• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Teochew Chendul The Mines

Teochew Chendul The Mines

By Hazmin Hamudin | 30 September 2014 | 43 Comments

Teochew Chendul The Mines

Aku sekarang ni memang dah kurang makan atau minum benda-benda manis ni. Segala minuman berwarna yang semestinya manis, memang aku tak minum melainkan terpaksa. Maklumlah tengah mengamalkan diet. Diet sangatkan ko ni Hazmin. Haha. Tapi bila bab yang satu ni aku tak boleh nak tahan dah godaan benda manis. Memang kalah terus nafsu aku ni. Membuak-buak nak makan jadinya.

Sekali kena dengan godaan cendol terus tak boleh tahan jadinya. Cendol ni merupakan pemanis mulut yang digemari oleh semua kaum dekat Malaysia ni. Tak kira apa bangsa aku tengok boleh layan makan cendol ni.

Sekarang ni Teochew Chendul dah bukak dekat The Mines. Baru je lagi bukak aku rasa. Dekat je dengan rumah. Memang selalu la aku boleh terjah The Mines untuk makan cendol yang sedap ni. Ni bukan sebarangan cendol jugak ni. Ramai jugak orang terkenal dah terjah makan antaranya pelakon Phua Chu Kang tu.

Sebelum tu korang tau ke Teochew Chendul ni? Cendol ni famous dekat Pulau Pinang. Kalau orang Pulau Pinang mesti tahu punya. Kira salah satu tempat yang wajib korang terjah kalau pergi Pulau Pinang adalah untuk merasai cendol ni. Aku ada cerita dekat entri – Travelog Penang | Teochew Cendol Penang Road. Boleh je baca dekat entri tu.

Teochew Chendul

Aku tak nak dah cerita banyak dah. Korang tengoklah macam mana rupa Teochew Chendul ni. Terbaik tak? Meriah mangkuk dia dengan kacang merah dan cendol tu. Memang yummeh la jawabnya. Manis, lemak semua kira secukup rasalah. Bab harga tu semestinya mahal sedikit yang dijual di shopping complex berbanding di tempat asal iaitu di lorong Lebuh Keng Kwee tu. Apa ada hal kan kalau sekali sekala nak rasa.

Sekarang tak payah susah-susah dah nak pergi sampai ke Pulau Pinang tu kalau nak makan Teochew Chendul ni. Bagi yang duduk di lembah kelang, boleh je terjah The Mines ataupun Paradigm Mall kalau nak makan.

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Miracle Vitamins 4 November 2014 at 2:55 PM

    Dekat ja ngan umah ni. Kalau tak dapat nk makna cendol bakar, dapat makan cendol yg ni pun jadi la 🙂

    Reply
  • jari manis 3 October 2014 at 1:29 PM

    arghh.kalau begini rupanya nya memang hilang lah diet tu mana boleh tahan…tgk pun dh terliur..jauh nye nk cari..Penang nun jauh di sana

    Reply
  • sabree hussin 2 October 2014 at 9:42 PM

    berapa ringgit ni harga dia? nak datang sana makan

    Reply
  • Nadot 2 October 2014 at 6:49 AM

    rindu cendolll… huhu

    Reply
  • Strider 1 October 2014 at 2:41 PM

    oic..infact ini pertama kali aku dengar nama teochew chendul nie..even kat penang pun aku tak perasan ada kedai ini…

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • LydSunshine 1 October 2014 at 1:21 PM

    uih, mmg mewah betul dgn kacang merah. akak mmg paling suka kacang merah ni. senang la nak try.

    Reply
  • Mohd Norzali 1 October 2014 at 9:36 AM

    Den selalu juga pergi The Mines ni tapi tak perasan pula ada kedai Cendol ni. Boleh la cuba rasa penangan Teochew Chendul.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:48 AM

      Baru je lagi bukak ni bro. Sebelum ni takde. Hehe

      Reply
  • suri 1 October 2014 at 8:57 AM

    sekali layan nak lagi lepas ini boleh admin layan perasa abc pula

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:47 AM

      ABC belum cuba lagi suri. Mungkin lepas ni boleh cuba ABC pulak.

      Reply
  • Ezad Skytech 1 October 2014 at 1:19 AM

    alahai bro..memang boleh kecur air liur tengok cendol tengah2 malam ni…adehhh…HAHA

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:46 AM

      Tengah-tengah malam pun kecur air liur jugak ye. Hehe

      Reply
      • Ezad Skytech 8 October 2014 at 5:15 PM

        HAHA…cendol mana boleh ditolak bro…kih3

        Reply
  • gadisBunga 30 September 2014 at 11:42 PM

    Nama Chendul tu bagi saya agak kurang aura nak mencendol. Heheh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:46 AM

      Kenapa kurang aura pulak GB? hehe. Ala.. Janji sedapkan.

      Reply
  • rokiah 30 September 2014 at 11:18 PM

    alahai terliur…manalah nak cari kat johor ni..sure kena cari kat mines ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:45 AM

      Dekat Johor rasanya belum ada lagi cawangan cendol ni. Hehe

      Reply
  • blogger lelaki 30 September 2014 at 9:43 PM

    perghhh…memang nampak sedap cendol dia…tu belum rasa baru tengok gambar..nanti belanja la bro semangkuk

    Reply
  • JR 30 September 2014 at 7:27 PM

    Saya suka makan cendol dicampur pulut, kacang merah pula perlu banyak…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:45 AM

      Rasanya kacang merah ni dah memenuhi piawaian bro JR. Cuma bab pulut tu rasanya macam takda pulak.

      Reply
  • hazmanfadzil 30 September 2014 at 5:11 PM

    Tengok isi dan bahan dalam mangkuk macam menarik cuma kalau dapat makan masa cuaca panas lagi nikmat wooo……

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:44 AM

      Tak dinafikan memang menarik makan cendol waktu panas. Tapi dalam mall ni sentiasa sejuk jela jawabnya. Hehe

      Reply
  • akubiomed 30 September 2014 at 3:55 PM

    Tak dapat nak bayangkan nikmat merasa Teochew Chendul. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2014 at 10:44 AM

      Memang nikmat bro. Susah nak bayangkan. Hehe

      Reply
  • titan 30 September 2014 at 3:39 PM

    kena rasa gak nih. nak tengok leh lawan tak kesedapan cendol banting nih..hoho..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 3:44 PM

      Try la bro. Cendol banting tu pun dah lama aku tak makan. kecik2 dulu makan masa dekat kaki lima lagi cendol banting tu.

      Reply
    • blogger lelaki 30 September 2014 at 9:44 PM

      tu dia pemakan cendol no.2 di banting sudah mai

      Reply
  • eriqueetiqaz 30 September 2014 at 3:25 PM

    perghhh sekali pekena mmg xhingat nih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 3:44 PM

      Haha. Ni gara2 asyik teringat je ni.

      Reply
  • Mrs. A 30 September 2014 at 12:21 PM

    Kalau kat Seremban pulak famous dengan Cendol Songkok Tinggi. Bila ada satu mangkuk sure tak cukup punya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 12:22 PM

      Alamak.. Nak kena cari ni. Haha. Famous kerana songkok pulak ye.

      Reply
  • ewanthology 30 September 2014 at 10:57 AM

    saya klu order cendol selalunya mintak jagung lebih 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 12:22 PM

      Ikut citarasa masing-masingkan bro. Ada yang nak jagung, kacang, pulut.

      Reply
  • yui 30 September 2014 at 10:51 AM

    tgk pun nmpk menyelerakan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 12:24 PM

      Kalau rasa lagi la berdouble sedap. Hehe

      Reply
  • hafidzramli 30 September 2014 at 10:46 AM

    Salam Hormat.
    Kalo Teochew Chendul buka kat JohoBaru memang lagi cun la 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 12:24 PM

      Mungkin lepas ni sampai dekat JB pulak cendol ni kalau ada permintaankan.

      Reply
  • 4feet8 30 September 2014 at 10:35 AM

    isinya kacang merah sj ke min?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 10:37 AM

      Ada je yang lain rasanya Ha. Tapi ni min mintak cendol biasa je.

      Reply
  • Ismail N 30 September 2014 at 10:16 AM

    Panas-panas mmg sodap layan cendol. Tapi dalam kedai tu tak sejuk ke bro?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 10:38 AM

      Dalam kedai tu memang sejuk bro. Aircond. Hehe. Tapi dalam tekak ni yang panas ni.

      Reply
  • suri 30 September 2014 at 9:54 AM

    cuaca panas sedap juga melayan benda sejukkan anak tekak ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2014 at 10:38 AM

      Memang layan ni suri. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Kipas Mesin Rumput

By Hazmin Hamudin

Proton Tuah Sudah Berada Di Jalan Raya !

By Hazmin Hamudin

Gambar Sekitar Himpunan Hijau Ke Putrajaya Di Stadium Darul Aman

By Hazmin Hamudin

Peringatan – Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek

By Hazmin Hamudin

Keputusan Penuh Perlawanan Indonesia vs Malaysia SEA Games 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in