Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan/keluhan orang-orang di sekeliling kita “cuaca buruk je akhir-akhir ni ye…” Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk ? Berapa ramaikah di antara kita yang mengeluh bila hari hujan ?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je…
- Alahaii… hujan lagii… Leceh la hujan ni…
- Tiap-tiap hari hujan… Susahlah macam ni…
- Payah nak buat apa-apa kalau hujan…
- Tak boleh balik lagi, hujan !
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik jika digantikan dengan doa.
“Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan, hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) oaran-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)”. (Al-A’raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
- Membersihkan udara
- Menyubur tanaman
- Membekal air ke empangan
Ini baru sedikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi kebaikan hujan yang tidak disenaraikan.
Kenapa orang selalu ‘bad mood’ bila hujan ? “Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni… ?” Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-oleh sinonim sungguh hujan dengan suasana muram atau tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita bila hujan turun, rahmat dilimpahkan kepada seluruh umat manusia. Sebab tu nabi pernah pesan, kalau hujan turun, doa mustajab. Sekarang ni hampir setiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa doa menjadi mustajab. Kenapa kita mesti lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka ? Amat rugilah kita.
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (Al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga, hari esok akan lebih baik… Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardu Ain lain pula ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihat firman Allah yang bermaksud :
“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya”. (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian air itu disimpan di bumi. Selama mana ? Itu semua RahsiaNya.
Semoga kita memperoleh pengajaran dan mengambil iktibar tentang apa yang disampaikan. Janganlah sekali-kali mengeluh atau merungut setiap kali Allah turunkan hujan kerana itu adalah rahmat dari Nya. Senantiasalah berdoa dan bersyukur dengan apa yang diberi oleh Nya.
terkadang saya suka merungut kalau datang hujan. ulasan ini memberi pandangan dan pemikiran yang lebih baik, Insya Allah saya tidak akan seperti itu 🙂
@нαηιмQαtяυηηα∂α
Betul tu..manusia tak pernah nak bersyukur dgn apa yg ada.. 🙂
@Eza Ridzwan
memang best kalau hujan.
tapi kita ni best sebab sedap tido..hehe..
wah…siap i <3 ujan lg..
Bila hujan merungut, panas pulak mengeluh.. Biasa la, manusia..
Besar betul kekuasaan Allah.. Sukatan hujan setiap tahun rupa2nya sama. Tak lebih, tak kurang..
Jom terjah:
Excuse Me……
akak suka betoiii klu hari ujan..
ihik!ihik!ihik!!
skang pon cuaca kat Putrajaya sedang hujan lebat..
abeh karpet yg dok jemoq pagi tadi..
tapi salah sendiri kan..
udah tau nak g keroje, yg g gedik jemoq wat pa..
gegege..
i ♥ hujan..