Semenjak kebelakangan ni aku perasan yang SPAM semakin ganas menyerang blog aku ni. Semakin hari semakin banyak komen SPAM yang memasuki ruangan komen. Baru beberapa hari clearkan komen SPAM, sekejap je dah banyak balik. Walaupun hanya dengan beberapa klik untuk clear, agak meyusahkan jugak. Tapi semua tu bukan masalah besar untuk menangkis serangan spam yang semakin berleluasa ni.
Selalunya komen daripada spammer ni memang tak sama dengan topik yang dibincangkan. Lebih melawakkan lagi, penggunaan bahasa luar yang tah apa-apa. Tapi ada juga spammer yang bijak menggunakan translator untuk meninggalkan komen dalam bahasa melayu. Wahai spammer, jangan haraplah nak dapat backlink mudah dekat blog ni.
Bagi pengguna WordPress, memasang plugin Akismet boleh dikatakan menjadi kemestian sebagai langkah untuk menghalang serangan SPAM ni. Plugin Akismet ni antara plugin yang terbaik dan berkesan untuk menapis komen SPAM. Terima kasih kepada plugin Akismet yang menjalankan tugasnya dengan baik untuk menapiskan komen-komen berbentuk SPAM ni.
Janganlah jadi kaki SPAM ni. Memang menyusahkan orang betul. Kalau nak dapat ranking terbaik dekat Google tu, banyak lagi cara lain boleh guna. Salah satunya dengan mantapkan penulisan kita sendiri. Buat satu blog yang berkualiti dan backlink yang berkualiti. Bukan backlink sampah macam ni.
kalau saya ngeblok komentar spam pakai .htacces sob, sama pakai plugin capcha
aah…memang spammer ni menyusahkan..
cerita pasal spam trus tgk kat blog jgk ada byk ke tak..sekali tgk penuh kot.hahahaha..
Sama la, dapat jugak spam bebanyak macam nie 🙂
pasang plugin anti spam yang berlambak kat WP..insya Allah boleh kuranglah tu..
haha..suakr gak nak bendung spam ni…
memang pening dengan spammer ni,di blog lama saya pun terkena tempias,penat nak delete
Tak boleh harap pakai Aksimet jer bro. Terutama kalau versi yg free. Cuba tambah plugin utk block bot spam mcm G.A.S.P contohnya. At least cuma perlu handle yg manual spam sahaja. Adjust security setting tiap2 minggu utk lebih baik lagi..
betul…memang byk sangat komen spam yg masuk sejak akhir2 ni.. mujur ada plugin sebagai penyelamat…
Blog wan pun byk spam. Hari-hari kena manual buang. Wan tak pasang lg pun plugin tuh. nnt wan akan try.
Spam filter kat dalam blogspot pun dah makin improve sekarang ni. Dah makin jarang nak dapat comment yang merepek-repek. Selalunya diorang akan link ke laman web lucah.
blog aku pon byk komen spam nih..ntah ape2 jer..baru je delete td..hoho.
Blog popular mmg kena spam.. he he..
Takda makna popular bro. Haha. Biasa2 je ni.
Cuba install Growmap Anti Spambot Plugin dari Andy Bailey (CommentLuv)..
Ada install bro. Semalam saja try deactivete, lagi berderet yang masuk. Haha
So far tak pernah kena lg.. =D
Kalau pakai WordPress boleh merasa semua ni.
SPAM ni biasa dorang guna script
sekali hantar ke beratus2 blog…
Patut la banyak yang marupu. Pakai script rupanya. Hehe
Kdg2 kita sendiri pun tak tahu bahwa kita adalah spammer, agaknya ia seperti org yg tak tau dirinya didampingi jin…
Pergh.. Takut jugak contoh yang bro JR bagi. Siap ada jin. Hehe
Akismet ni boleh pakai dkt blogger tak…selain dr guna intesedebate
Rasanya tak boleh bro. Tak jumpa lagi pulak orang custom untuk blogspot.
Sebab tu aku prefer blogspot.ehehe
Hehe. Tapi WordPress lagi best .
samalah bro, macamana diorg ni boleh terlepas kan, hari2 pun ada komen spam ni
Diorang dah semakin bijak tu. Benci dengan SPAM ni. Hehe
Adakah sebabbro gunakan DOT COM,maka spam2 menyerang? ( as compared to those using blogspot)..Dan kat kotak komen dah kena tick ” Confirm you are NOT a spammer”kan,camane spammer ni boleh bypass ye??
Itulah. Siap dah ada kotak kena ‘tick’ pun boleh lepas. Pandai dah orang yang buat SPAM ni doc. Boleh dia bypass benda tu. Baik tak payah pakai lagi plugin tu buat sementara waktu ni.
samalah bro, aku pun kene gak hari2 ade
Banyak ke bro kena serang SPAM ni?
jgn down motivasi sbb spam… hehe
Haha. Aku takut SPAM tu yang kena motivasi dengan aku nanti.
aku punya , aku dah tak peduli selagi tak lepas dari simpanan spam ok apa
Haha. Aku bukan apa. Takut komen ko termasuk sekali dalam SPAM tu. Jenuh jugak aku nak cari satu-satu dalam tu.
aku pun selalu dapat SPAM macam ni. boleh lak dia orang tinggalkan komen walaupun dah ada GASP plugin. macam mana dia orang tick kat kotak tu eh?
Itulah. SPAM ni dah semakin bijak pulak sekarang ni. Kalau sebelum ni memang takda. Tah macam mana diorang lepas bahagian tick tu.
haah~ kat blog saya pon selalu masuk komen2 spam nih.
memang x suka!
Hehe. Itulah. Semua benci SPAM ni.
samalah , menyusahkan betul…!!!
Hehe. Kena siapkan pertahanan cantik sikit PM.
hoho..ini semua normal maa…
Haha. Blog buat duit macam lu memang normal ma.
mmg entah apa2lah…byk kali ambe empty spam jer…nak2 kalau tak jenguk 2-3 hari…mau makan ribu2 spam…adui
Makan ribu yang tak tahan tu. Takut komen orang lain tersesat masuk situ je. Susah jugak nak cari nanti.
Ha ah..mmg rasa terbakoooooo je bila bnyk spam ni. Tah dr mana2 tah depa nih dtg!!
P/s: Masa mak deactivekan kjp plugin GASP mmg berdesut2 depa ni mai menyerang. Now, bila activekan plugin tu, dah jarang2 ada
semalam cuba jugak deactivate kan plugin Growmap Anti Spambot ni. Terus beratus datang menyerang. Memang tak boleh jadi. Haha
setakat ni tak ada lagi spammer macam ni. cuma ada pengunjung bagi komen tetiba masok bahagian spam.
Yang macam tu pun bahaya. Takut terdelete komen kawan-kawan yang berkunjung je.
Bende ni buat sakit hati je. Tiap hari berpuluh puluh masuk spam. nasib baik pasang akismet. terus delete je.
Itulah. Clear All je senang. Nasib la kalau ada komen kawan yang terdelete.
Nasib baik ada senjata nak counter attack ok juga kalau yg tak ada tu yg menyusahkan orang..
Itulah. Pungguna WordPress dah standby awal-awal pasang senjata sebagai pertahanan dari serangan SPAM ni kakzakie.
Dia tertarik dengan entri pasal pondan tu
ni pun mungkin jugak…keyword hot tu, kot?
Haha.. Kira SPAM yang masuk ni pun pondan agaknya.
blog saya pun menerima banyak serangan spam juga
Memang musim SPAM rasanya sekarang ni bro. SPAM dah semakin bijak sekarang ni.
Saya hanya bergantung kepada plugin Akismet untuk menapis.
Saya dah cuba hanya bergantung pada plugin Akismet sahaja, hasilnya beratus-ratus SPAM yang masuk. Kena jugak tambah yang lain berganding dengan Akismet tu.
mungkin satu geng je nih
blog saya pun gitu juga ni.. entah apa2 yg masuk 🙁
Demam SPAM agaknya sekarang ni kan bro AUC.
samalah..sejak kebelakangan ni spam menyerang blog puteri gak. Setiap hari buka blog je kena clearkan spam…memang menyusahkan
Nak clearkan ok lagi. Takut terclear komen kawan-kawan yang masuk dalam SPAM tu je.
hoho.. spam ni bukan manual dia taip satu2 kat blog, benda ni disebarkan oleh software secara rawak.
Ingatkan masuk secara manual. Patutlah canggih sangat boleh lepas plugin Growmap Anti Spambot.
hahaha epic gila tajuk atas tu.. bersama pondan.. yeahh! SPAM mmg banyak.. kalau blog tak jaga memang habis la..
Letih nak delete SPAM ni. Takut jugak terdelete komen kawan-kawan sekali.
tu cara yang terbaik laian tarak hua…
Haha. Kalau pakai WordPress ni harapkan plugin jela suri.
betultu…geramlak rasa kemain panjang dia punyer komen tapi tah haper2…akak ader gak pakai NoSpamNX ok jugak…
Boleh cuba jugak nanti plugin yang akak pakai ni. Mana tahu mujarabkan.
sama ler blog aku pun kena serang juga, sejak dah matikan Growmap Anti Spambot Plugin terus jadi camtu.
entah bilalah nak betul2 boleh pakai semula plugin tu…tunggu pengumuman kemaskini terbaru tentang plugin tu kot.
Rasa macam plugin Gowmap Anti Spambot tu pun bermasalah jugak. Ingat nak deactivate jugak plugin tu.
Setujuuu…mak pun pasan sejak deactivekan plugin GASP tu,mmg bnyk komen2 spam ni semua.
blog pemes tu jd cmtu..hihi..
tp mmg semak je smua tu =)
Femes lagi blog yui. Haha
sama la…SA kumpulkan seminggu..then delete…almost masuk dalam SPAM…semak je…
Kadang-kadang komen kawan-kawan pun ada yang masuk spam jugak. Memang hari-hari kena tengok. Kalau main delete je semua sekali tak boleh jugak.