Teochow Cendol Penang Road antara tempat yang wajib aku singgah kalau berkunjung ke Pulau Pinang. Masa cuti hujung minggu sempana sambutan Hari Malaysia hari tu aku sempat ke Pulau Pinang selama tiga hari dua malam. Sempat jugak bersiaran dari Pulau Pinang sekejap. Tujuaan utama adalah untuk melawat adik aku disamping bercuti dan mencuba segala makanan yang menarik di sana. Boleh dikatakan travelog aku tiada tempat menarik yang aku lawati tetapi lebih kepada tempat makanan yang menarik. Haha.
Cendol boleh dikatan desert yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Cendol dibuat daripada tepung beras dan dijadikan jeli dengan pewarna makanan hijau (biasanya diperolehi daripada daun pandan), ais dimesin halus dan dicampurkan gula melaka dengan gabungan santan. Hasilnya suatu pencuci mulut yang disedap dimakan ketika cuaca panas.
Di Pulau Pinang, kalau ditanya penduduk tempatan di manakah cendol yang paling sedap, sudah pasti mereka akan mengesyorkan cendol yang dijual di tepi jalan yang terletak di Lebuh Keng Kwee, off Penang Road. Tapi yang aku makan ni adalah cawangan Teochew Cendol yang terletak di Sunshine Farlim Shopping Center, Air Itam. Dekat sini bukan dijual menggunakan basikal di tepi jalan, tetapi di kedai yang mempunyai suasana yang lebih selesa.
Papan tanda Lebuh Keng Kwee, off Penang Road yang menjadi landmark, turut diletakkan dikedai sebagai perhiasan dan juga nilai sentimental yang tersendiri. Perniagaan Teochew Cendol ni bermula sejak dari tahun 1945 lagi. Lama dah tu kan.
Teochew Cendol Penang Road ni memang dah terkenal sejak dari dulu lagi. Ramai selebriti dan ahli politik yang pernah singgah untuk menikmati cendol ni antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru iaitu Lim Guan Eng dan juga pelakon terkenal Singapura dalam sitcom Phua Chu Kang.
Nak cerita banyak pasal cendol ni pun tak guna jugak kalau tak tengok macam mana rupa cendol ni. Memang meleleh habis la. Gula Melaka diletak memberi aroma sangat menarik. Kacang merah yang digunakan jugak besar-besar dan lembut semasa dimakan. Memang aku suka kacang merah yang macam ni. Bagi aku segala campuran bahan dalam mangkuk cendol ni memang blend dan kena dengan tekak aku.
Amacam. Nampak menarik tak cendol ni? Aku dimaklumkan Teochew Cendol ni juga telah membuka cawangan di Paradigm Mall. Kalau berada di Lembah Klang, takda masalah la lepas ni kalau nak makan.
sedapnya,hahahahahah
sedapnya,,apalagi disantap saat udara panas…segarrrrrrrrrrrrrrrrrr
lama tak pi penang ni..ohho..dulu cari Line Clear ngan nasi Kandaq Beratoq je.restoran ni tak pernah p
Nampak istimewa. Harap dapat merasa suatu hari nanti.
Kira rasa cendol ni tak sama dengan cendol yang dijual oleh mamak bro.
terasa cacat sekali 2,3 hari ini internet prob, xdapat tgok pic lam entri ni huhu
Rugi la bro tak dapat tengok pic cendol ni.
fuhh pergi menyendol sampai sana.. hehe
Alang-alang ke Penang, kena la menyendol sekali. Haha
Amboiii sedapnya, dahhh sudahhh mana nak pi cari cendol pagi2 ni Hazmin oiiii.!!!!!
Hehe. Pagi2 tak best makan cendol. Kena makan tengah hari jugak.
Kalau kedai nie just jual cendol sahaja memang gempak laaa…. tapi kalau penang pekena laksa or char kue tiow gak best
Kedai ni ada juga jual ABC dan laksa. Tapi tak pernah makan laksa tu. Hehe
hoh..cendol… ok gak nih sekali sekala
Sekali sekala takpa bro. Jangan selalu benda-benda manis ni kan.
aku tgk pon dah terliur dah, halal ke bro tmpt ni, aku pon dok penang gak, kalau ok dan halal boleh jer aku pi sini
Bro dekat penang tu boleh la pegi usha. hehe
Kedai tgk menarik dan nampak eksklusif.
dah lama kot tak makan cendol nie..
Hehe. Kedai santai je tu kalau ikutkan bro. Maybe warna hijau tu buat rasa ekslusif.
kenadai menarik
destinasi kena singgah kalau ke penang ni 🙂
Hehe. Banyak lagi kedai makan menarik dekat penang tu. Ni salah satu bro Sop.
baru semalam lalu paradigm mall..
bestnya kalau dapat rasa 🙂
Lepas ni boleh singgah cuba cendol ni pulak.
ejaan Chendul yg menarik tu hehheeh
Haha. Itulah pasalnya. ingat nak buat tajuk taip ‘Chendul’. Tapi tak jadi la.
menarik nampak cendol tu
Agak-agak cendol jam besar Melaka boleh lawan tak ni bro zool ? Hehe
memang menyelerakan
rasanya dah lama juga tak pekena cendol
Boleh la cari cendol lepas ni bro TehR. hehe
sedapnya cendol ni, nanti pi penang bolehlah cuba
Boleh bro buat review macam kebiasaan tu kan.
kebetulan aku pun post pic cendol ari ni.haha.
ni perisa gula apong eh?
Gula apong tu gula macam mana bro? Gula melaka tu ke?
memang nampak menarik dan sedap cendol ni, letak pulak pulut memang menelan airliur 😉
Haha.. Tak perasan lak ada pulut ke tak dalam menu. Tapi ada je cendol durian.
Ada sesetengah tempat yang menjual cendol org India.. Ada juga Melayu.. Ni first time saya lihat orang Cina usahakan Cendol sebab saya dah sangat jarang ke kedai Cina.. Apapun tahniah sebab Cendol berbaloi untuk diusahakan memandangkan Malaysia adalah negara panas terik..
Dah lama dah cendol pengusaha cina ni bro. Memang boleh tahan jugak lakukan kalau cuaca panas cendol ni.
wah nampak sedaplah kena pula skrg cuaca panas
Itulah. Cuaca sekarang memang sesuai pekena cendol ni suri.
cendol dan tempatnya sangat klop, bernuansa hijau, go green banget nih sob
Hehe. Peminat hijau?
Belum pernah sampai Penang laie, ganbar cendol tue mengugat iman
Kuatkan iman bro KM. haha
Cendol kedai Cina ni aku tak pernah try lagi. Maklum ajela, sekarang ni bukan macam dulu-dulu, Melayu tak berani nak makan kat kedai Cina sebab mudah untuk berasa was-was.
Dah lama rasanya aku tak melepak di kedai makan Chinese ni. Last lepak rasanya zaman sekolah dulu.
Cendol ni dari dulu lagi dah famous dekat Penang ni. Tak tahu la kalau orang Penang ni rasa was-was ke apa sekarang ni kan. Ala. Malayu nak cakap bab halal haram. Aku bagi contoh mudah pasal kedai mamak tu confirm nanti tak puas hati jugak. Huhu
macam nyaman sekali cendol nya hehe,
Kalau nak lebih nyaman kena makan bawah pokok. Haha
Alahai cuaca panas camni ada gambar cendol pulak…
elos sifu, terkejut jumpa sifu kat sini… hoho
Erk.. Otai ke ni yang datang singgah..
aiseymen..asal laa entry nie ko lambat update..aku baru pas pegi penang aritu..tak perasan dan tak tau plak pasal kedai nie..kalau tak mesti aku dah singgah…
Regards,
-Strider-
Ala.. Yeke bro. Haha. Melepas la pulak. Tapi takpe. Dekat lembah kelang pun ada dah bukak cawangan. Dekat Paradigm Mall tu.
tahun depan bolehlah pekena teochew penang ni..
Kenapa tahun depan bro?
sedap ni…kalo gi penang kena carik ni…akak pun suka yang ader kavang merah yang besar2 tu lepas tu rasernyer tak manis melampau..memang semangkuk la hakak makan…hehe
Kalau merah besar-besar dan lembut kak. Memang sedap la. Kalau manis boleh mintak tambah ais. Hehe
cendol tu buat jiwa gua bergelora..hahaha
Haha. Apa tunggu lagi.
menarik cendol tu.. bleh lah try nnt di Paradigm Mall.
Btw, tentang komen awak di blog saya tu, saya tak mengatakan yang saya percaya atau suruh orang percaya pada hukum karma mengikut kepercayaan orang hindu..
Sila-sila. Memang sedap tu. Lepas tu boleh buat review.
Bkn marah, kalau org baca nnt org ingat saya dah salah erti plak dgn perkataan KARMA tu.. niat bukan nak suruh orang percaya apatah lagi nak kaitkan dgn kepercayaan hukum hindu. sy pn ada juga google apa maksud karma tu sebelum buat review.. malah siap letak link lagi.. pls understand.. kalau awk baca dgn ada niat utk percaya kan hukum karma itu lain lah..
Hehe. Ok2. Saya cuma tak berapa berkenan je dengan orang yang suka kait Karma ni.
Dah2. Pergi makan cendol. Sedap tu. 🙂
boleh tahan banyak gak cendolnya tu..
Puas hati bro titan. Asyik cendol Banting je, kena tukar selera pulakkan. Haha
nak pi la cari kat Pardigm mall…terliur dah ni….
Hehe. Pergi la SA. Orang tu cakap ada dekat Paradigm Mall.
cendol tu nampak fresh jer.. nyumm..nyummm
Nampak cantik je kan. Rasa pun ok jugak.
haah..nmpk menarik cendolnya..mablesss..hihi
Hehe.. Sila la cuba ye.
Dah lama tak balik Penang, negeri tumpah darah saya. Tak tau pula ada gerai cendol kat situ, nanti kalau balik dan teringat nak cuba rasa pulak…
Famous dah cendol ni JR. Masa kecik saya ke Penang memang diperkenalkan dengan cendol ni. Tapi masa tu makan yang dekat Lebuh Keng Kwee tu la.
nampak gambarnya yg sangat mebeles..walaupun belum pernah merasa lagi…
Memang mabeles. Hehe. Kira kena dengan tekak.
Tengok gambar memang tahu rasanya seda kan???
Mesti la sedap Mummy. Hehe
pergilah rasa cendor bakar dekat assam jawa. bes juga daripada leman dawi..
Masih lagi konfius. Cendol bakar ni cendol tu dibakar ataupun pemilik cendol tu bernama bakar? haha
taktaulah sejarah dia. tapi kalau nak check in kat 4sq ada org share, yg cendol bakar tu diambil sempena nama owner dia. tp tak pasti.. ada mcm2 boleh campur, dan saya suka cendol durian dia.. sedap..
Itulah. Rasanya cendol bakar tu sempena nama owner dia. Tapi boleh jadi keliru ada yang ingat cendol tu ‘dibakar’. Hehe. Belum pernah cuba lagi cendol bakar dekat kuala selangor tu. Lalu dah banyak kali dah.
Mak cik aku pernah makan kat cendol bakar tu. Memang owner dia nama bakar. Haha aku pun ingat dulu cendol tu dibakar. Tapi memang ramai la orang kat situ. Boleh top up free kalau tak silap.
Ramai yang keliru ingat cendol tu dibakarkan. Hehe. Sebenarnya nama owner dia Bakar.