebab lambat makan. Hehe

      Reply
  • akubiomed 10 May 2016 at 1:48 PM

    Sekali pandang macam kek Tiramisu .

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 May 2016 at 3:34 PM

      Rupanya coklat ye bro. Rasa takda macam tiramisu pun.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 10 May 2016 at 1:31 PM

    Alahai kakak ni coklat yg biasa-biasa pun dah suka kalau dapat yg ini lagilah tak tahu nak kata apa:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 May 2016 at 1:41 PM

      Memang sedap ni kak. Hehe. Cuba makan. Tapi mahal la.

      Reply
  • JebengOtai ™ 10 May 2016 at 12:08 PM

    pahit2 manis…sesuai utk pencinta coklat..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 May 2016 at 3:35 PM

      Hehe. Ikut citarasa masing-masingkan bro.

      Reply
  • yui 10 May 2016 at 11:20 AM

    dpt free rasa stu pun ok dh ni..hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 May 2016 at 11:21 AM

      serdak2 coklat tu nak?

      Reply
  • ema 10 May 2016 at 10:31 AM

    kalau dah sedap, harga mahal tolak ke tepi kan.:-)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 May 2016 at 10:33 AM

      Tu la. Tapi bukan semua orang macam ni. Ada yang still anggap bazir 🙂

      Reply
  • ajumohit 10 May 2016 at 9:46 AM

    sedapnya dapat makan coklat premium memang beli untuk diri sendiri jela since nak beli utk bagi hadiah pun belum tentu kan 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 May 2016 at 10:09 AM

      Coklat mahal. Nak bagi hadiah fikir 10x. Hehe.Ngap sendiri je dulu.

      Reply
      • Dja 12 May 2016 at 1:47 PM

        Fuhhh, baca cerita pun dah tak boleh bayang camane sedapnya tuh ekk … nasib baik akak tak terlalu obses sangat ngan coklat2 ni hihi

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Durian Puff Di Taste Better The Mines

By Hazmin Hamudin

Kursus Lead Auditor

By Hazmin Hamudin

Trofi Kemenangan Yuna Dengan Lagu Penakut Di AIM 18 Di Tarik Balik

By Hazmin Hamudin

Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

By Hazmin Hamudin

Ang Pow Pertama dan Terakhir

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in