• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

By Hazmin Hamudin | 20 January 2012 | 7 Comments

Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi apabila si dia yang anda sayangi tiba-tiba terlalu sukar didekati dan mempunyai sikap panas baran serta susah untuk bertolak ansur. Kadang kala itu si dia menangis walaupun anda tidak melakukan apa-apa. Si dia terlalu sensitif dan beremosi. Emosi yang tidak stabil ini rupa-rupanya berlaku apabila wanita sedang datang bulan (PMS).

PMS

Kali ini aku ingin memberikan tips (hasil cedokan dan curian di internet) apa yang lelaki harus lakukan untuk menceriakan kembali hubungan tersebut. Cewah, macam la aku pandai sangat dalam bab-bab ni kan.

  1. Hadiah coklat kepadanya. Pasti si dia gembira menerimanya. Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu.
  2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. Peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu.
  3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.
  4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
  5. Kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam. Hehe.
  6. Bawa si dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.
  7. Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah yang kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara dan ini tentunya akan menghambarkan hubungan kamu. Sebaliknya, berdiam diri dan terima tegurannya.
  8. Pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan hidup gembira kerana saling memahami.
  9. Bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoikan isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telingannya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • shraqs 22 January 2012 at 6:16 PM

    Nasib baik wife aku takde perangai macam ni,. paling2 dia mintak tekan2 perut dia je…

    Reply
  • akubiomed 20 January 2012 at 2:32 PM

    Selalunya keadaan macam ini wanita agak moody.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 January 2012 at 2:55 PM

      tu la.. lelaki pulak kena banyak bersabar..

      Reply
  • titan 20 January 2012 at 2:31 PM

    aku buat derk je. haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 January 2012 at 2:55 PM

      boleh dipraktikkan jugak ni.. hehe..

      Reply
  • Oh! budu 20 January 2012 at 11:51 AM

    ok.. noted! 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 January 2012 at 2:56 PM

      selamat beramal.. 🙂

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Pukul Berapalah Sampai Ni

By Hazmin Hamudin

KFC Zinger Double Down

By Hazmin Hamudin

Dah Dapat Baju Baru

By Hazmin Hamudin

Urutan Ringkas Peristiwa Israk dan Mikraj

By Hazmin Hamudin

Mulakan Hari Dengan Sarapan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in