Dapat juga makan Garret Popcorn ni. Aku beli dua hari sebelum raya lagi. Tapi baru sekarang nak buat entri. Kirim dekat office mate yang rajin menapak pergi KLCC. Padahal KLCC tu sekangkang kera je dengan ofis aku. Dah bertahun aku buat entri Hanya Mampu Melihat Garrett Popcorn, tapi baru sekarang aku nak merasa Garrett Popcorn ni. Nampak tak betapa malasnya aku nak berjalan pergi KLCC walaupun hanya bertentang mata je dengan ofis. Haha.
Aku mana pernah beli popcorn canggih-canggih macam ni. Jadi aku memang tak tahu nak beli perisa apa yang sedap. Aku nak popcorn perisa caramel. Ikut jela apa yang office mate aku cadangkan ni. Dia suruh campur-campur segala nut yang ada dekat situ. Layan jela kan.
Yang aku ambik ni untuk saiz large. Kalau tak silap aku kalau nak beli ikut saiz small, medium, large dan jumbo. Ikutlah koraang nak makan banyak mana. Bayar je harga yang ditetapkan.
Ni jumlah harga yang aku perlu bayar untuk pack large. Terkejut tak tengok harga popcorn macam tu? Haha. Jangan terkejut ok. Mahal sebab aku ambik perisa CaramelCrisp yang ada Almond, Cashew dengan Macadamia. Memang puas aku menggigit kacang-kacang tersebut sambil disaluti caramel. Crunchy ko masa gigit tu. Lazat.
Pendapat aku, rasa popcorn CaramelCrisp ni memang sangat sedap. Mana tak sedap kalau popcorn bersaiz besar disaluti lapisan caramel dan kacang-kacang yang besar. Bila digigit pulak memang sangat crunchy ok. Memang kena la dengan harga yang macam tu. Cuma kalau yang kurang gemar makan makanan manis tu, perisa caramel ni memang akan menyebabkan lidah korang reject. Kalau dah perisa caramel tu memang manis la kan.
Kalau korang nak cuba popcorn lain daripada yang lain, boleh la cuba Garrett Popcorn ni. Mana tahu ada duit lebihkan, apa salahnya mencuba. Hehe. Lepas ni aku nak cuba perisa CheeseCorn pulak. Tapi tak tahu la tahun bila pulak.
Dania punya peberet ni…andai pi KLCC ngan dia mmg rabak dek makan jer…hahahah….
Hehe. Benda sedap macam ni mesti budak-budak sukakan. Kalau ada anak nanti tak boleh nak biasakan ni.
RM47 utk popcorn? WOW! tgk wayang pon jrg bebenor mkn popcorn
Haha. Saja nak try apa yang special popcorn ni bro.
kureng sikit popcorn2 ni hmmmmmmmm harghhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak cuba la plak!! nak cuba sebab mahal. boleh alasan mcm tu? wakkwkwkwkw
Haha.. Silalah…:) .Asyik makan kedai Korea je kan.
harga kedai ‘pakar’ cam ni mmg xleh lari kan.. hehehe
Itulah. Nak try jugak apa yang istimewanya popcorn kedai pakar ni.
blom pernah rasa lagi kat kedai ni 🙂
Agak terkejut dengan harganya. I thought it was around $20 for large size. Tunggu orang belanja baru dapat merasa…
No la. Maybe yang ni mahal sebab ambil yang ‘nut’. untuk yang biasa-biasa harga takda la mahal sangat.
Tak pernah makan lagi popcorn jenis ni..hehe
Bila bro nak mencuba pulak popcorn jenis yang ni?
pernah tertengok tp tak pernah beli huhu
Bila dah tua2 ni dah tak suka lagi popcorn, tapi pop music masih suka…
Nasib baik bukan kpop bro JR. hehe
Setakat ni mampu beli yg kat pasar malam jer. Tapi x pe,nanti bila Cik Kiah buat rombongan pi KLCC, boleh le cuba beli ..;)
Datang klcc boleh la beli.lepas tu mesti tak pandang yang pasar malam punya.
tak penah rasa, jauhnya nak pi beli..huhuh
Hehe. Jauh ke?
klu pegi klcc mmg tak lupa beli garret popcorn ni, klu flavour yg nak beli dah abis, sanggup tunggu 🙂
Wah.. Ada jugak rupanya peminat Garrett Popcorn ni dikalangan lelaki ye. Siap tunggu tu kalau abis. Bro suka yang mana?
Popcorn premium ni.. 😀
Hehe. Sekali sekala takpa kot bro. 😀
aku pernah makan yang biasa2 kat pasar malam je
hehe
Janji popcorn jugakkan.. 😀
saya kalo makan popcorn kat sini suka caramel crisps with nut huih punyalah sedap nyum2…
Hehe. Dia punya crunchy tak dapat diterangkan..
uishh nampak sedap je. hehe. tapi aku tetap suka pop corn yang zaman budak2 dulu. apa orang panggil. ketih jagung ea? hoho.
Bertih jagung dengan popcorn tu benda sama je bro. Hehe. Rasa je yang berbeza.. 🙂
Belum lagi rasa Garrett popcorn ni…tapi kalau tengok harga fikir dua tiga kali gak la nak beli ke tak…hahaha
Hehe.. Yang murah punya ada. Tapi takda kacang la. Kosong je..
kat Sp tak ada..tapi kalau tengok rega, tak beli pun tak apa…heee
Hehe. Ala.. Boleh beli yang saiz small. Murah sikit dari yang ni.
Garret popcorn nie rasa dia memang lain dari yang lain..tak macam popcorn yang beli kat wayang..tapi memang berbaoi laa bayar mahal2 utk popcorn yang sedap..hehe
Regards,
-Strider-
Memang jauh sekali kalau nak bandingkan dengna popcorn wayang tu kan bro. Kita tak kisah la keluar duit sikit nak makan popcorn sedap.
payah ambe nak imagine rasa popcorn ni…nak kena ada “org dekat klcc” belanja dulu….keh3….
Aik.. Hehe. Meh datang KLCC..
Salam, cheese corn tak sedap. Sebab kalo ko kata ko jenis suka yg crunchy, baik jgn beli. Yang cheese tu lemau. Bayangkan makan popcorn lemau pastu perisa cheese. Dah la masin terlebih. Tpi yang caramel tu memang mabeles sedap gile. Puas hati bayar mahal tul tak?
Macam tak sedap je bunyi yang cheese ni. Termasin yang tak tahan tu. Kalau nak rasa jugak kena beli yang small jela rasanya. Bagi puas hati. Hehe
dok dengar citer orang je la..nak pi ke KLCC nun jauh…hehhe..harap2 ada la kat penang yang nak buat lagu ni..
Kalau dekat Penang tak boleh buat apa-apa la. Tapi dekat sana lagi banyak makanan champion.
MMg slalu dgr kwn2 dok kata garrett popcorn ni sedap ya amat but xde peluang lg mak nak merasa. Org kampung la katakanso..mmg payah la nak merasanya. Hiks..
Ala.. Mak beli makan dengan sambal belacan or sambal tumis pun boleh jugak ni mak, Hehe
amboi boleh tahan juga harganya
Harga untuk merasa tu. Haha
hahahha….tu baru rasa…kalau melantak…tak taulah…keh3
Kah3.. Melantak murah sikit daripada merasa.
pehh harganya memang fuh fuh fuh..
fikir panjang juga ni kalau nak merasa..hehe
Ada saiz kecik bro kalau nak merasa. Hehe
perggghhh.. gua mkan jagung reti la.. hahaha pop corn kurang minat..
Ni adik beradik jagung jugak ni bro. Tapi advance sikit..
Jauhnya mengidam makan Pop Corn. 🙂
Dekat je ni bro. Ofis depan KLCC. Tapi tak rajin nak pegi beli. Hehe
dkna makan popcorn yang jual kat gsc jer hehee
Try pulak yang ni dkna. Mana tau berkenan. haha
sedapnya…garret popcorn mmg harga mahal tp sedap sgt..sy duka yg caramel crisp tu..
Rasanya ramai yang suka caramel tu kan. tapi tu la agak manis la. Hehe
Mahalnya harga Popcorn ni… gigit jari nak beli… hehehe 😉
Hehe. Saje nak merasa je bro. Tapi ada rasa kira ok la tu.
nmpk sdp…mahalnya..huhu…
tp kalo berbaloi mmg xkesah price kan?…
Kalau benda sedap dan puas hati, memang orang tak berapa kisah sangat dengan harga ni. Hehe