Nampaknya zaman kegemilangan dan kemeriahan bola sepak di Malaysia ni akan kembali semua apabila semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia dibenarkan menggunakan khidmat dua pemain import mulai musim 2012. Pengumuman yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tanah air yang sememangnya dahagakan aksi yang lebih menarik pada kancah bola sepak tempatan yang semakin hari makin mendapat perhatian.
Pengumuman ini telah dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri iaitu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Bagaimanapun terdapat beberapa klasifikasi yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan khidmat pemain import untuk menjaga kualiti pasukan yang disertai kelak.
Antara klasifikasi tersebut adalah :
- pemain import dari negara-negara ASEAN dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua.
- Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun ini.
Bagaimanapun, penggunaan pemain import bukanlah wajib kepada semua pasukan. Bagi persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh boleh la mendapatkan khidmat pemain import untuk memperkuatkan lagi pasukan masing-masing. Lepas ni diharapkan semua peminat bola sepak di Malaysia ni dapat turun ke stadium beramai-ramai untuk memeriahkan lagi bola sepak kita dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan negeri masing-masing pada musim2012.
ha3..
bola2 kureng skit layannyeer..:P
jmput singgah ke blog shida
ce denga Lisa Surihani nyanyi sat..ok kan sore dia?
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/lisa-surihani-buat-album.html
haha…bola la best… 🙂 .tengok diorang dok sebijik bola tu.. 🙂