Dah lama juga aku berblog ni. Sejak akhir tahun 2010 sampai la sekarang masih lagi memerah idea untuk menulis entri. Dekat empat tahun dah. Walaupun ada pasang surutnya, tapi blog ni masih lagi hidup. Rasa sekejap je masa berlalu.
Kalau duduk rumah selama empat tahun tanpa kemas apa-apa boleh bayangkan tak betapa bersepahnya isi rumah tu dengan segala macam sampah sarap. Macam tu jugaklah aku rasa dengan blog ni. Aku rasa dah tiba masa aku nak buat operasi pembersihan dekat blog pulak.
Selama hampir empat tahun ni kadang-kadang aku rasa ada jugak entri yang tak berfaedah aku pernah tulis dulu. Maklumlah masa baru-baru berjinak dengan blog ni masih lagi mencari rentak dan identiti. Blog pun bercelaru sekejap jadi blog berita, kejap jadi blog hiburan dan kejap jadi blog segmen.
Entri hiburan yang bersifat gosip lebih menjadi tumpuan untuk aku delete. Maklumlah semasa zaman blogger hingusan dan lebih suka kejar trafik, entri macam tu yang menjadi makanan blogger yang mabuk trafik ni. Tapi itu dulu la. Kurang didikan lagi. Bagi aku, memang takda kepuasan langsung buat entri macam tu. Dosa keringpun boleh dapat percuma kalau sebar benda yang tidak pasti ataupun tidak betul.
Aku lagi suka blog ni berkisar tentang kisah hidup atau apa sahaja cerita yang berlaku disekeliling aku. Senang cerita aku lagi suka blog peribadi atau lifestyle ni. Walaupun trafik ciput je, tapi lagi puas berkongsi cerita dengan pembaca ni.
Lepas ni entri blog ni akan berkurangan la sikit. Takpa. Yang penting kualiti daripada kuantiti yang merapu. Tu pendapat aku la. Kalau korang nak kejar trafik, tu ikut suka hati korang la.
betul tu bro…biar entry sikit tapi ia entry berkualiti..aku pun tengah cuba mendidik diri utk tulis something berguna daripada merapu membuang masa..hehehe
Regards.
-Strider-
masa mula2 berblog dulu tu biasa la buat entri mengarut je kan…bila da lama berblog baru sedar…aq pun da lama tak buat operasi besar-besaran ni…huhu
Bagus2.. blog peribadi lagi best nk baca kot..hehehe
Yela kan. Cerita hal sendiri dekat orang lain lagi best. Ada juga benda yang nak dikongsikan.
Yup setuju..
MJ pun nak kena tengok entry2 lama kot2 ada yang terpesong
Itulah. Ada masa kena buat audit dekat blog sendiri jugak MJ. mana tau ada entri yang tak patut dibuat ke kan. Hehe
Bagus tu dan berwawasan. Looking forward utk membaca nukilan2 yang lebih berkualiti dan berinformasi. Selamat maju jaya.
Terima kasih bro. Lepas ni takda dah cerita hiburan lagi rasanya. Hal diri sendiri jela banyak agaknya.
Alahaiii rajin nye..sis pun lama tak buat operasi besar-besaran ni…banyak sungguh yang harus di perbetulkan dan dibuang…
ummm rajin2 nanti buat le..:)
Sebab banyak sangat entri merapu dan mengarutkan sis. Hehe. Nak tak nak kena buat juga.
asal saja kita sendiri seronok dengan apa yang kita buat
dan
tak menyusahkan/mengguris hati orang lain
betul tu cikgu. Asalkan datang kepuasan dekat penulis dan tidak mendatangkan dosa sudahkan.
salam
sy teringat jugak ms zaman berblog n kejar trafik dulu..
skang ni lbh pentingkan kepuasan berblog….
Betul tu ibu. Kalau yang mula berblog tu memang tak lari dari kejar trafikkan. Tapi tu dulu la.
saya tulis je apa yg nak ditulis… trafik tu blkg kira since saya bukan fulltime blogger yg cari duit dari blog. sekadar kepuasan dan aktiviti masa lapang..
Betul tu bro. Boleh je nak tulis apa saja asalkan bukan yang mendatangkan fitnah dan dosakan.
Blogging ni dapat asah kreativiti kita. Kasi otak berjalan sikit. Dari duduk termenung takda buat apa-apa, menulis ni ada juga menjana akal kita supaya dapat berfikir dengan lebih efektif.
Betul tu bro. Dengan blogging ni boleh baiki cara penulisan kita. Boleh jugak ajar bahasa melayu yang betul. Aku memang tak guna bahasa SMS dekat sini. Sikit-sikit tu ada la kan.
Menulis ni merangsang minda.
Baguslah ada blog sendiri. Asah skil menulis.
BUkankah tinta itu lebih tajam dari mata pedang
Itulah. dengan blog ni lah boleh perbaiki penulisan kita. Dari tak baik kepada baik. Jangan terus jadi tak baik dah la. Hehe
ok gak tu, baru puas hati.
mcm baru baru ni bila MH17 ditembak jatuh, semua blog buat entry pasal tu, isi kandungannya sama je…copy paste.
Tu sebab nak kejar trafik. Nak buat boleh, tapi jangan lah copy bulat2 kan bro. Ni benda semua sama je.
wow! dah lama juga bro berblogging..tak pe bro..buang sahaja mana yang keruh (tak bagus)..saya juga ke arah perkara yang sama ..cuma nak cari niche dan keyword yang power supaya trafik konsisten walaupun tak banyak sangat.
Itulah. Dalam tak sedar, dah dekat empat tahun berblog. Tak tahu lagi sampai bila ni. Wah, nampaknya bro kena main SEO la ni kan.
entri dalam blog puteri bercampur aduk…ikut pada mood ketika mengupdate ๐
Entri rojak takpa puteri. Jangan entri bergosip ni. Hehe
gua lebih banyak mengarut aje dalam blog gua. haha
Mengarut tu gua suka. lagi best dari gosip.
betul tu, lagipun buat apa nak kejar traffik kan, dedulu mmg cenggitu, smpi stress jadinya bila traffik ciput je
Hehe. Jangan stress sangat kak.. Sebab tu malas dah nak kejar trafik. Kepuasan takda. Stress lagi yang dapat.
Betul tu delete jer… tak lah berpanjangan dosa kita menggossip orang…tetapi memang tak di nafikan berita dan entri gossip artis sangat orang suka…
Dah bergosip satu hal. Lepas tu sebab entri gosip kita orang lain pulak bergaduh. Dapat lagi tambahan dosakan bunda.
Bila bro tulis pasal ni.. barulah terlintas difikiran saya betul tu trafik bukanlah segala-galanya. Lagipun Mrs. A belum ada keberanian lagi nak buat GA.
Kalau trafik banyak, tapi tiada interaksi pun tak guna jugakkan. Takda kepuasan. Lepas tu cerita keburukan orang atau benda yang tak betul. Dosa pun dapat.
masa2 awal2 blogging pun mcm tu
rasa nak kejor trafik sampai copy paste berita bulat2
tp bila tau tujuan blog yg sebenar kita xda lah cam tu lg.. ๐
Betul tu bro Sop. Mula-mula berblog tu la kerjanya. copy paste sebab nak kejar trafik tiap hari. Sekarang ni tak kisah sangat dah trafik ni kalau tujuan tu dah ada.
Bagus jugak tu kurang dosa kering kan.hehe
Hehe. Benda-benda merepek gosip2 tak nak la melekat dekat blog ni lagi.
nk bersihkan pakai produk apa tu? ๐
Sabun pencuci daia. haha.
SA xde niche yang tetap…lebih kepada personal blog..sedang berjinak2 ke lifestyle blogger…hehehe
Apa beza personal dengan lifestyle blog ni SA? Ingatkan lebih kurang sama.
saya blog peribadi ..hehehe.. diri saya pun adalah peribadi ..hahaha
Blog peribadi, kisah peribadi ok. Jangan blog bergosip. Hehe
in shaa Allah tak ada gossip gosiip ..hehehe
Huhu..terbaiklah..semoga aktiviti pembersihan ini akan dipermudahkan..biasalah kan..masa mula2 blog memang macam tu kan?
Itulah bro. Mula-mula berblog memang merapu meraban je tulis. Nak kejar trafik punya pasal la tu.
Delete…jgn tak delete. Rasanya nak buat jugak operasi pembersihan. Nak buang mana yg tak berkaitan.
Hehe. Jom membersihkan apa yang patut ramai-ramai. Untuk kebaikan masa depan.
Kuantitas vs Kualitas. Tidak mudah mengejar keduanya bersamaan. Harus memilih.
Itulah. Harus memilih yang mana lebih penting dan menjadi keutamaan.
Bukan sebarang pembersihan tapi utk kebaikan apa salahnya..
Itulah kak. Benda-benda yang tak berfaedah macam tu nak dihapuskan. Hehe
Yup..trafik bukan segala-galanya. Sis pun ada buat pembersihan awal tahun ni. Penting untuk jadikan penulisan kita sebagai wadah untuk mendorong orang lain berfikir,kalau pun tak mampu untuk merubah ๐
Itulah sis. Kalau nak kejar trafik sangat, memang merapu jadinya. Hehe. Tak pasal2 nak kena bersihkan balik.
Selamat membersihkan blog. Hati-hati jangan sampai banyak broken link kerana entri lama telah dihapuskan.
Broken link tu yang merisaukan sebenarnya. Tapi takpa la. Rasanya entri tu banyak yang tak berfaedah. Lebih baik dihapuskan saja.
Biasa kalau baru berjinak dalam blog memang entri agak merapu. haha, kadang-kadang malu nak tengok balik post yang lepas. haha
Betul la tu bro. Tah apa2 yang ditaip dulu2. Malu nak tengok balik.