• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Rupa Pejabat Baharu Apple Seperti Piring Terbang

Rupa Pejabat Baharu Apple Seperti Piring Terbang

By Hazmin Hamudin | 17 August 2011 | Leave a Comment

Pejabat Baharu Apple

Beberapa lakaran gambar pejabat baharu syarikat Apple yang mengeluarkan komputer iPad dan telefon bimbit iPhone didedahkan kelmarin.

Pejabat baharu penyelidikan dan pembangunan itu dibina menyerupai sebuah piring terbang.

Foto kampus itu yang bakal dibina di sini didedahkan oleh arkitek Britain, Norman Foster dalam satu mesyuarat majlis perbandaran sebelum ia tersebar di Internet.

Kampus berkenaan yang digelar AppleSaucer, terdiri daripada sebuah bangunan pejabat serta pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di tapak seluas 260,000 meter persegi.

Ia merupakan bangunan kaca empat tingkat berbentuk bujur dan berkonsepkan mesra alam yang mengelilingi sebuah taman dan boleh menempatkan 13,000 kakitangan Apple.

Antara kemudahan yang bakal dibina termasuk sebuah auditorium korporat berkapasiti 1,000 tempat duduk, pusat kecergasan, loji janakuasa mesra alam dan tempat letak kereta.

Syarikat Apple diasaskan oleh Steve Jobs yang merupakan antara bilionair di dunia.

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Penyanyi Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk

By Hazmin Hamudin

Adakah Aku Akan Turut Berhijrah ?

By Hazmin Hamudin

Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Wanita Sedunia 2013

By Hazmin Hamudin

Penggodam Anonymous Ingin Menyerang Facebook

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in