Cuti hujung minggu sepatutnya boleh digunakan dengan sebaiknya untuk mengupdate entri di blog dengan banyaknya. Sehari suntuk duduk di dalam bilik menghadap komputer sehingga menyebabkan blog menjadi lebih penting daripada makan dan minum. Ada ke orang yang berblog sehingga terjadinya penyakit seperti ini kepada mereka ?
Sebaliknya, aku tidak dapat menggunakan masa tersebut untuk mengupdate blog. Hari Sabtu lepas aku kena bertugas di Pameran & Persidangan Komoditi Antarabangsa Malaysia (MICCOS) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. (Punyalah skema ayat aku). Aku rasa ramai yang tak tahu apa sebenarnya MICCOS ni kan. MICCOS ni adalah acara perdana dalam sektor komoditi negara yang diadakan secara dwi-tahunan yang menemukan para penggiat industri utama serta usahawan dalam sektor komoditi negara yang merangkumi minyak sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sagu.
Boleh tahan ramai jugaklah orang yang datang ke pameran MICCOS ni. Dah macam MAHA je aku rasa bila jejak kaki ke MAEPS. Majoriti yang aku tengok kebanyakkannya adalah orang-orang kampung yang terdiri daripada pekebun-pekebun kecil. Budak-budak sekolah pun ramai jugak yang datang. Tak payah nak cakap banyak atau membebel panjang, jom la layan gambar-gambar masa MAEPS hari Sabtu hari tu (Aku mana pernah membebel panjang dalam entri aku selama ni kan).
Aku rasa bahagian ni mesti bahagian yang paling disukai oleh lelaki-lelaki yang menyukai ‘gula-gula getah’ berbentuk binatang pelbagai bentuk dan rupa. Terdapat juga ‘gula-gula getah ‘yang terdiri daripada pelbagai perisa dan rasa yang amat enak untuk dikunyah dan dihisap. Yang paling menarik dan kreatif aku rasa adalah ‘gula-gula getah’ ‘glow in the dark’, tapi aku tak sempat nak ambil gambar pulak. Korang bolehlah tengok sendiri gambar ‘gula-gula getah’ tersebut.
Macam mana dengan ‘gula-gula getah’ yang terdapat di pameran tersebut ?Haha… Mana tak lelaki suka benda tu kan. Memang pelbagai bentuk dah rupa kondom yang dipamerkan. Siap ada sampel free untuk pengunjung pada hari tersebut. Kebanyakan kondom tersebut adalah untuk di eksport ke luar negara. Memang terdapat saiz yang agak luar biasa la sikit. Siapa-siapa yang tak pergi tu mesti menyesalkan sebab boleh dapat kondom free… Hahaha… (Kelucahan melampau plak aku hari ni)