• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Jurukamera BERNAMA TV Noramfaizul Mohd Nor Maut Terkena Tembakan Curi

Jurukamera BERNAMA TV Noramfaizul Mohd Nor Maut Terkena Tembakan Curi

By Hazmin Hamudin | 3 September 2011 | 13 Comments

Jurukamera BERNAMA TV dan TV3

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BERNAMA TV yang terbunuh kerana terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam. Sebelum ini  pun ramai blogger yang turut mambantu untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Somalia yang hidup serba kekurangan ini. Tapi tak sangka pula misi kemanusiaan ni akan berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.

Selain jurukamera Bernama TV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan juga terkena tembakan dan cedera di bahu kanan. Pengorbanan besar yang dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia ini yang sanggup meninggalkan keluarga demi membantu rakyat Somalia patut dipuji.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama sedekatkan Al – Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.

Jurukamera BERNAMA TV terbunuh manakala jurukamera TV3 cedera selepas terkena tembakan curi penyerang tidak dikenali ketika pulang daripada membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam.

Mangsa, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditembak di bahu, manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil.

Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika (AU) tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa.

Kejadian jam 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu.

Mangsa terkena tembakan ketika berada dalam kenderaan terbabit sebaik tiba di depan hotel penginapan mereka.

Difahamkan, mangsa menginap bersama jurukamera dan wartawan televisyen Malaysia di sebuah hotel lain, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan wartawan media cetak serta sukarelawan misi berkenaan.
Mangsa cuba diselamatkan oleh doktor yang menyertai misi berkenaan, namun disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Wartawan Berita Harian, Nor Azizah Mokhtar, yang turut menyertai misi berkenaan ketika dihubungi malam tadi berkata, mangsa dikatakan sempat menghubu­­ngi ahli keluarganya di ibu negara sebaik ter­­kena tembakan itu.

Beliau berkata, setakat malam tadi tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Berikutan kejadian itu, semua sukarelawan dan wartawan akan dibawa keluar dari Mogadishu secepat mungkin menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kini berada di Seychelles yang mengambil masa tiga jam perjalanan untuk tiba ke ibu negara terbabit.

“Mengikut perancangan, semua anggota misi akan cuba dibawa keluar malam ini (malam tadi) tetapi keadaan sangat berbahaya dan semuanya bergantung kepada situasi semasa,” katanya.

Nor Azizah berkata, semua anggota sukarelawan lain dan petugas media kini dalam keadaan selamat dan diberikan kawalan keselamatan yang ketat oleh pasukan keselamatan.

“Kami semua dikumpulkan di hotel penginapan, tetapi tidak dibenarkan masuk ke bilik masing-masing,” katanya.

Misi kemanusiaan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama 55 sukarelawan terdiri daripada 18 doktor dan 17 pengamal media berlepas dari ibu negara pada 28 Ogos lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini.

Sumber

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • madammondoq 5 September 2011 at 12:58 PM

    salam takziah pada keluarga mangsa…

    Reply
  • izwannizam 5 September 2011 at 2:50 AM

    al fatihah.harap lepas ni apa2 misi,kena buat persediaan rapi.mana2 agensi berita memang wajibkan pakai topi & jaket kalis peluru.agensi kita aje tak wajibkan hal ini

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2011 at 7:45 AM

      harap peristiwa ni dijadikan iktibar oleh semua pihak.

      Reply
  • Pacifista 4 September 2011 at 1:58 AM

    al fatihah untuk si arwah.kesian tengok mak dia menangis kat tv3 tadi.maklum la,bulan syawal pulak tu.lagi la dia sedih…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2011 at 12:26 PM

      PM pun dah angkat di sebagai wira negara. kalau tengok gambar luka kecil ke dekat bahu.tapi bahagian dalam memang teruk.

      Reply
  • din 3 September 2011 at 2:42 PM

    kalau macam tu xpayah la hantar bantuan, biarkan je somalia tu susah!!!!!! xkenang budi langsung!!!!!!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2011 at 4:13 PM

      takpa la..yang penting kita ikhlas…

      Reply
  • W.R 3 September 2011 at 1:51 PM

    takziah pd keluarga mangsa, berita sedih di hari lebaran…al-fatihah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2011 at 2:32 PM

      Tu la…pergi untuk tujuan baik, tapi dibalas begitu..

      Reply
      • W.R 4 September 2011 at 4:37 PM

        “DIA” lagi maha mengetahui bro…

        Reply
        • Hazmin Hamudin 5 September 2011 at 7:44 AM

          tu la..semua tu dah ditetapkan…

          Reply
  • saifulhamdan 3 September 2011 at 1:12 PM

    Al-fatihah.Suatu pengorbanan nyawa demi keselesaan org lain.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2011 at 1:14 PM

      Al-Fatihah… Besar pengorbanan yang dilakukan…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Dan Video Kemalangan Maut Di Federal Highway

By Hazmin Hamudin

Cara Memujuk Perempuan Merajuk

By Hazmin Hamudin

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

By Hazmin Hamudin

24 Protokol Yahudi (Zionis)

By Hazmin Hamudin

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 Kali Ke-53

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in