Sekarang ini perdagangan forex secara individu melalui platform elektronik semakin popular dan ia menjadi sumber pendapatan sampingan bagi kebanyakan orang. Fenomena ini disemarakkan lagi dengan perkembangan teknologi serta kemudahan akses internet di serata dunia. Masyarakat Islam umumnya dan di Malaysia khususnya turut terlibat dalam perdagangan forex secara online.
Namun, masih ramai umat Islam yang syak dan ragu-ragu tentang kesahihan aktiviti ini dari sudut syarak kerana beberapa faktor, antaranya kadar kerugian yang dialami oleh pedagang forex amat tinggi, ketidakpastian tentang operasi sebenar forex dan terdapat peruntukan undang-undang yang melarang pembabitan masyarakat Malaysia dalam transaksi forex kecuali melalui peniaga-peniaga yang diberi kuasa (authorised dealers) atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan atau peniaga-peniaga bukan bank yang terpilih sahaja.
Nampaknya segala persoalan mengenai halal haram perniagaan pertukaran wang asing ataupun lebih dikenali sebagai forex ini telah terjawab semalam oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Korang boleh baca di bawah ni untuk mengetahui jawapan tersebut.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasanya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabit penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Sumber: Berita Harian
nasiblah akk tk reti main semua benda alah ni ..
hazmin tolong akk menang ek ..tolong like dan mintak kawan2 hazmin like entri contest akk dalam blog denaihati tu .. terima kasih daun keladi ..
kalau reti mesti akak dah mainkan. yela.. benda buat duit..
ok kak, nanti saya tolong akak..
Kalau sudah diharamkan baik tinggalkan Forex ini.
memang sepatutnya macam tu la kan.. benda haram takkan nak buat lagi kan…
aku memang ta layan forex dari dulu..