• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Meraikan Hari Lahir Aku

Meraikan Hari Lahir Aku

By Hazmin Hamudin | 27 February 2014 | 16 Comments

Tony Romas 1

Meraikan hari lahir aku? Dah besar-besar nak masuk 3 series ni bila nak meraikan hari lahir ni terasa janggal la pulak. Haha. Biarlah. Setahun sekali je pun. Korang pun mesti ada punya celebrate hari lahir ni kan. Cuma tak cerita dekat orang je.

Serius aku ni tak pandai nak sambut-sambut birthday ni. Dan aku jenis tak kisah hadiah bagai ni semua. Sekadar ucapan selamat hari lahir pun dah cukup dah bagi aku. Tapi dah orang nak raikan, nak bagi hadiah, takkan nak tolak pulakkan. Nanti kata tak hargai pulak. Bak kata pepatah ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’. Ambik ko dah keluar pepatah.

Semalam takda la nak raikan apa pun. Cuma keluar makan je dekat The Curve, Mutiara Damansara tu. Cukup la tu kan. Aku ambik half day semalam. Takkan nak stress hadap kerja dekat pejabat. Apa barang kerja. Haha.

Aku dah lama tak makan dekat Tony Romas ni. Bertahun dah kot. Antara tempat terbaik untuk makan ribs. Banyak tempat aku makan ribs, dekat Tony Romas jugak yang terbaik aku rasa. Bagi meraikan hari bersejarah sebelum usia mencecah 3 series, akupun menjejakkan kaki ke Tony Romas ni. Dah sah-sah la aku pesan ribs dekat sini.

Tony Romas 2

Ni pembuka selera dorang bagi sebelum makan. Free je roti ni. Makanlah dengan butter berherba tu. Bila dah lapar memang apa pun sedapkan. Roti macam tu pun boleh habis kejap je.

Filet Medallions and Bountiful Beef Ribs

Ni la rupa ribs yang aku order, Filet Medallions and Bountiful Beef Ribs. Nama bukan main panjang dan susah nak sebut pulak tu. Nampak sedap tak? Sila telan air liur wahai korang yang membaca entri ni. Dengan mash potato bercheese memang tambah selera lagi la. Abis diet aku semalam.

Ok, tadi tu untuk lunch. Bila dah puas berjalan sampai ke petang, perut sah-sah la lapar balik mintak untuk diisi semula. Kali ni makan dessert pulak dekat Dip n Dip. Korang pernah makan dekat Dip n Dip tak? Ni kali kedua aku makan dekat Dip n Dip ni. Dekat Dip n Dip ni segala macam coklat korang boleh order.

Hazmin Hamudin

Muka tak sabar nak makan Brownies Crepe dekat Dip n Dip. Haha.

Brownies Crepe Dip n Dip

Tadaaa.. Ni rupa Brownies Crepe yang aku order. Amacam. Nampak menarik tak? Ni antara menu signature dekat sini. Memang habis segala diet aku sebelum ni. Biarla kan. Janji puas hati makan ckolat yang yummy macam ni. Hehe.

Tu jela pun kisah aku semalam. Takda menarik apa pun. Tapi cukuplah bagi aku. Perutpun kenyang. Haha. Semalampun ada lagi satu berita gembira yang aku dapat. Tapi nanti aku cerita dekat entri lain pulak.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • kamal 16 March 2014 at 6:51 PM

    Sedapnyaa….bagi-bagilah.

    Reply
  • akubiomed 2 March 2014 at 12:32 AM

    Tersenyum lebar abam yang diraikan. ๐Ÿ™‚

    Reply
  • Amran 1 March 2014 at 10:20 PM

    Dah masuk 3 series ke blm? Selamat menempuh usia matang bro.

    Reply
  • gp 1 March 2014 at 10:09 AM

    last aku pergi, aku bedal 4 roti tu sebelum sampai ribs, sampai ribs, dah knyg hahhahaha. pengajarannya, mkan lagi byk2 roti tu, sedap kot

    Reply
  • onlajer 28 February 2014 at 6:28 PM

    selamat hari lahir bro ๐Ÿ™‚
    Makan besar say..

    Reply
  • Bahrain 28 February 2014 at 12:52 PM

    Selamat hari jadi buat bro hazmin, semoga panjang umur dengan kesihatan yang berpanjangan dan Semoaga murah rezeki selalu. ๐Ÿ™‚

    Reply
  • t.a.t.a 28 February 2014 at 8:54 AM

    Min, kau kuar dengan siapa Min? ๐Ÿ™‚

    Selamat hari ulang tahun kelahiran. Semoga Dia permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kau untuk hari ini dan hari-hari seterusnya selagi kau bernafas di dunia ini.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 February 2014 at 9:36 AM

      Kuar sorang-sorang. Nampak tu aku makan sorang je. Haha.

      Terima kasih ye t.a.t.a.

      Reply
      • t.a.t.a 28 February 2014 at 10:49 AM

        Sorang-sorang ye Min ye? Dah tu gambar tu kau selfie guna timing ke?

        Reply
        • Hazmin Hamudin 28 February 2014 at 11:00 AM

          Haha. Waiter kedai tu tolong ambikkan gambar tu.

          Reply
          • t.a.t.a 1 March 2014 at 9:03 AM

            Baek nya waiter tu. Kau tak snap gambar dengan dia jugak?

            Reply
  • puteri kasih 28 February 2014 at 12:35 AM

    Nampak sedap brownies crepe tu..terliur dibuatnya…happy birthday tuan blog ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 February 2014 at 9:36 AM

      Terima kasih puteri. Memang recommended brownies crepe tu.

      Reply
  • ema 27 February 2014 at 4:52 PM

    nampak mengancam brownies crepe tu.. selamat hari lahir.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 February 2014 at 9:35 AM

      Terima kasih kak. Memang mengancam pun tu.Hehe. Recommended.

      Reply
  • JR 27 February 2014 at 3:16 PM

    Setiap tahun saya akan meraikan hari lahir anak-anak dan isteri saya. Tapi tidak untuk diri saya. Saya tak pernah menyambut hari jadi, tak teruja untuk menyambutnya dan tak membenarkan anak isteri menyambut hari jadi saya. Setiap kali hari jadi teringat Allah telah mengambil setahun kehidupan kita, baki yang ada semakin singkat…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Aksi Pelik Penculik, Mangsa Diarah Jilat Kaki Penculik

By Hazmin Hamudin

Gambar-Gambar Perusuh Perhimpunan Bersih 3.0 Yang Dikehendaki Polis

By Hazmin Hamudin

Biggest Loser Contest Unit

By Hazmin Hamudin

No Pain, No Gain

By Hazmin Hamudin

Tragedi Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in