• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Luahan Rasa / Sandiwara Cinta By Repvblik (Cover)

Sandiwara Cinta By Repvblik (Cover)

By Hazmin Hamudin | 1 October 2013 | 58 Comments

Sandiwara Cinta

Hari ni mood entri layan perasaan. Sekali sekala melayan perasaan sendiri apa salahnya. Kalau bukan diri sendiri nak layan siapa lagi. Nama pun blog personal, sekali sekali kena letak jugak entri macam ni.Dekat luar, depan-depan, orang boleh tengok aku gelak-gelak. Memang orang tak pernah nampak aku sedih. Aku sendiripun susah nak tunjuk ‘jiwa kacau’ depan orang lain.

Hakikatnya, aku sendiri je yang tahu apa yang aku rasa. Aku sendiri je yang lalui semua tu. Sandiwara apa semua ni pun aku tak tahu. Sampai ke sudah aku tak tahu cerita yang sebenar. Memang teruk aku terkena. Biarlah aku je yang tau. Takpa la. Biar Allah je yang balas segala perbuatan mereka-mereka itu.

Bila dah mood layan jiwa beberapa hari ni, maka jadilah video klip dekat bawah ni. Aku main gitar tak sehebat artis YouTube yang lain. Setakat nak dengar sorang-sorang dalam bilik boleh la. Kalau ikutkan aku tak nak public kan video klip ni, tapi tak boleh play pulak. Takpa la, bukan aku nyanyi pun. Memang suara aku tak sedap. Nasib tak nampak muka Kalau tak nak tekan play, boleh terus baca lirik je. Kalau nak komen pun boleh. Dipersilakan. Nak muntah hijau pun dialu-alukan. Haha.

httpv://www.youtube.com/watch?v=Boj_jUB9vgA&feature=youtu.be

Sandiwara Cinta By Repvblik

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • hanari 7 October 2013 at 5:56 PM

    lagunya sangat mengena sekali untuk orang yang sedang sakit hati

    Reply
  • Khairul Zamri 2 October 2013 at 10:27 PM

    ini lagu sangat buat den sakit hati haha

    Reply
  • Naziman Azlye 2 October 2013 at 12:24 PM

    Bro yang nyanyi ka tu atau bro cover gitar ja? Sebab ada suara sedap dan lembut tapi tenggelam dengan bunyi gitar.

    Reply
  • JR 1 October 2013 at 10:10 PM

    Masa kat sekolah dulu saya selalu menyanyi kat pentas. Kalau ada pertandingan menyanyi memang suka ambil bahagian, tapi tak pernah jadi juara, paling baik pun nombor tiga..Sekarang dah tak ambil pusing sangat pasal muzik, mungkin faktor umur kot…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:29 AM

      Pergh. Hebat jugak bro JR menyanyi. Saya memang tak pernah nak naik pentas ni. Perasaan malu tu tebal sangat. Haha

      Reply
  • 4feet8 1 October 2013 at 9:59 PM

    eh, sedap apa suara org yg menyanyi. bes dgr org petik gitar.. tapi tak reti nak main.. enty ni, baca siang td lagi. tapi sbb kat office tak boleh buka utube..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:29 AM

      Tak nyanyi la. Malu je. Hehe. Bestkan dengar orang main gitar. Tapi ni simple2 je pandai. Jadilah kan buat dengar sendiri. Hehe.

      Reply
  • Rizkyzone.com 1 October 2013 at 9:23 PM

    ini dari indonesia yah sob, saya juga malah ngefans banget sama penyayi youtube asal malaysia Qaisara Syafiza yang nyanyi lagunya ST12 Putih-putih melati ( cover ), sudah cukup-cukup sudah (nirwana), sama Wani yang nyanyi lagunya tegar (Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang – cover Wani)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:27 AM

      A’ah. Lagu dari Indonesia ni. Nyanyian kumpulan Repvblik.

      Reply
  • Anim 1 October 2013 at 9:16 PM

    lama kak tak dengar lagu jiwang2 ni…best gak ek..heee
    boleh tahan suara…:-))

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:27 AM

      Hehe. Sebab lagu ni sedap tu yang terlayan tu kak.

      Reply
  • ajumohit 1 October 2013 at 7:09 PM

    kesiannya ngapelah arini melayan perasaan ni? 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:26 AM

      Huhu. Tak boleh tahan dah kak.

      Reply
  • sharinginfoz 1 October 2013 at 6:52 PM

    layan jangan tak layan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:26 AM

      Haha.. Memang layan.

      Reply
  • encikarman 1 October 2013 at 6:43 PM

    terkenang aweks lama ke?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:26 AM

      Haha. Jauh tersasar tekaan tu.

      Reply
  • papa mifz 1 October 2013 at 5:06 PM

    den dulu pernah jugak belajar main gitar dengan kawan , tapi tak teruskan macam susah jer…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:26 AM

      Saya pun main basic je ni PM. Susah jugak nak belajar kalau dah terlewat macam ni.

      Reply
  • azura 1 October 2013 at 4:00 PM

    not bad tapi suara tak dengar jelasla

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:25 AM

      Memang tak nyanyi pun. Hehe

      Reply
  • nurul yui 1 October 2013 at 3:57 PM

    kt sje yg tahu apa kt rasa =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:25 AM

      Betul tu. Nak cerita macam tak sesuai. Yang pasti memang sangat2 teruk.

      Reply
  • lizz 1 October 2013 at 3:41 PM

    layan jiwang ek…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:24 AM

      Lebih kurang la tu. Hehe

      Reply
  • wahida 1 October 2013 at 3:33 PM

    takpe, sesekali beremosi takpe nok…luahkan je…ekekek

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:24 AM

      Hehe. Tak boleh tahan dah. Terus terluah.

      Reply
  • titan 1 October 2013 at 1:58 PM

    hoho..jiwang plak dia..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:24 AM

      Haha. Jiwang tu harus ada sekali sekala.

      Reply
  • Nastyna 1 October 2013 at 1:39 PM

    owhhhh harus layan perasaan once in a while. I tak pernah dengar lagi kot lagu ni,nnt nak layan la.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:23 AM

      Layan lagu German ye? Hehe. Try la dengar. Layan jugak.

      Reply
  • hafizmd 1 October 2013 at 1:22 PM

    nampak macam layan jer ni, tp ambe kena layan malam ni…

    amik feeel dulu..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:23 AM

      Haha. Memang layan

      Reply
  • Nafira 1 October 2013 at 1:09 PM

    ehhhh.. ini lagu feberet saya sekarang nih.. bestkan!
    layan jer kalo dengar lagu nih masa drive..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:23 AM

      A’ah.. Memang layan lagu ni. Tu yang rekod tu. Hehe

      Reply
  • LydSunshine 1 October 2013 at 11:55 AM

    Jiwa kacau ke awak? Sabar tau. Semoga semuanya akan pulih sedikit masa nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:22 AM

      A’ah. Jiwa kacau. Kejap je nak pulih, sebab dekat luar orang memang tak nampak. Selalu gelak. Tapi cuma terkilan la.

      Reply
  • Mizz Aiza 1 October 2013 at 11:25 AM

    kita pun tengah sedih, dikhianati memang sangat menyakitkan.. hebatnya pandai main gitar, sayangnya tak dapat nak dengar sebab internet slow hari ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:21 AM

      Kalau kena tipu memang sakit hati. Apatah lagi kena tipu dari mula kenal lagi. Takda la hebat main gitar. Untuk sendiri dengar ok la.

      Reply
  • Irwan Alessa 1 October 2013 at 10:53 AM

    Hehehe buat cover tu.. dulu pernah buat cover, tau la orang kita ni kan tahu bash je.. hahaha.. Aku selalu juga men gitar dalam bilik, cuma bahagian bridge tu kalau bro plucking pun dah cukup ok.. Apa pun nice dah ni bro, kalau bagi sekali siap kod gitar aku bagi rating 5 bintang tuk entry ni.. Aku suka walaupun ada sedikit tergeliat sikit2 aku tak kesah.. aku pun macam tu jugak..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:20 AM

      Plucking dari dulu belajar tak pandai2. Punya susah. Haha. Last2 malas nak plucking dah. Asal sedap dengar dah. Memang ada terbabas sikit. Aku malas nak rekod balik. Hehe. Dah tengah malam.

      Reply
  • Henrietta Jose 1 October 2013 at 10:23 AM

    yang peting jga dri…orang yang kuat, adalah orang yg berjaya menyembunyikan kesedihan dia, demi membuatkan orang laen bahagia…

    Psss…bru bulan lepas start ngajar dia…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:18 AM

      Terima kasih.. 🙂

      Reply
  • t.a.t.a 1 October 2013 at 10:22 AM

    saya pun lebih suka simpan sendiri perasaan ini. tak perlu nak tunjuk pada orang lain. kalau dah tak tahan sangat, dan tertunjuk, itu lain cerita.

    kena kuat semangat. anak jantan kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:18 AM

      Memang kuatkan semangat ni. Teruk sangat terkena kali ni.

      Reply
  • lieyalatif 1 October 2013 at 9:55 AM

    alahhh akak tak leh tgk video tu…opis ni semua nak diblock nyer….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2013 at 9:56 AM

      Rugi2. Kena iktiarkan tengok kak :p

      Reply
  • Mus 1 October 2013 at 8:52 AM

    main gitar nilha saya failed… dari dulu ada belajar tapi tak praktis..
    layan juga bro main gitar tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2013 at 9:57 AM

      Biasa je tu bro. Tak pernah2 nak rekod, ni pertama kali rekod. Haha

      Reply
  • encikarman 1 October 2013 at 8:30 AM

    jiwang karat.. hoho

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2013 at 9:57 AM

      Haha.. Biasa la sekali sekala.

      Reply
  • blogger lelaki 1 October 2013 at 8:22 AM

    seriously..gua tak pernah dengar lagu ni..hu3..melayang jiwa ke bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2013 at 8:28 AM

      Famous sekarang ni bro lagu ni. Haha. Biasa la tu ada masa jiwa melayang ni.

      Reply
    • Irwan Alessa 1 October 2013 at 10:54 AM

      biar betik bro, lagu hot sekarang ni.. Pergh..

      Reply
      • Hazmin Hamudin 2 October 2013 at 8:17 AM

        Itulah pasal. Lagu tengah famous boleh pulak tak tahu. Hehe

        Reply
    • Naziman Azlye 2 October 2013 at 12:25 PM

      Sama la kita bro. Tak pernah dengar pun lagu ni. hahahaha

      Reply
  • Anuar 1 October 2013 at 8:03 AM

    Layan ffeling nampak pagi ni… Nak join layan sekali boleh?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2013 at 8:27 AM

      Boleh bro. Silalah ambik tempat. Haha

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Bila Masa Aku Masuk Master Chef ?

By Hazmin Hamudin

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin

Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2013

By Hazmin Hamudin

Lelaki Bujang Lebih Ramai Berbanding Wanita Bawa Kesan Negatif

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Lelaki Sedunia 2014

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in