• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Yang Islam Kena Tangkap, Tapi Cina Pula Bebas

Yang Islam Kena Tangkap, Tapi Cina Pula Bebas

By Hazmin Hamudin | 2 August 2014 | 20 Comments

Post by Utusan Online.

Biarlah korang nak cakap aku racis ke apa untuk entri kali ni. Tapi memang aku nampak ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem perundangan dekat Malaysia sekarang ni. Seolah-olah ada double standard terhadap kaum Malayu yang beragama Islam. Kalau nak ambil tindakan biar semua sekali kena tak kira kaum atau agama mana sekalipun. Baru adil namanya.

Ya, aku tahu benda ni melibatkan kaum dan macam racis bunyinya. Aku tak peduli selagi kaum Cina yang menghina Islam tidak diambil tindakan oleh pihak yang berwajib, selagi tu aku nak bersuara. Jangan isu Israel yang menindas umat Islam di Gaza sahaja yang kita nampak. Tapi isu Cina yang menghina Islam dalam negara kita tutup sebelah mata.

Penceramah bebas, Shahul Hameed M.P.H Seeni MD ditahan polis di rumahnya kerana dikatakan menghina kaum India dalam ceramahnya. Difahamkan ustaz Shahul Hameed sudah meminta maaf berkenaan dengan perkara itu dan mengakui kesilapan yang telah beliau lakukan. 

Kalau memang terbukti ustaz Shahul Hameed bersalah, aku tak kisah dia dikenakan hukuman. Tapi.. Tapi.. Aku nak tanya pihak berkuasa yang berkaitan. Kenapa kes pengguna Facebook yang bernama Kelvin Yip yang terang-terangan telah menghina umat Islam di negara ini sampai ke sudah tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Ini yang aku tak faham ni.

Kelvin Yip Hina Islam

Ya.. Memang mamat Cina ni dah minta maaf dekat Facebook dia. Tapi takkan semudah tu je minta maaf. Kalau macam tu senang la orang dekat Malaysia ni nak hina Agama. Lepas hina terus minta maaf balik dan tidak dikenakan tindakan. Wah.. Dah macam negara takda undang-undang pulak aku rasa. Isu Agama ni bukan boleh buat main-main tambahan pula Malaysia ni dihuni oleh pelbagai kaum dan Agama. Silap hari bulan boleh bergaduh sesama kaum jadinya.

Apa yang pasti, status Kelvin Yip ni pun dah mengguris umat Islam di Malaysia ni. Ini pun bukan kes yang pertama hina Agama Islam tapi tidak diambil tindakan. Aku malas nak cerita pasal cina dua orang Alvin dan Vivian yang senyap macam tu je. Hal si Kiki CDM25 tu pun laju pulak ambil tindakan. Ya, Kiki tu memang salah. Kiki pun dan mintak maaf. Yang ni pun salah juga. Jangan buat-buat tak nampak.

Memang orang Melayu dan Islam dekat Malaysia ni dijadikan bahan gurau senda kah? Tak kira apa bangsa atau Agama, aku nak benda ni diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Nak hukum biar adil.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • myliferia 7 March 2016 at 5:51 PM

    Dalam setiap perkara, keadilan itu adalah sangat penting.

    Nanti jemput join myliferia giveaway ye 🙂

    Reply
  • Ady C Effendy 4 August 2014 at 6:35 PM

    Tegakkan hukum yang adil.. tanpa pandang bulu..

    Reply
  • puan kutu 4 August 2014 at 4:00 PM

    Bagi muka Sgt,senang sungguh mitak maaf semua setel.sng byk la

    Reply
  • anies 4 August 2014 at 3:51 PM

    ni baru sorang…sbnr nyer ramai lg yg terlepas

    Reply
  • suriaamanda 4 August 2014 at 3:51 PM

    harap2 pihak berkuasa telus dalam penyiasatan mereka…

    Reply
  • Hafizul 4 August 2014 at 2:56 PM

    Emmm tu la..kalau nak fikirkan banyak juga mendanya..bukan isu ni sahaja..huhu..walau apa-apa pun, saya sayang malaysia..hahahaha

    Reply
  • Fiza Rahman 4 August 2014 at 2:55 PM

    Ok…dah jumpa apa yg dicari. Terpaksa besarkan kanta sbb nak baca status tu. Memang kongajar lah. Dan memang patut di amik tindakan.

    Reply
  • Syaifuddin Alias 4 August 2014 at 2:51 PM

    jgn terkejut bro .. iini lah Malaysia yg dicintai

    Reply
  • Bahrain 4 August 2014 at 11:23 AM

    Mungkin tak ada yang buat laporan pada balai polis. Saya yakin bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap isu ini. Tiada isu berat sebelah.

    Reply
  • Etuza 3 August 2014 at 9:07 PM

    kena adil baru bagus…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 August 2014 at 9:01 AM

      Betul tu. kalau adil takda siapa nak bising.

      Reply
  • Mohd Shubhi 3 August 2014 at 1:00 PM

    Kena tanya peguam negara nih… dan juga ketua polis negara..

    Reply
  • Zuan 3 August 2014 at 12:34 PM

    sejak zaman rappers cina (wan lee ek nama dia?) tu ak dah rasa pelik cara orng msia ni buat judgement.

    Reply
  • Hairul Hissam 3 August 2014 at 1:19 AM

    saya suka zaman tun mahathir bila media di kawal dan hasilnya keharmonian dijaga.

    Reply
  • Hero Borneo 3 August 2014 at 12:15 AM

    Dulu masa sekolah kami di ajar tak boleh hina agama orang lain..kalau buat ISA tangkap..dan sumbat dalam penjara tanpa bicara..mengapa tak ada undang-undang sehebat ISA untuk menakutkan orang supaya tidak timbulkan kekacauan dalam negara

    Reply
  • akubiomed 2 August 2014 at 11:48 PM

    Makin menjadi-jadi perkara yang mengeruh keharmonian rakyat berbilang kaum. Kenapalah sebelum Merdeka kita boleh bersama-sama berjuang menentang penjajahan. Sekarang ini pula timbul rasa kurang senang sesama sendiri.

    Reply
  • Mrsyatie 2 August 2014 at 10:13 PM

    Betul. PG pun memang perasan tentang ni. Melayu, Islam, cepat je nak judge. Susah, dan agak payah nak talk pasal ni kan. Kita yang melayu ni kadang fikir ‘sensitivity’ (ngam ke ejaan PG tu ;)) kemasyarakatan yg mmg kita jaga betul. Tp bagaimana pula dgn bkn melayu, lain agama? Wallahualam…

    Reply
  • puteri kasih 2 August 2014 at 10:00 PM

    sepatutnya kena ambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menghina agama..tak kisah dah minta maaf atau belum. Kalau tindakan tak diambil..nanti makin ramailah yang akan menghina lepas tu minta maaf.

    Reply
  • anamizu 2 August 2014 at 1:17 PM

    tu lah kan. bila kena org Islam dihina, buat x nmpak je.
    selalu dah camtu dari dulu lagi dah.. abah aku sllu ckp:

    “depa ni mmg. bila cina je buat, uihh xpe dah mntk maaf dah.
    sng ckp, kat Cina depa byr lima kupang. kalo kat islam depa
    byr sekupang je ibaratnya gitulah..”, kata abah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 August 2014 at 1:19 PM

      Betul tu. Bukan nak racis. Tapi dah tu realitinya. Kalau nak hukum, biar adil. Semua kena. Takda siapa nak marah.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Semak Keputusan PMR 2011 Melalui MySMS

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Mesin Taip Tulisan Jawi

By Hazmin Hamudin

Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 9 December 2012

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kereta Tamiya Tinggal Rangka

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1435H

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in