• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Stadium Shah Alam Ditutup 3 Bulan

Stadium Shah Alam Ditutup 3 Bulan

By Hazmin Hamudin | 1 November 2011 | 6 Comments

Stadium Shah Alam

Ramai sangat dah yang complaint keadaan Stadium Shah Alam yang telah menjadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terangganu dan Negeri Sembilan baru-baru ni. Memang boleh nampak dengan mata kasar kita sendiri bagaimana rupa padang stadium tersebut yang sepatutnya memang tidak layak untuk dilangsungkan perlawanan bola sepak di atas padang dengan keadaannya sebegitu.

Oleh sebab itu, Stadium Shah Alam yang terletak di Seksyen 13 akan ditutup kira-kira tiga bulan mulai pertengahan November ini untuk kerja naik taraf dan penyelenggaraan dengan anggaran kos RM4 juta. Boleh tahan banyak jugak kos yang dikeluarkan untuk membaik pulih Stadium Shah Alam ni. Harap-harapnya selepas dibaik pulih, semua kemudahan akan berada dalam keadaan baik seperti yang diharapkan oleh semua peminat bola sepak di Malaysia.

Kita pun tak bolehlah nak salahkan dan meletakkan kesalahan seratus peratus dekat bahu pihak pengurusan sahaja kan. Bagi yang tak tahu, Stadium Shah Alam dibuka secara rasmi pada Julai 1994. Ha… Cuba kira dah berapa tahun usia Stadium Shah Alam ni ? Kalau rumahpun dengan usia begitu dah berlubang sana sini, dan mungkin juga ada yang dah reput. Begitu jugalah dengan keadaan Stadium Shah Alam yang sudah pastinya memerlukan penyelenggaraan yang sepatutnya.

Proses penyelenggaraan dan naik taraf stadium ini membabitkan bahagian bumbung stadium, aspek pencahayaan, kabel elektrik, tandas, beberapa bilik khas dan padang. Kerja-kerja ini dijangka memakan masa selama tiga bulan dan stadium ini dijangka dibuka sepenuhnya pada April depan. Harapnya lepas ni zaman kegemilangan Stadium Shah Alam akan berulang semula.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ohcikgu 4 November 2011 at 12:06 AM

    sepatutnya dari awal dah diorang buat. tapi sebab banyak sangat game dan event..terpaksa gak pakai stadium nih..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 November 2011 at 7:29 AM

      Tu la. Liga Malaysia dah abis baru diorang boleh naik taraf dan betulkan stadium tu.

      Reply
  • puanbee 1 November 2011 at 9:16 PM

    elok lah tu , nanti padang tu nampak cantik sikit ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 November 2011 at 9:20 PM

      Kalau cantik agak-agak akak datang tak tgk bola kat stadium nanti ?

      Reply
  • titan 1 November 2011 at 8:49 PM

    elok sangat la tu. teruk sangat dah aku tengok keadaan padang tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 November 2011 at 9:16 PM

      Tu la. Nasib baik MBSA terus ambill tindakan selepas dikritik oleh orang ramai.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2011 (UEFA) | FC Barcelona VS Manchester United

By Hazmin Hamudin

Budaya Lafaz Maaf Kosong-Kosong

By Hazmin Hamudin

Kekalahan Pertama Manchester United Untuk Musim 2011

By Hazmin Hamudin

Hujan November

By Hazmin Hamudin

Pelajar Malaysia Dibunuh Di Indonesia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in