FESTIVAL Filem Malaysia ke-24 (FFM24) tahun ini mencatat sejarah penyertaan paling cemerlang dengan 41 filem cereka bertanding pada festival anjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim). Secara keseluruhannya, sebanyak 33 anugerah dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) termasuklah Anugerah Perdana Khas (3 anugerah) serta Anugerah Khas Juri (4 anugerah).
KRU Studios menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa menang besar apabila menggondol tiga anugerah di mana ia seperti suatu petanda awal penguasaan mereka pada FFM24.
Berikut adalah Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia Ke-24 (FF24) 2011 :
PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA
Filem BoxOffice : KL Gangster
Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
Pereka Kostum / Busana Terbaik : Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid
Penyunting Terbaik : Syamsul Yusof – KL Gangster
Penataan Bunyi Terbaik : Hisham Jufri – Filem KL Gangster
Cerita Asal Terbaik : Martias Mohd Ali – Filem Libas
Lakon Layar Terbaik : Syamsul Yusof – Filem KL Gangster
Sinematografi Terbaik : Mohd Noor Mohd Kassim – Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim– Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Faezah Ilai – Filem CUN
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shofi Jikan – KL Gangster
Pelakon Wanita Terbaik : Siti Shahriza (Eja) – Janin
Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam
Pengarah Filem Terbaik : Syamsul Yusof
Filem Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa
PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS
Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS : Kongsi
Pencapaian Gemilang : Michelle Yeoh
Pencapaian Sepanjang Hayat : YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin
ANUGERAH KHAS JURI
Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24 : Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem : Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24 : Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24 : Filem Janin