• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Travelog / Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air Hitam

Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air Hitam

By Hazmin Hamudin | 7 October 2013 | 82 Comments

Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Hitam

Masa hari pertama di Penang, aku dah pergi makan di Teochew Cendol Penang Road di sebelah petang dan waktu malam pulak sempat singgah makan di Restoran Kapitan, Penang. Hari pertama memang tak sempat nak berjalan mana sebab sampai pun dah petang. Itu sebab dapat cerita pergi makan je. Ni cerita hari kedua di Pulau Pinang pulak.

Bangun pagi biasa la semua dah kelaparankan. Pagi-pagi dah pergi cari makanan untuk dimakan. Selain daripada Nasi Kandar Line Clear dan juga Nasi Kanndar Beratur, terdapat satu lagi nasi kandar yang terkenal di Penang iaitu Nasi Kandar Kampung Malayu, Air Hitam. Jangan tak tahu dekat Penang ni sarapan pagi makan nasi kandar ok. Masa mula-mula macam terkejut jugak. Hehe.

Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Hitam (2)

Nampak tak betapa ramainya orang beratur untuk membeli nasi kandar di sini. Sampai ke tengah panas sanggup beratur diorang ni semata-mata untuk makan nasi kandar waktu pagi. Nasi Kandar Kampung Melayu memang famous dan sudah tidak asing lagi dengan penduduk tempatan di Pulau Pinang. Daripada gambar tu tak payah lagi dah aku nak beritahu tentang kesedapan Nasi Kandar Kampung Melayu di Air Hitam ni.

Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Hitam (3)

Bagi yang tak boleh terima makan nasi kandar di pagi hari jangan risau sebab restoran Nasi Kandar Kampung Melayu ni ada juga jual roti canai. Boleh tahan jugak ramai orang tunggu giliran beli roti canai ni. Aku dah pernah makan dah sebelum ni roti canai dekat sini. bagi aku biasa-biasa je.

Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Hitam (4)

Ninnndiaa.. Kari kepala ikan. Amacam tengok kari kepala ikan ni? Hehe. Pagi-pagi dah sarapan kari kepala ikan. Pergi Penang ni memang habis la kalau orang berdiet. Tak boleh tahan punya dengan godaan makanan dekat sini.

Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Hitam (5)

Ni nasi kandar yang aku order. Macam biasa kalau makan nasi kandar ni memang wajib letak kuah campur. Baru la nasi kandar. Hehe. Tak payah nak banyak-banyak lauk. Cukup dengan seketul ayam masak kicap. Lagipun kepala ikan dah ada sebagai tambahan.

Bagi yang nak  datang ke sini memang perlu datang di waktu pagi sebab Nasi Kandar Kampung Malayu hanya di buka dari pagi sehingga tengah hari sahaja. Detail boleh tengok di bawah ni.

Nasi Kandar Kampung Melayu

A-29, Tingkat Bawah, Rumah Pangsa,
Jalan Kampung Melayu,
Kampung Melayu, Air Hitam
GPS koordinat: N5 24.007 E100 17.067
Tel: 019 5755 877, 012 5839771
Waktu operasi: 6:30 pagi to 12:30 tengah hari.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hafizul 11 October 2013 at 8:15 PM

    Perghhhh mengiurkan bro..serius..kat sini memang terkenal kan nasi kandar..bila lah nak cuba sekali..hehe

    Reply
  • nurmisnan 9 October 2013 at 11:49 PM

    Sedapnya nasi kandar. Sampai beratur panjang…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:02 AM

      Hehe. Boleh tahan la kan.

      Reply
  • Mohd Shubhi Abdul 9 October 2013 at 11:23 PM

    Lama tak balik ke Penang, tengok nasi kuah campur mula teringin.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:02 AM

      Bro orang Penang ke? Trademark nasi kandar tu kuah campur. Hehe

      Reply
      • Mohd Shubhi Abdul 10 October 2013 at 10:03 AM

        Ya orang Penang. Duduk kat Bukit Mertajam, Seberang Perai

        Reply
  • Mizz Aiza 8 October 2013 at 11:41 PM

    dah lama tak pergi ke penang..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:00 AM

      Kalau takda tujuan memang tak sampai la kan.

      Reply
  • fazrol 8 October 2013 at 11:36 PM

    Sepanjang aku kerja kat Penang dulu…
    Barru 2 kali aku singgah mkn kat sini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:00 AM

      Pendapat bro ok ke? Hehe. Ke ada port yang lagi sedap?

      Reply
  • Zali 8 October 2013 at 9:11 PM

    Pergh pagi2 dah breakfast nasi kandar. Sampai malam tahan ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 7:59 AM

      Itulah. Memang sampai ke petang tak makan boleh tahan lagi tu bro.

      Reply
  • wazy 8 October 2013 at 3:01 PM

    owh ni la port nasi kandar yang best kata member aritu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:47 PM

      Member pun ada rekomen jugak ke bro?

      Reply
  • onlajer 8 October 2013 at 12:42 PM

    gua ingat dekat johor je yang ada air hitam

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:47 PM

      Dekat Selangor pun ada jugak Air Hitam ni bro. Haha.

      Reply
  • kucinghitam 8 October 2013 at 11:58 AM

    actually xla sedap mana pun bg orng luaq sedap la kot hehehe org penang biasa jer

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:46 PM

      Rasanya tiap kali datang tengok orang Penang je yang ramai ni. Hehe. Mana yang sedap bro?

      Reply
      • kucinghitam 9 October 2013 at 9:00 PM

        banyak lagi yang sedapbro..Deen kat jelutong tu..Hameediyah kat town tp paling sedap yg xda nama memang sedap

        Reply
        • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 7:59 AM

          Hameediyah tu ada jugak tengok dekat beberapa blog ckp sedap. Shariff Nasi Kandar? Hehe

          Reply
  • eiela 8 October 2013 at 9:59 AM

    huhu tak reti nak makan nasi kandar nih, kuah banyak, nasi pun banyak. mintak sikit pun byk lg.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:45 PM

      Hehe. Tak reti sebab banyak ke? boleh kurang tu kalau nak. Kena cakap betul-betul.

      Reply
  • titan 8 October 2013 at 9:40 AM

    pehh..boleh tahan dasat gak hang makan ek.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:44 PM

      Rezeki.. Haha..

      Reply
  • gamep01nt 8 October 2013 at 8:21 AM

    pergh meriah gila kau makan wehhh.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:44 PM

      Haha. Sekali sekala. Bukan selalu pergi Penang tu.

      Reply
  • encikarman 8 October 2013 at 8:20 AM

    mak ai ramainya, sedap ke susah nak cari kedai lain nih.. hoho

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:43 PM

      Haha. Mesti la sedap ni bro.

      Reply
  • Juan 8 October 2013 at 7:54 AM

    aku x pernah lagi pi sini

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:43 PM

      Kau dekat Penang tak layan ke semua ni bro? Hehe.

      Reply
  • pahan 8 October 2013 at 7:02 AM

    nasi kandar satu bang.hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:42 PM

      Nasi kandar siap. Haha. Laksa Sarawak satu!

      Reply
  • ajumohit 8 October 2013 at 5:43 AM

    hamboihh nallerek, klu singgah sana mmg wajib pekena ni hahah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:42 PM

      Haha. Memang wajib ni kak.

      Reply
  • Qashmere 7 October 2013 at 10:56 PM

    Pergh…nasi kandar makan lauk campor. Lepas tu sure mengantokss lentok. Kekekekeke

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:42 PM

      Kih3. Sarapan pagi ok lagi. Baru bangun tido. Haha. Terus jalan-jalan la jawabnya.

      Reply
  • JR 7 October 2013 at 10:06 PM

    Tu diaaa….baguih punya iklan!!! JR yg memang asal org Penang ni (tapi Penang sebelah Seberang Perai) memang suka nasi kandar. Tapi cuma bila dah lama tak merayau sebelah pulau, banyak terlepas maklumat terbaru makanan2 sedap di Penang, termasuklah yg dekat Kg Melayu ni….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:41 PM

      Haha. Tu dia terus keluar bahasa utara. Hehe. Kalau betul2 lapar memang puas hari makan nasi kandar ni kan bro JR. Ada lagi info nasi kandar yang ok bro JR. Nanti kalau pergi Penang lagi saya try cover. Hehe

      Reply
  • sukma 7 October 2013 at 9:59 PM

    tentang harganya macam mana? biasa-biasa jer @ sangat berbaloi….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:39 PM

      Bagi saya ok harganya. Dah dua kali makan untuk lima orang dalam RM50++ termasuk air. Dengan kepala ikan lagi rasanya sangat ok la harga tu.

      Reply
  • Anim 7 October 2013 at 9:23 PM

    4 tahun lalu, mula2 tiba utara, kak memang cultural shock tengok sarapan pagi depa. sama dengan kedah juga. pagi2 dah pekena nasi. kak sendiri tak pernah p nasi kandar kampung melayu air hitam. selalu pekena nasi kandar kayu je, hee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:37 PM

      Lepas ni kalau pergi Penang boleh la akak cuba dekat sini pulak. Tapi tu la. Sedap tu kadang-kadang ikut tekak orang berbeza jugakkan.

      Reply
  • Khairul Zamri 7 October 2013 at 6:57 PM

    den tengah sakit perut tengok lak nasi kandar memang bergoncang laa huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:36 PM

      Hehe. bergoncang apa bro?

      Reply
  • Denaihati 7 October 2013 at 5:36 PM

    macam ni punya panjang beratur, gerenti sedaplah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:36 PM

      Itulah. Harga pun boleh tahan jugak. Tak terlalu mahal. Rasa kari pun pekat.

      Reply
  • hanari 7 October 2013 at 5:36 PM

    sangat penasaran sekali dengan nasi kandar nih!!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:33 PM

      Pernah makan nasi kandar ni ?

      Reply
  • wahida 7 October 2013 at 5:02 PM

    ooooo, bukak dari pagi sampai petang je ye…masa aku pi penang dulu, kami beriya2 carik kedai ni waktu malam, dah sampai bwh rumah pangsa pun, sekali tutup…grrrrr…

    sekarang dah tau lah, bukak waktu pagi sampai tengahari je…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:33 PM

      Sampai tengah hari je. Lepas tu memang tarak la. Hehe. Orang pergi time sarapan je dekat sini. Lauk banyak lagi masa ni.

      Reply
  • lizz 7 October 2013 at 3:34 PM

    telan ailio nengok nasi kandar acaner…kena cari vanggey jap gi ni…hehhe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:44 PM

      Haha. Lebih kurang je kan dgn vanggey tu kak. Ouh.. Akak duduk Ipoh ye?

      Reply
  • Mus 7 October 2013 at 3:30 PM

    rugilah yang berdiet ke sana..
    godaan besar tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:44 PM

      Haha. memangpun bro. Kalau nak diet jangan datang.. 😀

      Reply
  • LydSunshine 7 October 2013 at 3:28 PM

    Konsep makan nasikkandar pepagi ni sama macam makan nasik berlauk kalo kat tganu dan kelantan. Kot. Aku belum penah try nasi kandar sebab aku ada instinct yg aku tak suka je. Padahal nasik biasa je.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:43 PM

      Lebih kurang je konsepnya. Tapi nasi kandar ni portion dia boleh tahan banyakkan. Jenuh nak habiskan.

      Reply
  • Nafira 7 October 2013 at 2:35 PM

    sama lah ngan saya.. kalo makan mesti amik 1 lauk N 1 sayur(kalo berkenan) kalo x memang lauk n nasi jer. hehehhe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:43 PM

      Hehe.. Sekarang tangah diet cara makan tetap sama ke?

      Reply
  • azura 7 October 2013 at 2:10 PM

    cam mana nak kurus ni haih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:42 PM

      Haha.. Kalau nak kurus jangan datang Penang. Amaran!

      Reply
  • akubiomed 7 October 2013 at 1:36 PM

    Ramai yang beratur. Basuh tangan tak masih tak hilang baunya. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:42 PM

      Hehe. Itu tandanya kari dia betul2 pekat.

      Reply
  • Strider 7 October 2013 at 12:09 PM

    tambah lagi satu kedai kalau aku visit penang..tapi penang memang antara negeri yang mempunyai makanan2 yang sedap..hehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:41 PM

      Haha. Jangan lupa singgah yang ni. Tapi parking susah sikit ni.

      Reply
  • yui 7 October 2013 at 11:52 AM

    hanay org yg sbr boleh menunggu dan sggup beratur pnjg..hihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:41 PM

      Hehe. Makan punya pasalkan yui. Haha. Tak lama mana pun.

      Reply
  • blogger lelaki 7 October 2013 at 11:22 AM

    amboi..siap org beratur lagi tu..mmg best ni..dkt penang pernah try kayu nasi kandar je

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:41 PM

      Boleh try yang ni pulak lepas ni bro. Hehe

      Reply
  • Joe 7 October 2013 at 11:15 AM

    Mesti sedap, kalau tak, takkan la banyak orang beratur nak beli nasi kandar kat sini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 3:40 PM

      Boleh tahan jugak bro. Tengok la kepekatan kuah kari tu. haha

      Reply
  • lieyalatif 7 October 2013 at 10:30 AM

    perghh dugaan ape yg telah ko berikan ni dik oiiii…akak ko puase ari ni tau tak!! bukak2 tgk ade kari kepala ikan, ade plak nasi kandar kuah melimpah ruah…seb baik takde udang ngan telor ikan…kalo tak akak hentak2 kepala kat meja ni tau tak hahhhhaahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 10:32 AM

      Ni namanya dugaan tahap doblas petala langit. Hahaha.. Durian puff tak nak tengok kak? 😀

      Reply
  • Anak Askar Pencen 7 October 2013 at 10:02 AM

    Nasik Kandar ni tak boleh diamalkan selalu. Kelak akan menimbulkan ketagihan. Aku dulu masa tinggal kat Ipoh, asal time tengah hari je beratur kat kedai mamak sebelah masjid negeri. Tak tau apehal, sehari tak pekena nasik tu, rasa macam tak lengkap je hari tu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 10:34 AM

      Haha.. Nasib la tak duduk Penang ni bro. Makan time pergi sana je. Boleh kawal lagi ni.

      Reply
  • izan mama mia 7 October 2013 at 9:23 AM

    ramainya…sampai kn beratur….sedap laaa gamaknya yer

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 10:34 AM

      Itulah. Kalau lambat memang beratur panjang la jawabnya. Hehe. Boleh tahan la rasa dengan harga yang tak mahal sangat.

      Reply
  • t.a.t.a 7 October 2013 at 9:00 AM

    Secara jujurnya saya belum pernah makan nasi kandar. kalau pergi mamak pun saya cuma order nasi kosong, ayam goreng, kuah madu dengan kuah kari. itu aje. tapi dengan syarat, kuah kena banjir.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 10:33 AM

      Kuah banjir tu trademark nasi kandar tu. Kena try pulak lepas ni. Hehe

      Reply
  • 4feet8 7 October 2013 at 8:40 AM

    mak aii..
    habislah diet..
    Sebenarnya, saya tak nampak lagi kenapa org mencari nasi kandar ni.. mungkin sbb sy belum pernah makan yg paling sedap gaknya.. 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 8:42 AM

      Haha. Jom pergi Penang makan nasi kandar Ha. Ke memang tak minat nasi kandar?

      Reply
  • suriaamanda 7 October 2013 at 8:24 AM

    tu diaaaaaaaa…..nasi kandar…..SA tgh xde selera terus berselera…aduhai…nak cari jauh plak nun di utara….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 8:41 AM

      Haha.. Sarapan nasi kandar memang kelainan la SA. Adoi. Lapar pulak. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Ramai Pembaca Dari Kuala Terengganu Rupanya

By Hazmin Hamudin

Semakan Keputusan Matrikulasi 2012 Secara Online Dan SMS

By Hazmin Hamudin

Perlawanan Malaysia vs Laos Piala Suzuki AFF 2012

By Hazmin Hamudin

SMS Palsu Berkaitan Air Keluaran Syarikat Pepsi

By Hazmin Hamudin

Murahnya Nilai Nyawa Manusia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in