Baru beberapa hari aku cakap Nuffnang ni baik hati dengan aku sebab bagi Sponsored Post. Petang semalam tiba-tiba aku tengok baik punya angka satu dekat bahagian advertorials dah bertukar jadi dua. Terkebil-kebil kejap mata tengok. Biar betul apa yang aku nampak. Antara percaya dan tak. Antara realiti dan fantasi. Ceh. Ayat kemain lagi.
Pandai jugak Nuffnang ni bergurau senda dengan aku ye. Cuba klik tengok betul ke apa yang aku nampak dekat bahagian advertorials tu. Bila klik memang sah aku dah dapat dua Sponsored Post sekarang ni. Tak percaya? Tengok gambar dekat atas tu. Siapa yang tak suka weh. Ini yang dinamakan rezekikan.
Betul la apa yang diperkatakan kebanyakan blogger. Teruskan je menulis, mencoret atau berkarya dekat blog ni. Dalam masa yang sama cuba tingkatkan kualiti penulisan tu. Tak kiralah cepat atau lambat, income tu pasti datang punya. Tak payah nak fikir sangat. Nanti korang jugak yang stress nak menulis blog ni. Kalau nak tanya tips macam mana nak dapat Sponsored Post ni, aku memang tak tahu. Tulis jela entri macam biasa.
Terima kasihlah Nuffnang sebab sudi bagi aku lagi satu Sponsored Post. Yang awal hari tu pun aku tak siapkan lagi. Minggu ni aku betul-betul sibuk sampai hujung minggu. Kalau submit masa deadline tu takpa ke? Risau jugak aku ni.
Aku harap ini bukanlah Sponsored Post yang terakhir daripada Nuffnang. Sudi-sudikan la bagiย Sponsored Post dekat aku lagi. Haha.
tahniah bro
rezeki bukan mudah tu nak dapat
Sop x pernah rasa pun :((
Terima kasih bro Sop. Aik. Blogger hebat mcam bro Sop pun tak pernah dapat Sponsored Post ke?
Cuba lakukan terbaik. ๐
InshaAllah bro. Sentiasa buat yang terbaik. Rezeki kita tak tahu. Hehe
nuffnang memang baik hati kannn. haha
Buat masa ni baik hati la. Akan datang ni tak tahu. Haha
hebat!
Takda la hebatpun anies. Just teruskan menulis macam biasa je. Hehe
Tahniahlah bro, aku dulu dapat sekali je sponsor post ni, pastu terus takde…
Blog bro pun boleh tahan hebat dapat sekali je. Nanti ada lagi tu. Jangan putus ada je.
Fuh… Masyuukk… Banyak wo dapat…. Kene buat sujud syukur nie…
Takda la banyakpun bro. Tapi tetap bersyukur dengan apa yang diberikan ni.
Setuju, memang manis rezeki ni ๐
Kalau bab duit, memang sentiasa manis je bro. Hehe
Alhamdulillah..tu namanya rezeki berganda tu.
tahniah..:)
Alhamdulillah mak. Hehe
Alhamdullilah…rezeki tu..
Kita kena mohon ke nak dpt ‘ sponsored post’ ni? Atau buat bodoh aja ( ie just tulis blog macam biasa?) ๐
Tak boleh mohon. Nuffnang yang akan pilih sendiri. Kita hanya perlu tulis macam biasa je doc.. ๐
seronok dengar…tahniah
Dengar pun dah seronok, kalau dapat lagi la kan. Hehe
err..nak tanya. sponsored post maksudnya ..? sorry soalan darjah satu.. hehe..
Sponsored post tu dia bagi tugasan dan kita perlu siapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Kemudian Nuffnang akan bayar duit seperti yang dinyatakan, RM50 ke, RM100 ke. Tu contoh je. Ada yang kena bayar lagi tinggi rasanya.
Tahniah bro… Bape dy bayor?
Takda la banyak macam rasanya kalau nak dibandingkan dengan otai-otai. Tapi tetap syukur la.
tahniah dik…baru la semangat sikit nak berblogkan..
Terima kasih kak. Memang semangat lain macam bila dapat sponsored post macam ni. Jumlah tu belakang cerita, rasa kepuasan tu yang penting.
waaahhh…. jelesnyeeeee… tahniah tapi… hihihi
smoge leh dpt lg byk ye ๐
Terima kasih Nadot. Bertapi pulak ye. Hehe. Harap macam tu la. Siapa yang tak nak dapat banyak lagi kan.
Tahniah ye ๐
Rezeki tu kongsi2 la ye..hehee
Hehe. MJ jauh macam mana nak kongsi ๐
Akaun bank kan ada..hahaha ๐
So dah siap ke SP tu?
alhamdulillah…rezeki jangan di tolak..kalau di tolak lambat kahwin nanti..eh..eh…hahahahaha
Aik. Macam tu pun boleh ye SA? Haha.
wah bestnyer dapat sponsored post lagi…tahniah. Mudah-mudahan makin murah rezeki ๐
Terima kasih puteri. Itulah. Harapnya berpanjangan la benda ni,
Tahniah Bro… Mungkin inilah yang dinamakan rezeki yang tidak disangka-sangka…
Terima kasih bro. Itulah. Sekali dua dapat. Memang tak disangka-sangka betul.