• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Dian Sastrowardoyo Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Dian Sastrowardoyo Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

By Hazmin Hamudin | 19 July 2011 | Leave a Comment

Dian Sastrowardoyo

Pelakon popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo selamat melahirkan seorang bayi lelaki Ahad, 17 Julai 2011 lalu pada pukul 3 petang di Rumah Sakit YPK Menteng, Jakarta Pusat.

Seperti dipetik Inilah.com, pengurus pelakon tersebut, Wisnu telah mengirimkan kenyataan kepada media berkenaan maklumat bayi tersebut.

Bayi lelaki yang diberi nama Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo telah dilahirkan dalam keadaan normal. Dalam surat tersebut juga, Dian melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan kehidupannya sekarang.

“Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dan sangat bahagia atas kelahiran putera pertama kami.

“Alhamdulillah selama saya mengandung dan proses bersalin semuanya berjalan dengan lancar,” tulisnya.

Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing.

“Kami akan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan biarpun kami sibuk dengan kerjaya kami, kami berjanji untuk menjadi orang tua yang baik untuk anak kami.

“Buat masa ini saya masih berehat dan pemulihan, maka tiada sesi bertemu media,” tambahnya.

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011

By Hazmin Hamudin

Gaji Minimum Sektor Swasta 2012

By Hazmin Hamudin

Kuterima Suratmu Telah Kubaca dan Aku Mengerti

By Hazmin Hamudin

Fenomena Durian Crepe Atau Durian Pancake

By Hazmin Hamudin

Terbeli EZ Bar Curl Pulak

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in