• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Google Doodle / Google Doodle | Meraikan Terjunan Payung Terjun Yang Pertama

Google Doodle | Meraikan Terjunan Payung Terjun Yang Pertama

By Hazmin Hamudin | 22 October 2013 | 40 Comments

Google Doodle Payung Terjun

Hari ni rupanya merupakan ulang tahun terjunan payung terjun yang pertama kali dilakukan pada 22 Oktober 1797. Bersempena dengan peristiwa sejarah ini, Google telah membuat doodle khas untuk memperingati peristiwa ini. Terjunan payung terjun yang pertama kali ini dibuat oleh André-Jacques Garnerin dari belon hidrogen pada ketinggian 3,200 kaki di atas Paris.

Apa itu Google Doodle? Google Doodle adalah perubahan yang dibuat ke atas logo Google untuk meraikan hari cuti, ulang tahun dan adakalanya untuk memperingati kehidupan artis dan ahli sains yang terdahulu. Penciptaan Doodle ini adalah untuk memeriahkan lagi laman utama Google dan memberi senyuman kepada pengguna Google di seluruh dunia. Google Doodle berbeza mengikut negara domain Google kerana peristiwa penting tidak sama untuk sesebuah negara.

Payung Terjun

Payung terjun (Parachute) merupakan satu alat yang digunakan bagi memperlahankan pergerakkan sesuatu objek melalui atmosfera dengan mewujudkan daya seretan. Payung terjun dibuat daripada kain, kebanyakan adalah nilon.

Perkataan “parachute” berasal dari bahasa Perancis dengan awalan perkataan Greek Purba “para”, bermaksud “menentang” atau “melawan” di dalam bahasa Greek Purba, dan “chute”, merupakan perkataan Perancis bagi “jatuh”. Oleh itu “parachute” sebenarnya bermaksud “menentang kejatuhan”.

sumber: wikipedia

Ada tak dikalangan korang yang ada pengalaman melakukan terjunan payung terjun ni? Aku memang takda keberanian lagi nak buat terjunan payung terjun ni. Gila tinggi kot. Memang kental la kalau korang berani nak buat. Hehe

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Wir Amir 28 October 2013 at 11:40 PM

    Teringat satu masa dulu ada payung terjun terhempas di tengah2 pekan sitiawan…..meninggal pemayung tu…..

    Reply
  • AUC 28 October 2013 at 10:13 PM

    memang goole cukup perihati dgn perkembangan ni, mcm2 dia raikan dgn treadmark tersendri..

    Reply
  • ch000tz 28 October 2013 at 12:32 PM

    ohoooooyyyyyyyyyyyyyyyyy 😀 kembali beraksi tiba² hahahaha

    Reply
  • syazana zainn 28 October 2013 at 9:50 AM

    Teringin nk buat. Tp x de kesempatan
    Jommmmmmm :p

    Reply
  • syazana zainn 28 October 2013 at 9:49 AM

    Teringin nk buat. Tp x de kesempatan
    jommmmm :p

    Reply
  • hafizmd 27 October 2013 at 2:59 PM

    Mmg ada keinginan nak buat. Masih ada lagi simpan impian ni…hohoho

    Reply
  • Neu 26 October 2013 at 11:00 AM

    aku gayat tempat tinggi-tinggi ni bro.. sukan ni bukan unt aku 🙂

    Reply
  • kakiblog 25 October 2013 at 2:17 PM

    terjunan payung terjun sesuai untuk mereka yang berjiwa berani dan lasak..

    Reply
  • tiha 25 October 2013 at 1:57 PM

    tak penah lagi terlibat dgn dunia terjunan ni..huhuh

    Reply
  • kak ina kl 25 October 2013 at 7:29 AM

    tak pernah lagi merasa nak naik payung terjun..lagi pun penakut mana leh buat tu semua kan

    Reply
  • Farid Adam 25 October 2013 at 6:30 AM

    setiap kali bukak web search google tu, mesti tertunggu-tunggu ape la doodle yang nak tunjukkan kali ini…memang sangat kreatif!

    Reply
  • papa mifz 24 October 2013 at 7:26 PM

    ulang tahun payung terjun pun ado yer…hehe

    Reply
  • LydSunshine 24 October 2013 at 11:54 AM

    Sama la.. akak pun takut nak naik parachute ke, bungee jumping ke, rock climbing ke lebih2 lagi sky diving. Mmg aku rela tido je kat umah. Heeh… Banyak ye perkataan inggeris ni dicedok dari bahasa france dan greek.

    Reply
  • Cikgu Hairul 24 October 2013 at 10:12 AM

    Secara tak langsung, google memberi ilmu baru buat penggunanya. Ada la jugak pengetahuan sikit..

    Reply
  • azura 24 October 2013 at 9:37 AM

    terjunan ke turjunan atau terjunam

    Reply
  • Anak Askar Pencen 24 October 2013 at 8:12 AM

    Terjunan ni bukan semua orang berani nak buat. Kalau jenis gayat memang tak mampu la nak buat.

    Reply
  • Mohd Shubhi Abdul 23 October 2013 at 10:45 PM

    Ingatkan bro yang sambut ulangtahun terjun tadi…dah nak respect dah tadi…hehe

    Reply
  • 4feet8 23 October 2013 at 7:47 PM

    first time tgk masa kat stadium merdeka. event polis rasanya. Tapi tak ingat tahun bila. Rasanya 1988 kot..

    Reply
  • ema 23 October 2013 at 4:34 PM

    tak pernah lagi..tapi tak akan buat kot..tak berani..

    Reply
  • Irwan Alessa 23 October 2013 at 2:05 PM

    Fuhhh aku takut tinggi.. serius beb.. hahaha

    Reply
  • akubiomed 23 October 2013 at 1:40 PM

    Dapat lakukan aksi Bungee Jump pun jadilah. 🙂

    Reply
  • wazy 23 October 2013 at 1:30 PM

    kalau diberi peluang memang teringin juga nak cuba

    Reply
  • Nafira 23 October 2013 at 12:06 PM

    oohhh.. tidakkk.
    naik bangunan 18 tingkat pon dah rasa gayat.
    hahahahaha.

    memang x terjun sampai kesudah lah jawabnye. 😛

    Reply
  • kamsiah 23 October 2013 at 11:44 AM

    ooo…thanks atas info yg diberi…buka2 google kelmarin,nampak kelainannya…

    Reply
  • JR 23 October 2013 at 11:04 AM

    Saya pernah terjun masa darjah 6, kerana terjunnya terlalu tinggi bila balik rumah kena rotan dengan ayah. Mana tak tinggi, selalu periksa dapat nombor 10 ke bawah, tapi kali itu dapat nombor 20 ke atas, memang terjun tinggilah tu…..

    Reply
  • blogger lelaki 23 October 2013 at 10:49 AM

    menarik info ni..

    Reply
  • tempoyak 23 October 2013 at 1:17 AM

    nice… try main2.. hehehe

    Reply
  • adikensem 23 October 2013 at 12:42 AM

    Hoooo..baru tahu kenapa google buat nih…tak pernah buat terjunan payung terjun ni tapi macam best…hehe

    Reply
  • Azman Ismail 23 October 2013 at 12:27 AM

    Kalau dibayar 1 juta sekali pon,mmg tanak cuba payung terjun ni,gayat sangat hahaha

    Reply
  • Rizkyzone.com 22 October 2013 at 11:14 PM

    tapi gambar kecilnya kok bukan penerjun payung yah mas, kok malah dokar / kendaraan bermesin kuda gt

    Reply
  • ajumohit 22 October 2013 at 7:35 PM

    owh baru tahu tentang info ni, tak perasan ada game kat doodle tu

    Reply
  • Anim 22 October 2013 at 6:12 PM

    zaman kak dulu, kami buat “parachute” dengan batu dan beg plastik balik pasar tu…hee..

    p/s kak berani nak buat terjunan tapi cik abang lak tak bagi..:-))

    Reply
  • suriaamanda 22 October 2013 at 6:04 PM

    ohooo…SA baru tau…sebelum ni x tau pun…

    Reply
  • TehR 22 October 2013 at 4:42 PM

    dah cuba juga main game google doodle tu semalam
    tapi sayang tak ada markah/point

    Reply
  • zool 22 October 2013 at 4:20 PM

    google ni memang prihatin.. pasal terjunan payung terjun pertama pun diorang tau….
    mungkin satu hari nanti diorg buat google doodle untuk meraikan hari pembukaan blog ini. hehehe

    Reply
  • hafiz 22 October 2013 at 3:34 PM

    Oo tak perasan plak doodle ni

    Reply
  • suri 22 October 2013 at 2:59 PM

    ada perasan terklik pula pastu nampak payug tu naik hee nak tahan tak boleh payung terjun tu dah makin tinggi..erk..

    Reply
  • Zali 22 October 2013 at 1:17 PM

    Memang tak berani nak buat. Kalau flying fox tu mampu la haha.

    Reply
  • Mus 22 October 2013 at 1:00 PM

    info yang menarik..

    Reply
  • Joe 22 October 2013 at 12:06 PM

    Aku pernah buat flying fox je sebelum nie… Tunggu la nanti dah ade cukup duit, blh buat sky diving pulak

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

By Hazmin Hamudin

11 April Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong

By Hazmin Hamudin

Jeruk Madu Pak Ali, Sungai Nibong

By Hazmin Hamudin

Makan Tengah Hari Blackpaper Chicken With Rice

By Hazmin Hamudin

Sos Jenama HP Souce dan Tabasco Ada DNA Babi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in