• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Travelog / Travelog Penang | Teochew Cendol Penang Road

Travelog Penang | Teochew Cendol Penang Road

By Hazmin Hamudin | 24 September 2013 | 82 Comments

Teochew Cendol Penang Road

Teochow Cendol Penang Road antara tempat yang wajib aku singgah kalau berkunjung ke Pulau Pinang. Masa cuti hujung minggu sempana sambutan Hari Malaysia hari tu aku sempat ke Pulau Pinang selama tiga hari dua malam. Sempat jugak bersiaran dari Pulau Pinang sekejap. Tujuaan utama adalah untuk melawat adik aku disamping bercuti dan mencuba segala makanan yang menarik di sana. Boleh dikatakan travelog aku tiada tempat menarik yang aku lawati tetapi lebih kepada tempat makanan yang menarik. Haha.

Cendol boleh dikatan desert yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia. Cendol dibuat daripada tepung beras dan dijadikan jeli dengan pewarna makanan hijau (biasanya diperolehi daripada daun pandan), ais dimesin halus dan dicampurkan gula melaka dengan gabungan santan. Hasilnya suatu pencuci mulut yang disedap dimakan ketika cuaca panas.

Teochew Cendol Penang Road (2)

Di Pulau Pinang, kalau ditanya penduduk tempatan di manakah cendol yang paling sedap, sudah pasti mereka akan mengesyorkan cendol yang dijual di tepi jalan yang terletak di Lebuh Keng Kwee, off Penang Road. Tapi yang aku makan ni adalah cawangan Teochew Cendol yang terletak di Sunshine Farlim Shopping Center, Air Itam. Dekat sini bukan dijual menggunakan basikal di tepi jalan, tetapi di kedai yang mempunyai suasana yang lebih selesa.

Teochew Cendol Penang Road (3)

Papan tanda Lebuh Keng Kwee, off Penang Road yang menjadi landmark, turut diletakkan dikedai sebagai perhiasan dan juga nilai sentimental yang tersendiri. Perniagaan Teochew Cendol ni bermula sejak dari tahun 1945 lagi. Lama dah tu kan.

Teochew Cendol Penang Road ni memang dah terkenal sejak dari dulu lagi. Ramai selebriti dan ahli politik yang pernah singgah untuk menikmati cendol ni antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru iaitu Lim Guan Eng dan juga pelakon terkenal Singapura dalam sitcom Phua Chu Kang.

Teochew Cendol Penang Road (4)

Nak cerita banyak pasal cendol ni pun tak guna jugak kalau tak tengok macam mana rupa cendol ni. Memang meleleh habis la. Gula Melaka diletak memberi aroma sangat menarik. Kacang merah yang digunakan jugak besar-besar dan lembut semasa dimakan. Memang aku suka kacang merah yang macam ni. Bagi aku segala campuran bahan dalam mangkuk cendol ni memang blend dan kena dengan tekak aku.

Amacam. Nampak menarik tak cendol ni? Aku dimaklumkan Teochew Cendol ni juga telah membuka cawangan di Paradigm Mall. Kalau berada di Lembah Klang, takda masalah la lepas ni kalau nak makan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suri 10 November 2014 at 9:46 PM

    sedapnya,hahahahahah

    Reply
  • hanari 7 October 2013 at 6:00 PM

    sedapnya,,apalagi disantap saat udara panas…segarrrrrrrrrrrrrrrrrr

    Reply
  • reezluv 3 October 2013 at 1:39 PM

    lama tak pi penang ni..ohho..dulu cari Line Clear ngan nasi Kandaq Beratoq je.restoran ni tak pernah p

    Reply
  • akubiomed 25 September 2013 at 11:50 PM

    Nampak istimewa. Harap dapat merasa suatu hari nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 September 2013 at 7:38 AM

      Kira rasa cendol ni tak sama dengan cendol yang dijual oleh mamak bro.

      Reply
  • Khairul Zamri 25 September 2013 at 6:45 PM

    terasa cacat sekali 2,3 hari ini internet prob, xdapat tgok pic lam entri ni huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 September 2013 at 7:37 AM

      Rugi la bro tak dapat tengok pic cendol ni.

      Reply
  • Irwan Alessa 25 September 2013 at 5:09 PM

    fuhh pergi menyendol sampai sana.. hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 September 2013 at 7:37 AM

      Alang-alang ke Penang, kena la menyendol sekali. Haha

      Reply
  • Azie 25 September 2013 at 9:45 AM

    Amboiii sedapnya, dahhh sudahhh mana nak pi cari cendol pagi2 ni Hazmin oiiii.!!!!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 September 2013 at 7:37 AM

      Hehe. Pagi2 tak best makan cendol. Kena makan tengah hari jugak.

      Reply
  • hazman aka species1980 25 September 2013 at 9:36 AM

    Kalau kedai nie just jual cendol sahaja memang gempak laaa…. tapi kalau penang pekena laksa or char kue tiow gak best

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 September 2013 at 7:36 AM

      Kedai ni ada juga jual ABC dan laksa. Tapi tak pernah makan laksa tu. Hehe

      Reply
  • encikarman 25 September 2013 at 8:36 AM

    hoh..cendol… ok gak nih sekali sekala

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:55 AM

      Sekali sekala takpa bro. Jangan selalu benda-benda manis ni kan.

      Reply
  • Juan 25 September 2013 at 12:57 AM

    aku tgk pon dah terliur dah, halal ke bro tmpt ni, aku pon dok penang gak, kalau ok dan halal boleh jer aku pi sini

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:55 AM

      Bro dekat penang tu boleh la pegi usha. hehe

      Reply
  • Bahrain 25 September 2013 at 12:01 AM

    Kedai tgk menarik dan nampak eksklusif.
    dah lama kot tak makan cendol nie..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:54 AM

      Hehe. Kedai santai je tu kalau ikutkan bro. Maybe warna hijau tu buat rasa ekslusif.

      Reply
  • Sop 24 September 2013 at 11:57 PM

    kenadai menarik
    destinasi kena singgah kalau ke penang ni 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:54 AM

      Hehe. Banyak lagi kedai makan menarik dekat penang tu. Ni salah satu bro Sop.

      Reply
  • tiha 24 September 2013 at 11:07 PM

    baru semalam lalu paradigm mall..
    bestnya kalau dapat rasa 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:53 AM

      Lepas ni boleh singgah cuba cendol ni pulak.

      Reply
  • AUC 24 September 2013 at 10:16 PM

    ejaan Chendul yg menarik tu hehheeh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:53 AM

      Haha. Itulah pasalnya. ingat nak buat tajuk taip ‘Chendul’. Tapi tak jadi la.

      Reply
  • zool 24 September 2013 at 10:09 PM

    menarik nampak cendol tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:53 AM

      Agak-agak cendol jam besar Melaka boleh lawan tak ni bro zool ? Hehe

      Reply
  • TehR 24 September 2013 at 9:55 PM

    memang menyelerakan
    rasanya dah lama juga tak pekena cendol

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:52 AM

      Boleh la cari cendol lepas ni bro TehR. hehe

      Reply
  • sharinginfoz 24 September 2013 at 8:56 PM

    sedapnya cendol ni, nanti pi penang bolehlah cuba

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:51 AM

      Boleh bro buat review macam kebiasaan tu kan.

      Reply
  • pahan 24 September 2013 at 8:37 PM

    kebetulan aku pun post pic cendol ari ni.haha.

    ni perisa gula apong eh?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:51 AM

      Gula apong tu gula macam mana bro? Gula melaka tu ke?

      Reply
  • ajumohit 24 September 2013 at 8:32 PM

    memang nampak menarik dan sedap cendol ni, letak pulak pulut memang menelan airliur 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:50 AM

      Haha.. Tak perasan lak ada pulut ke tak dalam menu. Tapi ada je cendol durian.

      Reply
  • waiman takwa 24 September 2013 at 7:56 PM

    Ada sesetengah tempat yang menjual cendol org India.. Ada juga Melayu.. Ni first time saya lihat orang Cina usahakan Cendol sebab saya dah sangat jarang ke kedai Cina.. Apapun tahniah sebab Cendol berbaloi untuk diusahakan memandangkan Malaysia adalah negara panas terik..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:50 AM

      Dah lama dah cendol pengusaha cina ni bro. Memang boleh tahan jugak lakukan kalau cuaca panas cendol ni.

      Reply
  • suri 24 September 2013 at 7:14 PM

    wah nampak sedaplah kena pula skrg cuaca panas

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:49 AM

      Itulah. Cuaca sekarang memang sesuai pekena cendol ni suri.

      Reply
  • Rizkyzone.com 24 September 2013 at 5:48 PM

    cendol dan tempatnya sangat klop, bernuansa hijau, go green banget nih sob

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:49 AM

      Hehe. Peminat hijau?

      Reply
  • Kamal Mustafa 24 September 2013 at 4:03 PM

    Belum pernah sampai Penang laie, ganbar cendol tue mengugat iman

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:49 AM

      Kuatkan iman bro KM. haha

      Reply
  • Anak Askar Pencen 24 September 2013 at 3:56 PM

    Cendol kedai Cina ni aku tak pernah try lagi. Maklum ajela, sekarang ni bukan macam dulu-dulu, Melayu tak berani nak makan kat kedai Cina sebab mudah untuk berasa was-was.

    Dah lama rasanya aku tak melepak di kedai makan Chinese ni. Last lepak rasanya zaman sekolah dulu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:48 AM

      Cendol ni dari dulu lagi dah famous dekat Penang ni. Tak tahu la kalau orang Penang ni rasa was-was ke apa sekarang ni kan. Ala. Malayu nak cakap bab halal haram. Aku bagi contoh mudah pasal kedai mamak tu confirm nanti tak puas hati jugak. Huhu

      Reply
  • onlajer 24 September 2013 at 3:14 PM

    macam nyaman sekali cendol nya hehe,

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:47 AM

      Kalau nak lebih nyaman kena makan bawah pokok. Haha

      Reply
  • GreenLava 24 September 2013 at 3:08 PM

    Alahai cuaca panas camni ada gambar cendol pulak…

    Reply
    • encikarman 25 September 2013 at 8:35 AM

      elos sifu, terkejut jumpa sifu kat sini… hoho

      Reply
      • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:47 AM

        Erk.. Otai ke ni yang datang singgah..

        Reply
  • Strider 24 September 2013 at 2:51 PM

    aiseymen..asal laa entry nie ko lambat update..aku baru pas pegi penang aritu..tak perasan dan tak tau plak pasal kedai nie..kalau tak mesti aku dah singgah…

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:46 AM

      Ala.. Yeke bro. Haha. Melepas la pulak. Tapi takpe. Dekat lembah kelang pun ada dah bukak cawangan. Dekat Paradigm Mall tu.

      Reply
  • donnyien 24 September 2013 at 2:44 PM

    tahun depan bolehlah pekena teochew penang ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:45 AM

      Kenapa tahun depan bro?

      Reply
  • lizz 24 September 2013 at 2:41 PM

    sedap ni…kalo gi penang kena carik ni…akak pun suka yang ader kavang merah yang besar2 tu lepas tu rasernyer tak manis melampau..memang semangkuk la hakak makan…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:44 AM

      Kalau merah besar-besar dan lembut kak. Memang sedap la. Kalau manis boleh mintak tambah ais. Hehe

      Reply
  • blogger lelaki 24 September 2013 at 2:40 PM

    cendol tu buat jiwa gua bergelora..hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:44 AM

      Haha. Apa tunggu lagi.

      Reply
  • Zaza_MyMoon 24 September 2013 at 2:19 PM

    menarik cendol tu.. bleh lah try nnt di Paradigm Mall.

    Btw, tentang komen awak di blog saya tu, saya tak mengatakan yang saya percaya atau suruh orang percaya pada hukum karma mengikut kepercayaan orang hindu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:44 AM

      Sila-sila. Memang sedap tu. Lepas tu boleh buat review.

      Reply
      • Zaza_MyMoon 25 September 2013 at 9:02 AM

        Bkn marah, kalau org baca nnt org ingat saya dah salah erti plak dgn perkataan KARMA tu.. niat bukan nak suruh orang percaya apatah lagi nak kaitkan dgn kepercayaan hukum hindu. sy pn ada juga google apa maksud karma tu sebelum buat review.. malah siap letak link lagi.. pls understand.. kalau awk baca dgn ada niat utk percaya kan hukum karma itu lain lah..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 9:05 AM

          Hehe. Ok2. Saya cuma tak berapa berkenan je dengan orang yang suka kait Karma ni.

          Dah2. Pergi makan cendol. Sedap tu. 🙂

          Reply
  • titan 24 September 2013 at 2:03 PM

    boleh tahan banyak gak cendolnya tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:41 AM

      Puas hati bro titan. Asyik cendol Banting je, kena tukar selera pulakkan. Haha

      Reply
  • suriaamanda 24 September 2013 at 11:31 AM

    nak pi la cari kat Pardigm mall…terliur dah ni….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 11:34 AM

      Hehe. Pergi la SA. Orang tu cakap ada dekat Paradigm Mall.

      Reply
  • Dkna Abza 24 September 2013 at 11:29 AM

    cendol tu nampak fresh jer.. nyumm..nyummm

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 11:34 AM

      Nampak cantik je kan. Rasa pun ok jugak.

      Reply
  • nurul yui 24 September 2013 at 11:03 AM

    haah..nmpk menarik cendolnya..mablesss..hihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 11:34 AM

      Hehe.. Sila la cuba ye.

      Reply
  • JR 24 September 2013 at 10:57 AM

    Dah lama tak balik Penang, negeri tumpah darah saya. Tak tau pula ada gerai cendol kat situ, nanti kalau balik dan teringat nak cuba rasa pulak…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 11:02 AM

      Famous dah cendol ni JR. Masa kecik saya ke Penang memang diperkenalkan dengan cendol ni. Tapi masa tu makan yang dekat Lebuh Keng Kwee tu la.

      Reply
  • kamsiah 24 September 2013 at 10:10 AM

    nampak gambarnya yg sangat mebeles..walaupun belum pernah merasa lagi…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 11:01 AM

      Memang mabeles. Hehe. Kira kena dengan tekak.

      Reply
  • Qashmere 24 September 2013 at 10:01 AM

    Tengok gambar memang tahu rasanya seda kan???

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 11:00 AM

      Mesti la sedap Mummy. Hehe

      Reply
  • 4feet8 24 September 2013 at 8:53 AM

    pergilah rasa cendor bakar dekat assam jawa. bes juga daripada leman dawi..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 8:59 AM

      Masih lagi konfius. Cendol bakar ni cendol tu dibakar ataupun pemilik cendol tu bernama bakar? haha

      Reply
      • 4feet8 24 September 2013 at 9:58 AM

        taktaulah sejarah dia. tapi kalau nak check in kat 4sq ada org share, yg cendol bakar tu diambil sempena nama owner dia. tp tak pasti.. ada mcm2 boleh campur, dan saya suka cendol durian dia.. sedap..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 24 September 2013 at 11:00 AM

          Itulah. Rasanya cendol bakar tu sempena nama owner dia. Tapi boleh jadi keliru ada yang ingat cendol tu ‘dibakar’. Hehe. Belum pernah cuba lagi cendol bakar dekat kuala selangor tu. Lalu dah banyak kali dah.

          Reply
          • Zali 24 September 2013 at 9:23 PM

            Mak cik aku pernah makan kat cendol bakar tu. Memang owner dia nama bakar. Haha aku pun ingat dulu cendol tu dibakar. Tapi memang ramai la orang kat situ. Boleh top up free kalau tak silap.

            Reply
            • Hazmin Hamudin 25 September 2013 at 8:52 AM

              Ramai yang keliru ingat cendol tu dibakarkan. Hehe. Sebenarnya nama owner dia Bakar.

              Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Menyambut Pesta Cahaya 2013

By Hazmin Hamudin

Projek Getah Untuk Pribumi Di Kampung Orang Asli

By Hazmin Hamudin

Hujan November

By Hazmin Hamudin

Sinopsis Drama Bukan Bidadari Slot Lestary TV3

By Hazmin Hamudin

Gerhana Matahari Cincin Berlaku Pada 20 Mei 2012

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in