• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari

By Hazmin Hamudin | 7 May 2012 | 4 Comments

Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Dan Awal 1

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Dan Awal. Selepas selamat dinikahkan pada 4 Mei lalu, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal) dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha) mengadakan majlis persandingan mereka dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) semalam.

Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media. Tetamu yang hadir pada malam ini juga akan dihadiahkan goodie bag dari Avon Malaysia.

Bertemakan konsep ‘vintage’, Scha, 29, kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Syaiful Baharim manakala Awal, 30, pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga hasil pereka yang sama.

Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna dan cahaya ungu membuatkan majlis tampak sederhana dan elegan.

Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin lelaki, diiringi pula dengan pengantin perempuan. Kemudian, kedua-dua mempelai tampil dengan busana ala Inggeris bagi acara potong kek.

Majlis berkenaan diacarakan oleh pengacara Nurul Syuhada dan Saiful Nizam. Awal turut memberi kejutan dengan menyanyikan lagu Sedetik Lebih khas buat isteri tercinta.

Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Atilia, Shila Amzah, Alyah, Aishah Sinclair, Eizlan Yusof, Julia Ziegler, Tony Yusof, Zed Zaidi, Faezah Elai, Linda Onn, Irma Hasmi, Salamiah Hassan dan ramai lagi.

Tahniah sekali diucapkan pada pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Dan Awal 1

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • zarina 9 May 2012 at 1:01 PM

    baju kahwin awal dan scha paling cantik untuk tahun ni…
    awal nampak segak sangat dengan baju songket tu mcm raja2 melayu pulak..
    barulah padan orang kata RAJA SEHARI..

    Reply
  • LangkawiHomestay 8 May 2012 at 9:23 AM

    pinang dibelah dua.. 🙂

    Reply
  • Jebeng Otaiâ„¢ 7 May 2012 at 10:45 PM

    sama padan sama cantik.. 🙂

    Reply
  • akubiomed 7 May 2012 at 1:28 PM

    Tingginya tengkolok Awal. Tentu kedua-dua belah keluarga lega majlis resepsi pun sudah selesai. 🙂

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sepetang Di Stesen LRT Masjid Jamek

By Hazmin Hamudin

Kehangatan Konsert Moovment 2011 Di KL Live

By Hazmin Hamudin

Warga London Buat Laman Web Kutip Dana Untuk Bantu Asyraf

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Penghujung Jalan

By Hazmin Hamudin

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in