• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Pemasangan Sticker RFID Pilot Test

Pemasangan Sticker RFID Pilot Test

By Hazmin Hamudin | 12 September 2018 | 13 Comments

Aku dah buat appointment untuk pemasangan sticker RFID ni pada 11 September 2018 masa cuti Awal Muharam lepas. Kira lewat seminggu juga la daripada tarikh bermulanya pilot test ni disebabkan kebanyakan pusat pemasangan penuh pada hujung minggu. Pusat pemasangan yang dibuka oleh pihak Touch ‘n Go untuk program Pilot Test ni pun tak banyak. Hanya ada lima lokasi pemasangan sahaja iaitu di lokasi tersenarai ni sahaja.

  • Customer Experience Centre Bangsar South
  • Kesas R&R Awan Besar
  • Besraya Tol Loke Yew
  • NPE Tol Pantai Dalam
  • Mex Tol Salak Selatan

Masa hari kejadian aku sampai agak awal jugak la. Pusat pemasangan RFID ni buka pukul 9.00 pagi, tapi 8.40 pagi aku dah sampai dah. Maklum la tengah semangat nak cuba benda baru. Haha. Gila tak semangat. Konon-konon benda canggih. Antara yang terawal pulak tu dapat guna. Orang lain tengok je kau lalu lorong RFID dekat tol. Tapi kalau sangkut padan muka. Haha.

Masa ni staf RFID yang bertugas tengah sibuk susun meja dan setup peralatan yang nak digunakan. Tu la siapa suruh datang awal. Tunggu la kejap diorang siap kemas apa yang patutkan. Ala, bukan lama pun. Lepas tu serahkan dokumen apa yang patut sebagai pengesahan dan urusan dokumentasi. Dah boleh pasang sticker RFID ni dekat kereta.

RFID Pilot Test

Untuk makluman, sticker RFID ni ada dua jenis. Jenis yang tampal dekat headlamp (luar) dan lagi satu jenis tampal dekat windscreen (dalam). Untuk pilot test ni, pihak Touch ‘n Go hanya menyediakan jenis tampal dekat headlamp sahaja. Aku cuba nasib la kalau-kalau dapat tampal dekat windscreen, tapi tak boleh. SOP diorang hanya untuk tampal dekat headlamp sahaja. Bedal je la kan. Benda free lagi nak banyak bunyi pulak. Haha.

Lepas dah pasang, staf RFID ni akan test sama ada sensor boleh berfungsi dengan baik ataupun tidak. Karang tak pasal-pasal sangkut pulak masa lalu dekat plaza tol. Palang tak nak terangkat. Dah kena hon dengan kereta belakang. Haha. Keseluruhan proses daripada penyerahan dokumen sehinggalah pemasangan hanya mengambil masa selama 15 minit. Tak lama mana pun.

RFID Pilot Test

Staf bertugas maklumkan pengaktifan akan mengambil masa selama 24 jam. Tapi, pukul 11.00 pagi dah dapat SMS pengaktifan RFID. Jadi, dalam tempoh 2 jam RFID dah aktif. Proses sangat mudah dan lancar. Lepas ni dah boleh redah dah mana-mana tol yang ada signboard RFID. Haha. Punyalah excited nak lalu. Padahal sama je pun macam guna Smart Tag tu.

Kalau aku rajin nanti, aku buat video masa lalu lorong RFID ni dekat mana-mana plaza tol. Lagi satu kalau nampak kereta yang guna RFID ni sangkut masa lalu dekat lorong tol hybrid (RFID berkongsi dengan Touch ‘n Go/Smart Tag) jangan la marah atau hon-hon pulak. Maklum la, namapun tengah pilot test lagi. Macam la diri tak pernah sangkut pulakkan. Haha.

Reader Interactions

Comments

  1. saps says

    28 November 2018 at 2:04 PM

    berapa harga ni nak pasang RFID … kpada yang telah pasang boleh bagi info-info sdikit tak…

    Reply
  2. wahida says

    19 November 2018 at 3:20 PM

    benda baru biasa mmg ada kelemahan dulu…lama2 kang baru dorang upgrade…
    tak sabar jugak nak try rfid ni…

    Reply
  3. aisha says

    9 November 2018 at 11:57 AM

    RFID teknologi masa kini. Perlu selalu maju dengan penggunaan tech baru boleh.

    Reply
  4. ajumohit says

    21 October 2018 at 12:03 PM

    turn akak jumaat ni, aah janganlah hon-hon kan sebab akak pernah tengok juga kat tol kes hon ni, padahal rfid ni macam lambat juga nak detect tak macam smart tag

    Reply
  5. ewan says

    17 October 2018 at 8:13 PM

    klu smart tag x ok, boleh gak guna touch n go… tapi klu rfid buat hal macam mana tu? nak kena standby kad touch n go jugak ke?

    Reply
  6. azian elias says

    16 October 2018 at 11:04 PM

    limited lagi kan tempat2nya.

    Reply
  7. Hana Hadi says

    14 October 2018 at 4:57 PM

    xbanyak tmpat lg ada RFID ni..nak pasang pun.ktanya tol nak dimansuhkan😅

    Reply
  8. Hana Hadi says

    14 October 2018 at 4:56 PM

    xbanyak tmpat lg ada RFID ni..

    Reply
  9. Noriza Rahman says

    23 September 2018 at 4:44 PM

    Entah bila suami nak pasang RFID ni

    Reply
  10. anies says

    21 September 2018 at 12:18 PM

    berapa RM ya kalau nk pasang ni?

    Reply
  11. Ema says

    19 September 2018 at 12:05 PM

    dapat pasang free yer..seronoklah.. so dalam tu ada berisi tunai berapa?

    Reply
  12. kak ina kl says

    18 September 2018 at 4:50 PM

    wah best ni, nanti boleh cuba

    Reply
  13. wan says

    13 September 2018 at 2:52 PM

    rasa nak pasang sticker RFID pula nanti..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan

By Hazmin Hamudin

Malaysia Tewas, Tapi Aku Berjaya Lagi

By Hazmin Hamudin

Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

By Hazmin Hamudin

13 Robot Filem Transformers Dipamerkan Di China

By Hazmin Hamudin

Tempoh Diskaun Bayaran Saman DiLanjutkan !!

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2019 · Genesis Framework · WordPress · Log in