Apasal la mata aku agak berat dan kuyu je hari ni. Kerja berlambak lagi ni mata oi… Jangan la kau terlena dibuai mimpi-mimpi indah di kala kerja berderet-derat menunggu giliran untuk diselesaikan… Parah dah aku ni… Baru pukul 11:00 pagi, bukannya 11:00 malam… Haish… Bak kata kawan aku, “Dah kurang vitamin badan u tu… Pergi la beli vitamin”. Betul ke dah kurang vitamin badan aku ni ?
Memang sejak kebelakangan ni badang aku sentiasa lemah-lemah je. Yela… Kerja dekat ofis dah berlambak… Tak cukup dekat ofis, ditapau pulak segala kerja tu untuk dibawak balik ke rumah… Bukan badan je lemah, otak pun dah naik stress aku rasa… Hadoi… Selagi belum tutup mata, kerja… kerja… kerja… Nak kena tunggu ‘tutup mata’ ke baru nak rilek aku ni ?
Di sebabkan perasaan mengantuk mula menjalar di segenap ruang mata aku, jom la aku kongsi sikit tip nak elak mengantuk. Kalau tak jalan jugak aku tak tahu la kan…
Tip Nak Elak Mengantuk
1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lontarkan padangan anda keluar seketika. (Mana aku nak cari tingkap ? Takkan nak masuk bilik pegawai plak. Ada tingkap pun pergi tinted tingkap tu… Lor…)
2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar. (Sampai rendam dalam air pun aku rasa tak hilang gak mengantuk aku ni… haish..)
3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat merangsang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai mint dan lemon. (Mau sakit hidung aku rasa kalau aku letak wangian ni…Hahaha…)
4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat merangsangkan syahwat dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda. (Speaker pun takda dekat pc aku ni… FAILED)
5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula. (Berjalan-jalan santai last-last dok melepak aku dekat meja orang… Tapi memang hilang ngantuk la cara ni.. Haha..)
6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.. (Kalau dah pandang keluar tingkap bukan pohon hijau yang aku nampak, tapi pohon batu je keliling ofis… KLCC la… menara AmBank la… FAILED again)
p/s : Tak tahu la aku mujarab ke tak tips ni… Kalau dah mengantuk tegar tu buat macam mana pun tak hilang jugak. Tidur jela jalan penyelesaian yang terbaik. Apa-apa pun boleh la cuba cara yang dicadangkan dekat atas tu. Mungkin berblog cara terbaik untuk hilangkan mengantuk ?
Terjah dari blog Puan Bee..:)
Mmg kalau dah ngantuk tu wat apapun tak jalan..hehee
salam hazmin akk dah review blog hazmin yer 🙂
http://puanbee.com/segmen-puanbee-review-blog-hazmin/
pada yg merokok tu….pun boleh..
mesti hilang juga rasa mengantuk..
* folo ur blog..***236
@нαηιмQαtяυηηα∂α
pas dah abis makan terus tertido..hehe :p
Part basuh muka tu kita sama =) Rendam la camne pun, tetap ngantuk gak.
Nak tambah:
Makan gula2/chewing gum. Takkan la sambil makan dua benda tu boleh tetido kot..?
ngantuk jugaa! zzzz
heheh
singgah click nuff pat sini 🙂