• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Chicken Teriyaki SUBWAY

Chicken Teriyaki SUBWAY

By Hazmin Hamudin | 5 May 2013 | 17 Comments

Chicken Teriyaki SUBWAY

Tengah hari semalam aku mencuba hidangan sandwiches Chicken Teriyaki di SUBWAY. Kalau sebelum ni susah betul nak makan sandwiches SUBWAY ni disebabkan saiznya yang besar, tapi untuk cubaan kali ni terasa sedikit mudah pulak. Hehe.

Komen SUBWAY

Kunjungan kali ni sebenarnya disebabkan cadangan seorang blogger. Sejak blogger ni meninggalkan komen menyuruh aku mencuba Chicken Teriyaki SUBWAY, perasaan ingin mencuba Chicken Teriyaki dekat SUBWAY ni makin membuak-buak. Betul, aku tak tipu. Punyalah teringin aku nak makan Chicken Teriyaki ni. Lepas tu siap suruh aku cuba cookies White Chocolate Macadamia sebagai penutup. Lu memang terbaik bro. Buat gua teringin dekat sandwiches ni.

Chicken Teriyaki SUBWAY

Berbalik kepada sandwiches Chicken Teriyaki yang aku order ni. Kali ni aku dah tak nak main sumbat sayur/salad serta sos banyak – banyak. Pengalaman yang lepas banyak mengajar aku cara – cara untuk custom isi dalam roti ni. Cewah.. Sebelum ni aku main sumbat je semua. Maka, jadilah sandwiches yang besar akibat ketamakan aku. Kali ni aku letak apa yang patut je. Kira semenggah sikit la rupanya. Takda nak leleh – leleh sana sini dah. Nak masuk dalam mulutpun senang.

White Chocolate Macadamia SUBWAY

Ni pulak cookies White Chocolate Macadamia. Cookies ni termasuk sekali dalam set combo yang aku pilih. Cadangan aku cookies ni elok dimakan cepat dan tidak disimpan untuk dibawa pulang. Sebabnya cookies ni cepat masuk angin dan menjadi lemau.

Harga SUBWAY

Oleh kerana aku mengambil set combo, harga untuk sandwhiches Chicken Teriyaki ialah RM10.90 tak termasuk cukai. Set combo dihidangkan bersama air dan juga cookies yang boleh kita pilih. Set combo ni adalah untuk masa yang terhad sahaja. Jadi, bolehlah terjah restoran SUBWAY yang berdekatan sebelum terlambat. Kalau tak ambik set ni, harga Chicken Teriyaki tu mahal sikit aku rasa.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Khairul Zamri 7 May 2013 at 11:42 PM

    seriusly tak pernah pun makan subway, nanti nak try mintak2 bro yang belanja hahaa

    Reply
  • cik tom 7 May 2013 at 5:31 PM

    xpenah mkn lg subway ni..lalu je sb tgk burgernye super besar..hehe

    Reply
  • donnyien 7 May 2013 at 5:03 PM

    Nampak sedap bro, teringin nak cuba lepas ni

    Reply
  • akubiomed 6 May 2013 at 1:17 PM

    Belum pernah menu hidangan restoran Subway ini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:48 AM

      Boleh la bro try lepas ni. Mana tahu kena selera.

      Reply
  • blackrosehunter 6 May 2013 at 9:09 AM

    mak ai..meleleh air liur tgk..sedap tak bro?hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:48 AM

      Ok la. Bagi aku layan je SUBWAY ni. Hehe

      Reply
  • gamep01nt 6 May 2013 at 4:18 AM

    hah amacam brader?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 7:47 AM

      Haha.. Boleh la.. Harga set combo pun not bad.

      Reply
  • PerenLee 5 May 2013 at 4:27 PM

    Makanan sentiasa cantik di mata aku…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 9:26 PM

      Macam tu ko jangan tengok perempuan. Tengok makanan je. Haha

      Reply
  • titan 5 May 2013 at 3:22 PM

    bagi gua sikitlah ini kali…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 9:26 PM

      Boleh bro. Sambil pekena cendol banting pun alrite jugak.

      Reply
  • Hafizul 5 May 2013 at 12:55 PM

    Uishhh…sedapnya…tak pernah makan…haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 9:25 PM

      Boleh la rasa lepas ni bro. Hehe

      Reply
  • TehR 5 May 2013 at 11:55 AM

    nampak sedap tu
    mujur juga aku baru je lepas makan
    hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 9:25 PM

      Kalau lepas makan benda sedap pun tak lalu jugak nak makan. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Dah Dapat Akhirnya

By Hazmin Hamudin

Motivasi Di Pagi Hari… Hilangkan Stress…

By Hazmin Hamudin

Bas Ekspres Penuh DVD Lucah

By Hazmin Hamudin

Perkara Yang Lelaki Perlu Buat Apabila Wanita Datang Bulan (PMS)

By Hazmin Hamudin

Macam Mana Nak Hilang Telinga ?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in