• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gambar Menarik / Rumah Paling Sempit Di Dunia

Rumah Paling Sempit Di Dunia

By Hazmin Hamudin | 6 July 2011 | Leave a Comment

Rumah Paling Sempit Di Dunia

Ada ke yang tak suka rumah ataupun kediaman yang terlalu luas ? Macam pelik je pulakkan bunyinya. Kalau ada, mungkin anda boleh menimbangkan untuk tinggal di rumah paling sempit di dunia. Sebuah kediaman yang dilengkapi dengan bilik tidur, ruang istirehat, bilik mandi, dan dapur bakal didirikan di ruang yang hanya berkeluasan 152.4 sentimeter (cm).

Rumah setinggi empat tingkat itu berukuran kira-kira 12.1 meter bagi memuatkan sebuah bilik bagi setiap tingkatnya. Ia akan dibina di satu lorong di antara bangunan lama dan menara di Warsaw, Poland. Rumah ini terlalu sempit sehinggakan arkiteknya terpaksa menggunakan tangga terdisional yang melekat didinding.

“Saya melihat ruang kosong itu dan fikir ia perlu diisi. Ruang itu akan digunakan oleh seorang artis,” jelas arkitek, Jakub Szczesny. Ia akan menjadi rumah paling sempit di dunia apabila siap nanti.

Penghuni pertama yang bakal mendiami rumah itu ialah seorang penulis dari Israel, Etgar Keret selepas ahli sejarah Britain, Norman Davies menolak peluang untuk tinggal di sana.

Sebelum ini, rumah paling sempit di dunia ialah The Wedge yang dibina di Pulau Great Cumbrae, Ayrshire Scotland. Bahagian hadapannya cuma seluas 119 cm, manakala panjangnya mencecah 6.7 meter.

Ia kemudian dijual pada tahun 2000 sebagai rumah percutian pada harga AS$43,500 (RM130,824).

 

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

By Hazmin Hamudin

Penutupan Jalan Dataran Merdeka Sempena Perhimpunan Bersih 3.0

By Hazmin Hamudin

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 Kali Ke-53

By Hazmin Hamudin

Gambar Bulan Madu Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Di New York

By Hazmin Hamudin

Caroline Juara Mentor 6

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in